Friday, October 2, 2009

Kampung Tanjung Kasau Banjir Raya ke 4

Sebuah tempat Perkelahan Dekat Kampung Aku
Air sungai dah melimpah jap lagi Banjir la
Selepas Jambatan itu ADA jual Ikan Pekasam
sapa nak Mandi bawah jambatan lokasi sebelum Ke felda Lawin Selatan. Sungai ni jernih sejuk...
Sebenarnya rumah kat Kampung aku betul-betul dekat Sungai, Kalau Waktu kemarau pemandangan agak cantik gak, Tapi kalau waktu hujan-hujan sekarang ni biasala Berbecak laaa..org kapung kata LECAH. AKU imbaukan kembali kira-kira 25 tahun lepas air kat sungai tuu hari-hari jernih, ada Ikan Sebarau, Ikan Tengas, Kalau ada Lubuk tuuu ada gak Ikan Keli. Dekat Lubuk Labi-labi pun ada, Orang cina saja yang makan lelabi ni. Sekarang Semua species ikan tuu susah nak jumpa kat sungai tuu, kalau ada pun mungkin tersesat parking kot. Salah satu faktornyer dari aktiviti pembalakan la....
AKIBAT AKTIVITI pembalakan ni kalau hujan lebih kurang pun kat atas, Air sungai tuu cepat sangat melimpah jadi pekat macam Tea Susu, Spcies ikan ni pupus pun sebab kerja Orang-orang berdekatan jugak. Dulu-dulu dia Orang Pakai Roket nak tangkap ikan ni, roket tuu sejenis bahan letupan la...senang nak buatnya tapi aku tak belajar abis. Lepas tu ada yang pakai Tuba(sejenis bahan yg digunakan menyebabkan ikan terus koma).Lepas tu ada gak yang pakai Karen(elektrik) menggunakan Generator kecil dihanyutkan dengan pelambung. Kaedah ni menyebabkan semua ikan terus jalan(mati) termasuk benih-benihnya sekali.. ishh ishhh mana tak pupus. Stupid ponya orang...

Berbalik cerita banjir ni, Tahun lepas pernah berlaku banjir paling Besar kat kampung Aku. Ada aku tulis dalam artikel yang lepas. Minggu lepas hari Raya ke 4 petang rabu tak salah aku, hujan dari pagi sampai petang.
Aku tengok sungai tuuu pun melimpah laa....tapi banjir tak laa teruk sangat. Tapi letih laa jugak...........

4 comments:

masMZ said...

ermmm... rumah kawan kat Grik tu pun tepi sungai :) bestnya!!
Katanya kalau dulu2 ada kelah lagi... bestnya (untuk kedua kalinya)

Farhana said...

Kalau nak pi tmpt ni sume boleyyyy dak hang nadim??? Hehehehe.. Nmpk mnarik.. Cantik.. =)

POSH76 said...

sian tul kalu kena banjir....

hang nadim said...

mazMZ> ikan kelah yang banyak tulang tuu ke..? Dekat damansara ni pun ada sungai gak..sungai kayu Ara...baunyer per power..

Farhana> Doctor datang laa...nati kalau rajin hang nadim nak snap pic tempat yg menarik kat kampung.

POsh76> Banjir tahun lepas kat Kampung paling dasyat dalam sejarah. Abis kelengkapan Katering hang nadim yg dibawa balik dari kolumpo hanyut dibawak sungai...ish ishhhh