Sunday, October 4, 2009

Projek Pulut Kuning Daging Rendang


Beberapa hari lepas aku menerima panggilan dari seorang Mak Datin ni, Sebenarnya Mak datin ni aku dah kenal lama dah, Semasa dia bekerja dengan Sebuah Kementerian lagi sampailah dia bersara sekarang, Dulu-dulu dia selalu order pulut kuning kat aku ni, selalunya dia Order dalam 280 bungkus, aku jugak ditugaskan mengagihkan pulut kuning ni ke Masjid-masjid berdekatan. Nak membungkus ni pun mencabar gak... Aku dah lama tak buat kerja macam ni, dulu-dulu senang jer sebab asistant-asistant aku jer yang buat. Sekarang ni akulah buat semua....dah nak pitam dah ni. walaubagaimanapun Rendang dah aku tumis...cuma tugas seterusnya mencari ayam dipasar Borong sekejap lagi, Sebenarnya nak kukus pulut ni pun renyah gak pekerjaaannya. Seeloknya kukus dalam 2 atau 3 kali baru mantap. Kalau nak tau resepi klik jer

Bahan-Bahan:
1 kg pulut
2 biji kelapa (diperah santan pekat sebanyak 2 cawan)
Garam secukup rasa
4 cm kunyit hidup (ditumbuk dan diperah airnya)
2 helai daun pandan (disiat) 1 helai daun pisang (untuk melapik pengukus)
Air kelapa (daripada sebiji kelapa)
Air sejuk secukupnya
4 keping asam gelugur
Cara:
Rendam pulut semalaman dengan campuran air kelapa, air sejuk dan juga air perahan kunyit hidup.

Sesekali gaulkan, agar kunyit bercampur rata.

Panaskan air di dalam periuk kukusan sehingga mendidih, masukkan daun pandan yang telah disiat-siat, lapik bekas pengukus pulut dengan daun pisang yang dilubang-lubangkan agar wap dapat menembusi pulut.

Tuskan pulut dan letakkan ke dalam bekas pengukus, tetapi jangan dipadatkan. Cucukkan dengan batang sudip kayu agar pulut tidak menutupi lubang kukusan dan kukus sehingga ia masak.

Turunkan bekas pengukus, arun pulut dengab santan yang dicampur garam dan kukus sekejap. Bolehlah dibentuk dan dihias

8 comments:

Cik Skaf said...

Salam Hang Nadim, awk buat bisnes katering ke?

POSH76 said...

pandainyer masak...hehe

Ella said...

Sedapnya pulut kuning...

meh antar sebungkus sini..

blueCITY said...

salam hn,

pulut kunin atau org tganu panggil nasi kunyit,
mmg menu biasa kalo ada majlis2 kaawin, doa selamat ke, raya pun ada yg wat, bthday ke, or niat2 nazar tuh.

baru nih mak suh kakak buat , sebab nak bahagi2kan pulut kunin ni pada semua staff unit hemodialisi hospital kemaman, tanda terima kasih.

i suka gak makan pulut kunin dgn rendang or masak merah pedas, hoho

Che La said...

hang nadim,
katering kat mana?

jasrina said...

hadoi.... terliur ;p~~

hang nadim said...

cik skaf> salam salam cik skaf dulu buat full time, skrg ni...kadang2 jer

POsh76> belasah jer...tapi leceh sebb periuk kukus kecik sangat...letih tunggu masak

Ella>tak sempat nak hantar kat ella dah...nak kejar masa..memang kelam kabut sebb nak agihkan kat 7 masjid yang berlainan.

Biru> salam..kalau buat lauk ayam masak merah sedap gak yerr..buat pedas sikit ker kan

Che LA>ada orang mintak buat untuk Sedekah kat masjid....dalam 280 bungkus

hang nadim said...

jasrina> jas nampak laaa wajah kat TV masa ..aksi Jet Sukhoi tu hehhe....minggu depan ada buat, tunggu dekat masjid subang airport ye