Tuesday, July 7, 2009

Rumah Anak Yatim Ummu Salamah-Air Panas Gerik

Dulu rumah ni Orang panggil Rumah Hitam

Aku jumpa laman sesawang Rumah anak Yatim ni sebenarnya yang terletak di Kampung Air Panas Gerik berhampiran Sekolah Menengah Sultan Idris Shah..(sek lama aku la) mana la tau kot-kot ada hartawan dari Gerik nak beri sumbangan ke,ikut dari jalan lama selepas kampung Tanjung rambai jumpa Rumah Anak Yatim ni.(cadangan tapak baru jln masuk Kg Air Ganda).rajin baca lah
LATAR BELAKANG RUMAH ANAK YATIM UMMU SALAMAH.
Asrama anak-anak yatim Gerik (persendirian) didaftarkan dengan rasmi sebagai UMMU SALAMAH SDN BHD. Asrama ini adalah percuma kepada anak-anak yatim. Persediaan termasuk tempat tinggal, makanan serta persekolahan. Sekarang hanya menyara sejumlah kecil anak-anak yatim lagi miskin, kini merancang kepada pembesaran. Berhajat untuk menampung sehingga 100 orang anak asuhan.Sebagai menampung sebahagian perbelanjaan, pihak pengurusan asrama memutuskan untuk membuat jualan wakaf tanah di LOT 2877, Jln Air Ganda, Kg Air Panas, Gerik. Harga jualan adalah ditetapkan RM10 sekaki persegi. Pecahan sijil wakaf adalah 1/10 kaki RM1, ½ kaki RM5, sekaki RM10. Lot kembar lima kaki RM50 dan lot sepuluh kaki RM100. Satu ekar dari tanah tersebut telah dibeli dengan harga RM 25,000 untuk pembinaan asrama yang tetap.Perancangan juga termasuk membeli tanah seekar lagi disebelahnya dengan nilai RM28,500. Anggaran keseluruhan pembangunan adalah RM450,000, dijangka siap pada penghujung tahun 2009.
Kepada sesiapa yg ingin turut serta menyumbang dalam pembesaran ini boleh menggunakan no akaun dibawah:
UMMU SALAMAH SDN BHD (Maybank):
5580-7911-4983
UMMU SALAMAH SDN BHD (CIMB) :
0810 0003505-05-4 Website
http://www.ummusalamah.com/

4 comments:

fatihaluqman said...

salam..
saya pon kg kt kenayat..tokwan saya dok sana..
saya pernah pegi rumah anak yatim ni..mmg dhaif jika dibandingkan rumah2 anak yatim kt kl ni..bagusla awak dapat exposekan kt blog ni..bolehla ajak ramai2 sedekah kt anak2 yatim sini..

hang nadim said...

walaikumlsam fatihaluqman> cucu sapa nii yer, mana laa tahu ada hartawan ke atau sapa sahaja nak bagi sumbangan bole laa tel rumah anak yatim ni..

fatihaluqman said...

selamat hari raya..
lama betul tak ziarah blog ni..sy cucu cikgu rejab..kenal ke??tula sedih tengok keadaan rumah anak yatim tu..sy bukan hartawan..hehe..tapi bolehla cari2 kwn..minta sumbang sorang sikit..member2 gerik yg dah berjaya pun ramai..

hang nadim said...

fatiha> Oooooo cikgu rejab tuu pangkat Cher la hari tu tk berapa sehat dah uzur, saya pun tkdan nak pergi ziarah. Fatiha ni anak sapa...ermm anak rohemie ke atau yg dok tawai tu.. Saya lagi laa tk kenal