Sunday, July 12, 2009

Pelajar rahsia status isteri kedua

SAYA pelajar universiti berumur awal 20-an namun sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua. Masalahnya, perkahwinan saya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga saya dan suami. semoga menjadi pengajaran kalu sudi klik disini

Saya setuju berkahwin dengan suami kerana saya ada sejarah hitam dalam hidup dan kami tidak mahu lagi terjebak dalam kancah maksiat. Hanya perkahwinan dapat menyelamatkan kami.Saya terharu apabila suami tidak pernah mengungkit kisah saya. Sekarang saya sangat bahagia tetapi kadangkala berasa sangat bersalah terhadap keluarga saya kerana berkahwin secara senyap-senyap.Perasaan ini sedikit sebanyak mengganggu prestasi pembelajaran saya. Saya juga sering berasakan seolah-olah tidak begitu penting di dalam hidup suami dan terseksa kerana terpaksa merahsiakan perkahwinan.Ini kerana setiap kali kami keluar, saya perlu berjalan jauh dan berpura-pura tidak mengenalinya. Jiwa muda saya sangat tertekan. Pernah satu masa, kami terpaksa membatalkan pertemuan kami kerana dia ada urusan dengan isteri pertama.Disebabkan saya masih belajar dan menetap di hostel, kami jarang bertemu. Hal ini membuatkan saya terasa diabaikan. Sebenarnya, saya sedar suami tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana pada awal perkahwinan dulu kami bersetuju hanya akan mengisytiharkan perkahwinan kami selepas saya tamat belajar.Saat menulis e-mel ini, jiwa saya memberontak untuk mendedahkan perkahwinan kami. Terlalu berat dugaan yang saya lalui selaku isteri kedua.Sejak kecil, saya tidak pernah berkongsi permainan, jadi saya tidak pernah terfikir apabila dewasa saya akan berkongsi suami.Setiap kali pulang ke rumah pada waktu cuti, saya rasa sangat bersalah terhadap orang tua saya kerana membelakangi mereka. Apa patut saya lakukan?

ILA JAWAPAN ..Masalah saudari adalah satu lagi contoh akibat buruk apabila kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah. Ini kerana, mengikut Islam, perkahwinan adalah sesuatu yang perlu dihebahkan kepada umum, bukan dirahsiakan.Banyak hikmah tersembunyi di sebalik arahan Allah ini, antaranya supaya mengelak fitnah dan membolehkan pasangan berkahwin itu hidup secara normal sebagai suami isteri.Selain itu, Islam mengajar seorang anak supaya menghormati ibu bapa dan sentiasa mendapat restu atau kebenaran mereka dalam apa jua tindakan yang dilakukan.Jika arahan itu tidak dilakukan, akan hadir masalah kerana Rasulullah SAW diriwayatkan bersabda: “Keredaan Allah itu berada dalam keredaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibu bapa.”Berdasarkan dua kesalahan saudari iaitu merahsiakan perkahwinan dan tidak mendapat restu ibu bapa, Dang Setia rasa sudah jelas apa tindakan perlu saudari lakukan untuk menyelesaikan masalah.Jawapannya ialah saudari perlu berterus-terang mengenai perkahwinan saudari kepada ibu bapa dan suami saudari juga perlu melakukan tindakan serupa terhadap ibu bapa serta isteri pertamanya.Selepas tindakan itu dilakukan, secara automatik status rahsia perkahwinan saudari akan gugur dan insya-Allah mudah-mudahan dapatlah saudari dan suami hidup sebagai pasangan normal.Bagaimanapun, Dang Setia sedar melakukan semua itu bukan semudah menulis atau sekadar bercakap tetapi kesukaran terpaksa saudari dan suami tempuhi. Anggaplah semua kesukaran itu sebagai hukuman yang perlu saudari terima dengan reda.Tiada orang lain yang boleh saudari dan suami salahkan di sebalik segala yang berlaku, melainkan diri sendiri. Apabila kita berani buat, kita juga kena berani terima akibat daripada perbuatan kita.Lagipun, kita juga perlu rasional adakah ingin susah selama-lama atau susah sekejap dan insya-Allah selepas itu senang untuk tempoh lama.

4 comments:

iza~de~bintang said...

sampinya hati dia sembunyikan dari mak ayah..ish ish ish...

hang nadim said...

Kalau nak kawen cari yg masih Bujang ye, kalau nak Laki Org cari yg Berharta koyan-koyan..

GRuNGe said...

Wah, saya ada kawan yang punya kisah serupa macam ni. Tapi kawin lepas dah belajar tanpa restu keluarga dan jadi isteri kedua. Akhirnya, bercerai dengan suaminya. I lost contact dengan kawan I tu. Pity her, tapi nasib dia tabah dan cekal orangnya.

hang nadim said...

aku selalu jumpa janda yang muda-muda, Aku tanya berapa lama Kawen? setahun jer jawabnya..tapi aku paham la confirm dulu jadi isteri ke 2, ke 3 atau :}