Sunday, July 5, 2009

Pengalaman Yang Amat Berharga

salam semua, artikel ni dah lama aku tulis tapi baru hari ini aku postingkan..aku rasa sudah tiba waktunya..ceritanya begini sehh kalau sudi bacalah...Disini aku nak coretkan kisah aku ditipu oleh kawan aku sendiri. Kejadian yang berlaku 2 tahun lepas..awal tahun 1997 betul2 mengajar aku pengalaman dan erti susah senang hidup ataupun pengalaman berniaga. Aku berharap kalau korang baca kisah aku jangan sesekali mudah percaya pada kawan yang baru kenal 2, 3 bulan, kalau nak usahasama berniaga, eloklah kita kenal latar belakangnya dahulu, keluarganya ataupun di mana tempat tinggalnya , sekurang-kurangnya kalau terjadi apa-apa boleh jugak kita cari dia atau upah orang belasah dia.
Aku dulu berniaga kantin sekolah, dari kecik kecik pastu boleh la beli serba sedikit harta(nak kena beli lain). Sebelum kejadian berlaku aku selalu la melepak satu tempat ni dekat Kelana Jaya. Tempat ni betul-betul depan Kompleks MAS jalan menuju ke LHDN(showru), kalau korang biasa kat situ korang tau la tempatnya. Waktu tu aku suka sangat lepak kat situ almaklum laa petang2 ramai la stewades dok melepak kat situ :]) dapat tengok jer la, kebetulan kawan baik aku bukak car wash kat situ masa tu sambil memberi sokongan kat dia. Udah melepak situ aku pung kenal la ramai rangkaian yang bekerja kat situ, untuk pengetahuan korang tempat tu kepunyaan beberapa budak Umno yang sedang meningkat naik (dah jadi Ketua pemuda Umno Subang)skrg. Waktu pung berlalu budak-budak situ tau la aku berniaga katering, Pada satu hari manager situ namanya (bekas manager) fairuz sound kat aku hang nak projek tak? aku memang tau waktu tu diorang memang tgh membekal makanan dekat MAB malaysian airpot. Aku pung tanya la macamana?, kata manager tu dia dah masuk projek tu pakai nama kampeni dia, dan dia nak aku jadi sub, aku masak tapi modal aku dulu lepas tu dia akan ambik dan hantar kat sepang. Katanya budget rm18 sekepala( rupa- rupanya selepas aku siasat selepas aku 'terkena' sekepala harganya rm28) semasa persetujuan aku dengan dia aku tak buat surat hitam putih.. cuma aku catitkan dalam buku aku. (aku la mengong pedehal membe aku dah sound)
Setelah projek ni berjalan selama sebulan, kekadang yang makan ada la dalam 120 orang, paling banyak 600 orang. Sebelum tu dia ada buat la wayang bayar sikt kat aku, aku rasa ada la beberapa ribu inggit. Bila aku kira-kira bil aku yang tak 'seberapa' tu lebih kurang dalam rm60,000 sebulan kemudian...(BANYAK TU), dia cakap payment belum masuk lagi. Aku pung tunggu la dengan sabar hari demi hari, tunggu ponya tunggu dia dah tutup hanpon, aku pergi cari ke rumahnya tapi dia dah berpindah rupernyer(memang cekap).. si Fairuz ni sial betul. kemudian terbongkarlah dia ni memang kaki penipu, lepas tu aku pung kepupusan tunai sebab hutang keliling(siang malam berdoa camner nak settle hutang org ni) kantin polak tak dapat sambung tender. Aduh merananya aku......Dan sampai hari ini aku dok berusaha kembali mengembalikan kegemilangan aku..sekian terima kasih..camno nak kawin lagu ni.

5 comments:

-| auM Chak |- said...

urmmm.....
melibatkan pengalaman mcm nie hope hang nadim
takkan mudah terpedaya dgn org yg berupa mcm tue lagi....
yelah...hidup nk menjatuhkan org

takpe hang nadim....biarkan dia dgn sebegitu
now.....hang nadim kene bangun dgn azam yg baru
mmg la sakit nk bgn slps jatuh merudum
tp insylh tiap usaha yg diirigi doa, diiringi berkat restu org sekeliling pasti dan niat yg ikhlas akan berjaya semula.....
anggap la nie ujian dr Dia utk mematangkan pengalaman hidup hang nadim....

secangkir madu merah said...

Hang nadim, itulah kehidupan..berbagai ragam manusia yang kita jumpa. Sekali terkena buatlah sebagai pengalaman dan teladan. Lain kali lebih berhati2 memilih siapa kawan dan lawan. Semoga Hang Nadim tak berputus asa untuk terus mencuba dan berusaha, ku iringi doa smoga hang nadim berjaya...

hang nadim said...

salam...terima kasih, hanya itu dapatku ucapkan, sebulan tk leh tido dok pikir menda tuu..hanya aku yang tau.

Mohamad Faizal said...

dalam hidup nie kena percaya kepada adik beradik dulu... kawan2 nie letak tepi... bukan depa nak tlg kita pun bila susah...

tapi kawan aku lain daripada lain... mmg tolong aku di kala aku susah.. syukur pada Allah...

hang nadim said...

yer mmg tepat sekali cakap en faizal iteww..nama kampeni baru aku Limpahi Emas resouces