Wednesday, September 9, 2009

Poligami dan Monogami


Manusia secara semulajadinya mempunyai fitrah untuk hidup secara berpasangan dan menjadi satu lumrah kehidupan. Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat dengan peraturan perkahwinan yang telah di gariskan berteraskan syariat. Perkahwinan bahagia berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebaliknya perkahwinan yang retak akan menghasilkan simpton-simpton ketidakteguhan peribadi yang sering membawa kesan negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga masyarakat.

Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang utama iaitu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satu masa.

POLIGAMI MENURUT ISLAM

Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada keadaan inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Bagi memastikan amalan poligami secara yang lebih adil dan dapat menjamin kesejahteraan hidup ummah seluruhnya, Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang menghadkan amalan yang bebas sebelum ini dan mengambil jalan pertengahan yang lebih wajar. Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang. Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 :



وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَث

وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى

أَلاَّ تَعُولُوا

Mafhumnya:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hambahamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.

Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu

rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.

SYARAT POLIGAMI

1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteri

Suami berkewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin tidak kira sama ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek makan-minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri. Di dalam Mazhab Syafi’e, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri iaitu :

i. Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri,

ii. Melihat keadaan kedua-dua suami dan isteri iaitu dinilai menurut

kesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri. Dalam hal ini pendapat kedua adalah lebih sesuai dan menepati konsep keadilan memandangkan dalam banyak keadaan seseorang suami itu mempunyai isteri yang datang dari berbagai-bagai status kedudukan yang berbeza. Abu al- ‘Aynayn dalam buku

2. Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri


وَلَن تَسْتَطِيعُواْ أَن تَعْدِلُواْ بَيْنَ النِّسَاء وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُواْ آُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَ ا

آَالْمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ اللّهَ آَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا

Mafhumnya :

“ Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.



2.1. Adil Dalam Menyediakan Kediaman

Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif. untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan isteri. Menurut ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar dalam bukunya Ta’addud al-Zawjat min al-Nawahi al-Diniyyah wa al-Ijtima’iyyah wa al-Qanuniyyah, pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri bahkan dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama. Walaubagaimanapun dari segi psikologi, menempatkan ister-isteri dalam rumah yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan perasaan.

2.2. Adil Dalam Giliran Bermalam

Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteriisterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain. Walaubagaimanapun ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar berpandangan kelonggaran boleh diberikan pada malam-malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diqadha balik kepada isteri tua. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Anas r.a. dengan katanya :

إذا تزوج البكر على الثيب أقام عندها سبعا وإذا تزوج الثيب



حدثنا يحيى بن يحيى أخبرنا هشيم عن خالد عن أبي قلابة عن أنس بن مالك قال



على البكر أقام عندها ثلاثا

Mafhumnya :

“ Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telah bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dan Sawdah ”.

2.3. Adil Dalam Musafir

Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteriisteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbeza keadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami wajib mengqadha giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperolehi haknya pada masa musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aishah r.a. menerusi hadis riwayat al-Bukhari :

(Riwayat Muslim)

Di samping itu keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif sifatnya dan perlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila ada kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan dari al-Bukhari :

”.

آان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أراد سفرا أقرع بين أزواجه

وسلم يقسم لعائشة بيومها ويوم سودة

Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telah bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dan Sawdah. Di antara sunnah ialah apabila seorang lelaki berkahwin dengan anak dara lalu dia bermalam dengannya selama tujuh malam. Sekiranya janda, selama tiga malam ”.


Mafhumnya :Nabi SAW apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan undian di antara isteri-isterinya ”.

“ Bagaimanapun mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang menemaninya ketika musafir.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapat dirumuskan iaitu :

1. Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan tempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut.

2. Poligami bukanlah dipelopori oleh agama Islam sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah masyarakat Islam dan bukan Islam. Ia

sebenarnya telah diamalkan zaman berzaman oleh masyarakat China, Yunani, Kristian dan Yahudi.

3. Kecacatan poligami sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaannya oleh sesetengah lelaki yang menyimpang dari landasan syariat. Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada kaum wanita. Ia secara tidak langsung memberi pengertian bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian pihak suami (Utusan Malaysia, 16 September 2005).

4. Syarat yang ketat ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam bukanlah bertujuan mengharamkan poligami. Ia dirangka bagi menjaga ketenteraman rumah tangga dan mengelak dari penindasan serta kezaliman suami terhadap isteri. Ia juga bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan polemik dalam masyarakat yang akan merendahkan martabat agama Islam. Kaedah fiqh ada menyebut :

آان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أراد سفرا أقرع بين أزواجه

Maksudnya :

“ Pemerintah hendaklah bertanggungjawab meletakkan maslahah Negara dan kepentingan rakyat dalam dasar pentadbiran dan pemerintahannya ”.

13 comments:

Daun said...

waduh, panjang lebar entry ni masalahnya berapa orang yang ikut peraturan..? lebih ramai yang menyimpang...

HJCHOT said...

mung nikah pung dak lagi...camne nk cakp tajuk ni.

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Saye suke tajuk nih.. Hehehe.. Hang nadim suke tak??? Ahakz.. Ada hati dak nak kawen lebih dari satu hang nadim??? =)

jijah montel said...

sensitif.. sensitif.. :)

Cik Skaf said...

Salam Hang Nadim. Senyum aje sy baca. huhu Bagi perempuan ia amat perit, lebih perit rasanya berbanding tak makan nasi 5 hari .. :). Sy fikir, bagaimana mendidik diri pun, melembutkan hati pun, dan bgm merelakan pun, ia tetap juga terasa bernanah dalam hati ... ;) agaknyalahhhh..

asbesstos said...

saya lum cukup umur nak komen.. hehehe.. tapi nak tinggalkan jejak.. hahaha.. poligami x yah siap nak wat persatuan ah.. biarkan ianya natural..

birU said...

ayah saya pernah kawin 2 dulu
maknyanya mak saya pernah bermadu
saya pernaha da mak tiri
ada adik2 badik lain mak, lain yah dll..
so, dah biasa dgn semua ni

saya sanggup bermadu ke? no komen, heee

salam aidil fitri
maaf zahir & batin

Sayap Biru said...

yang menjadi persoalan saya sekarang..
hang nadm nie..
lebih cenderung pasa monogami atau poligami ??..

hang nadim said...

Che La> terima kasih, sebenarnya ramai tak mengikut peraturan dan mengambil langkah berkahwin di Selatan selatan, pastu kes kes

HJCHOT> salam tuan haji, siang malam dok doa ni, inyaallah akan sampai masanya.

Farhana>DR. WOw..sukenyer, sorang pun belum lagi tapi mana tau tuah badan hehee

hang nadim said...

cikgu liza> very sensetif kans...tapi takper bahan ilmiah untuk pengetahuan am.

Cik Skaf> memanglah menyakitkan hati kalau Si Isteri mendapat madu, Ada Skandal pun piring terbang inikan pula bermadu, Tetapi percayalah Hang Nadia setia pada Cik Skaf ....:))

hang nadim said...

asbesstos> laaa hang dah cukup umur dah, memang dah ADA kelab Poligami sekarang ni.

Biru> oHhhhh Meriahlah macamtuu BIru...ramai ahli keluarga secara tidak langsung, Terima Kasih..kad raya dah sampai camner nak Balas..?

N.A.T > Masalah sekarang Nat....Monogami pun Belum, camnerr nak Poligami, Doakan Saya...yer

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

Ramai perempuan tak boleh terima kan poligami.
Jujur, dulu pun saya tak setuju. Tapi bila tak setuju dah macam menolak hukum Tuhan. Astaghfirullah..

Bila difikir2 balik, boleh kot terima asalkan suami tuh adil. Lagipun kalau tak mampu nak berlaku adil tuh, jangan lah gatal2 nak pulak kan.

Sekarang nih, rasanya kebanyakan lelaki berpoligami tapi tak mampu berlaku adil. Macam mana tu ya? Hah pikir2 lah wahai lelaki. Nanti kat sana nanti kena jawab tau.

hang nadim said...

notso_violet:seindah bunga seri pagi> Superb laaa nick awak ni..WOW..mcm lagu P.ramlee "hye Senang nya hati kalau beristeri Dua, Seperti Ana yang Ampunya, Kepada Isteri Muda....jeng jeng. Salleh Yaakub power kanz ?...