Aku dedikasikan blog ini untuk kampung Tanjung Kasau tempat kelahiran aku tempat aku dibesarkan, semoga kehadiran blog ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan Kampung Tanjung Kasau akan mencipta sejarah..terkenal seluruh Dunia
Saturday, October 3, 2009
Hari Ini Dalam Sejarah...Kisah Hang Nadim
Aku sebenarnya baru balik dari OPen House rumah Pak saudara aku tadi, sampai 12.30 mlm aku pun berangkat pulang, sebelum tido ni aku nak posting laa satu artikel untuk pengetahuan Am, Sejarah dahulu kala dan Siapa Sebenarnya HAng Nadim ...jadi kalau mung nak detail...bacalah Al-kisah..
DALAM Hikayat Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu , Hang Nadim adalah seorang kanak-kanak lelaki Melayu yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dalam menyelamatkan Temasek (kini lebih dikenali dengan Singapura) daripada serangan sekumpulan besar ikan todak; bahasa Inggeris: (spearfish).
Mengikut hikayat, pada suatu ketika, ikan todak telah menyerang kebanyakan masyarakat Melayu Asli yang tinggal di sekitar perairan pantai Tanjong Pagar sehinggakan ramai masyarakat Melayu Asli tersebut telah menemui ajalnya akibat dari serangan Ikan Todak yang bertubi-tubi. Serangan Ikan Todak ini dikatakan mula berpunca daripada tindakan Sri Maharaja yang telah menghukum bunuh Tun Jana Khatib (merupakan seorang alim dan warak dalam menyampaikan ajaran Islam di bumi Temasek, namun tindakan dakwahnya itu ditolak oleh Sri Maharaja dan penduduk kampung). Kini terdapatnya sebuah kem di Singapura yang diberi nama Khatib Camp, bersempena nama Tun Jana Khatib, ia terletak Sembawang Road, Singapura. Dikatakan juga di kem tersebutlah Tun Jana Khatib telah dihukum bunuh oleh Sri Maharaja. Akibat angka korban nyawa yang semakin meningkat akibat serangan Ikan todak, maka Hang Nadim yang masih kecil itu telah mengesyorkan kepada pemerintah Temasek ketika itu untuk membina sebuah tembok panjang dan tebal berasaskan batang pisang mengelilingi pantai yang bertindak sebagai penghadang daripada serangan ikan todak. Syor Hang Nadim itu diterima baik, lalu kerja-kerja pembinaan diusahakan, hasilnya tuntas dan berjaya. Banyak ikan todak telah tersangkut muncungnya pada batang-batang pisang.
Berdasarkan lagenda, Tanjong Pagar, Singapura merupakan tempat di mana berlakunya kisah serangan dan penyelamatan tersebut. Perkataan pagar diambil sempena kisah pembinaan pagar tembok daripada batang pisang untuk melawan serangan ikan todak.
Atas kejayaan yang memberansangkan, Hang Nadim telah diberi pujian dan penghargaan oleh masyarakat Tanjung Pagar khususnya dan rakyat Temasek amnya. Hang Nadim juga telah diberikan pingat jasa bakti tertinggi darpada Mahkamah DiRaja atas hasil ideanya yang bernas itu. Hal ini telah membuatkan segelintir ahli tertinggi Mahkamah DiRaja yang lain berasa iri hati dan tidak puas hati dengan penghargaan yang diperolehi oleh Hang Nadim. Maka mereka telah bersepakat untuk membunuh Hang Nadim dengan cara membuangnya ke dalam laut dan dibiarkan Hang Nadim mati lemas. Akhirnya Hang Nadim telah menemui ajalnya di dalam laut akibat khianat pada umur semuda tujuh tahun.
Lapangan Terbang Hang Nadim di Batam, Indonesia dinamakan sempena nama budak pintar tersebut.
Selain itu terdapat juga Laksamana Hang Nadim, anak kepada Laksamana Hang Tuah dan merupakan pahlawan Melayu Melaka yang berjuang melawan kedatangan penjajah Portugis. Korvet Kelas Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia KD Hang Nadim dinamakan bersempena Laksamana Hang Nadim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Jadi prsoalannya knape hang nadim amik kputusan nak guna nama hang nadim??? Hehehehe.. =)
sekarang ni pun banyak Hang Nadim2 (spt yg di Temasek tu) telah "di korbankan" oleh pihak yang semacam Ahli Tertinggi Mahkamah DiRaja tu!
Farhana> sebenarnya masa buat blog ni, saya ada terbaca satu kisah..Hang Nadim moden, jadi saya terus pakai nama itu...
al-lavendari> Ramai yang terkorban atau terpaksa dikorbankan demi cita-cita mereka
erm.. betul2 .. byk hang nadim gak ni, adi putra pun bole jadi hang nadim kot !
Hang Nadim kita pernah kenal bebrapa tahun dulu.. saya pun dah lama x sambung blogger sbb busy sikit dgn perubahan silibus STPM dan kekangan masa serta penggunaan sistem semester utk Tingkatan 6 .
bila balik kmpung Hang Nadim ..
saya nk minta tolong sikit nii. nak minta idea.. saya buntu.
Nak kena buat puisi utk pengetua yg hendak bersara ...
tapi belum ada idea... kalau puisi cinta tuu cepat jugak dtg idea....
Ada FB tak atau IG
ni FB saya Azlina Haron dan ig azlin773
Post a Comment