Thursday, October 1, 2009

JanJi LeLaki Yang Dah beristeri Kepada ' MANGSAnya'


Berhati-hati dengan segala janji manis lelaki yang sudah beristeri, takut nanti anda pula terjerat dengan penipuan cinta keduanya..... Sebenarnya aku dulu pernah tanya kepada seorang Gadis ni, "Dah tau mamat ni dah ada bini apesal ko nak jugak" katanya mula-mula kawan sajer...Tapi hari-hari dah jumpa, bermanja kemaruklah jadinyer. Yelahhhh sedangkan batu pun boleh berlubang kalau disirami air setiap hari, inilah kan pulak hati manusia...artikel ini aku tujukan kepada gadis-gadis diluar sana buat pedoman kalau sudi...klik

SEPERTI pasangan yang belum berkahwin, mereka akan berusaha menyakinkan kekasih hati dengan godaan janji manis. Justeru, lelaki yang beristeri sanggup berbuat apa sahaja untuk memujuk rayu cinta keduanya dengan janji manis bagi menjerat wanita kedua yang bertahta di hatinya.

Benar apa yang diungkapkan, setiap bicara kata manis lelaki mampu melenturkan hati kekasihnya. Namun, anda harus berhati-hati dengan janji manis mereka, takut nanti anda dijerat masuk ke lubuk percintaan kali keduanya. Berikut kata-kata manis lelaki yang sudah beristeri untuk memikat wanita kedua yang hadir dalam hidupnya.

“Saya akan menceraikan isteri”

Janji itu seringkali dilafazkan oleh lelaki yang bergelar suami. Adakah janji itu akan ditunaikannya? Sayang sekali, kebanyakannya tidak mahu mengotakan janji. Pelbagai alasan diberi termasuk kes perceraiannya masih di peringkat penyelesaian di Mahkamah Syariah. “Sabar ya… sayang, proses perceraian itu akan selesai tidak lama lagi,” begitulah antara kata-kata manis yang dilontarkan lelaki setiap kali anda menagih janji.

Bercerai bukannya satu perkara yang mudah bagi seorang lelaki. Umumnya, mereka akan memilih untuk kekal dengan perkahwinan pertama berbanding perceraian walaupun kebahagiaan yang dicari selama ini gagal. Apatah lagi, sekiranya lelaki itu telah dianugerahkan cahaya mata.

Ini kerana, lelaki seringkali bimbang kehilangan anak-anak apabila bercerai.


“Saya berjanji akan mengahwini anda”

Ramai daripada kita seringkali tertipu dengan janji-janji sebegini. “Tenang ya… sayang, tidak lama lagi saya akan menikahi anda.” Inilah ucapan berulang kali yang akan dilontarkan lelaki sebagai satu cara untuk menunjukkan keseriusan dan ketaatan kepada anda.

Janji mengahwini kekasih terpaksa dibuat supaya si dia tidak berpaling arah pada cinta lain. Soalnya, bagaimana lelaki itu harus memberikan komitmen kepada anda, sedangkan dia terikat pada komitmen terhadap isteri dan anak-anaknya. Anda perlu menerima hakikat bahawa hanya segelintir lelaki yang benar-benar akan menceraikan isterinya semata-mata untuk menikahi kekasihnya.

“Saya akan bawa anda ke rumah”

Janji itu biasanya dilafazkan sebelum anda mengetahui tipu helahnya bahawa dia adalah hak kepunyaan orang lain. Dia berjanji akan menceraikan isterinya dalam masa terdekat tetapi tidak mungkin itu dapat ditunaikannya. Sekiranya anda bertanya bilakah dia akan menetapkan tarikh perkahwinan, biasanya lelaki itu akan mencipta pelbagai alasan termasuk terlalu sibuk dengan kerjaya. “Saya memerlukan masa yang sesuai” atau “saya semakin sibuk sejak kebelakangan ini,” adalah antara alasan yang kerap bermain di bibirnya.

“Saya pasti datang ke rumah anda”

Bagi lelaki yang beristeri, bertemu dengan kedua-dua ibu bapa kekasihnya akan mengundang risiko yang besar. Pertama, ia menandakan keseriusan hubungan anda dengan dia, sedangkan dia sudah mempunyai komitmen lain. Kedua, dia belum bersedia berhadapan dengan pelbagai pertanyaan yang akan dilontarkan oleh ibu bapa anda. Dia berasa takut apabila statusnya terbongkar. Maka, dia akan menghindari segala perkara yang tidak diingini. Dengan itu, dia akan memberi janji manis untuk bertemu dengan ibu bapa anda, tetapi tidak sedikitpun berniat untuk berjumpa dengan mereka.

“Cuma kamu yang ada di hatiku”

Ucapan ini akan membuatkan anda terawang-awang. Dia tahu bahawa kata-kata seperti itu akan membuatkan perasaan anda cair. Tetapi, sebaiknya jangan mudah percaya dengan kata-kata itu. “Hanya kamu yang ada di hatiku?” Ah, itu satu pembohongan besar. Selain anda, di hatinya masih ada anak-anak dan isterinya. Malah, anda juga perlu tahu, merekalah yang mendapat tempat terbesar di hatinya.

“Aku akan membahagiakanmu”

Kalimat ini hanyalah janji-janji manis untuk dirinya. Dia tidak mampu membahagiakan anda, selain isteri dan anak-anaknya. Bagaimana dia mampu membahagiakan anda, sekiranya keinginan anda tidak mampu ditunaikan. Walaupun dia sering memberi hadiah mahal kepada anda, namun sebenarnya bukan itu yang anda harapkan. Anda menginginkan hubungan yang stabil dan mampu hidup bersamanya. Sayangnya, hal itu tidak mampu ditunaikan atas alasan komitmen lain yang perlu diutamakan.

“Selalu berada di sisi saat memerlukan”

Ini merupakan janji-janji bisa yang seringkali diucapkan lelaki yang beristeri bagi merayu kekasihnya. Padahal, dia tidak mampu memenuhi janji itu. Bagaimana dia boleh menemani anda saat memerlukan, jika anda dan dia hanya bertemu pada waktu bekerja. Ketika anda memerlukan nasihatnya, anda tidak mungkin menghubunginya di rumah atau pada waktu cutinya. Anda mungkin akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar jika menghubunginya ketika itu. Oleh itu, berhati-hati dengan kata-kata manis seorang lelaki, takut nanti anda pula yang terjerat dalam penipuan cinta suami orang.

15 comments:

Farhana said...

Snang cite.. Kata-kata lelaki mmg tak leh pakai.. Erk.. Betul ke hang nadim??? Hehehehe.. =p

Oh yek.. Hang nadim ni suami orang ke?? Hahahaha.. Soklan cepumas tol saye bagi.. =p

Snang cite, cari bujang jek laa.. Tapi tu laa.. Skarang bujang ramai gay.. Tak bnyk pilihan dah tggl, tu rmai yg rembat suami org.. Hmmm..

hang nadim said...

farhana> Boleh mengundang kemarahan pihak lawan tuu Doctor, Belum lagii...dah terlajak ni. Tapi ramai gadis yang suka yang suami orang ni dari hasil kajian saya, Kata Diorang matang dan pandai laa serba serbi..Duit pun banyak kanz kanz......dah estalished

Farhana said...

Knape hang nadim??? Hang marah kaa??? Hehehe.. =p

Kalau trlajak haruslah diselesaikan mslah trlajak ni scpat mungkin.. Hehe.. Takpe hang nadim, life begina at 40 utk lelaki.. =)

Suami org caring, lemah lembut, kasih sayang yg over banyak, duit tu banyak kalau kaya laa.. Kalo tak kaya, takde laa duit yg bnyk.. Huhu.. Hang nadim nnt dh jadik suami org, jgn trlibat yek ngan cinta gadis2.. Hehe.. =)

blueCITY said...

salam hn,

alhamdulillah, saya seboleh2 akan mengelak dari berkawan dgn lelaki yg berstatus suami org.
di pejabat tak leh nak elak la kan, urusan kerja dan layan as kawan2.
tapi kalo ada urusan2 terpaksa juga, janji kita jaga adap dan batas. kalo boleh kita kenal isteri mereka. kalo ada teman2 lain bersama lagi bagus.

lelaki yg bergelasr suami ni kdg2 hanya nak test market dan cari perhatian lain. mula2 saja suka2, lama2... hati dah mula suka dan lain jadinya. dan ada juga laki2 kawin tapi ngaku bujang or duda? so, jgn salahkan wanita2 sahaja. semua ada part dan peranankan.

so..
hati2 la semua
huuuu

Mohamad Faizal said...

ia mmg benar tp kdg2 sebagai seorang lelaki, kita mesti ada pendirian di dalam hidup..

dan jgnlah menolong org lain yang melakukan maksiat...

itu nasihat utk semua...

Anonymous said...

Mohamad Faizal said...
ia mmg benar tp kdg2 sebagai seorang lelaki, kita mesti ada pendirian di dalam hidup..

dan jgnlah menolong org lain yang melakukan maksiat...

itu nasihat utk semua...

....
sama0samalh kite menghayati nasihat saudara mohammad faizal nih yer.....

Pemuda Harapan... said...

hang nadim bile lagi nk berumah tangga???

Che La said...

susah nak komen ni nanti ada yg kecil hati

hang nadim said...

Che La> komen je Che La, inilah Blog namanya...tapi dalam KES ni aku dah kena Banned agaknyerrr...tapi Lantaklah, BUKAN SALAH AKU PUN. Aku manjadi mangsa keadaan

hang nadim said...

Farhana> TEkanan...Ooooo, tapi duit jugak segalanya kanz...kanz

bluecity> biru....kadang-kadang ada yang ke MANDEREM ituuu yg tk leh luper...ish ishh

mohd Faizal> weiii....mung perli aku kaaa. Aku ni power Oooooo pakar mentafsir semua ayat-ayat yang tersurat...

anonymous> mesti aku kenal ni..Selamat Hari raya

masMZ said...

hilang hormat pada suami orang mengaku bujang.
hilang hormat juga pada yang sibuk-sibuk menagih cinta suami orang.

[jangan terpedaya dengan perasaan. mana boleh elak dielakkan.]

hang nadim said...

masMZ> mas hang nadim ni masih bujang lagi............trang tang

hang nadim said...

Pemuda harapan>....tengah adjust laa ni, Nasi minyak, Ayam Merah. daging hitam, daging kari embut pisang, Jelatah. menu kenduri

masMZ said...

he eh... biasa orang tulis bujang trang tang tang.... ilang satu lagi 'tang' tu pi mana?? :p ngeh ngeh ngeh. Jangan marah aaaa

* LarikkKKKKKKKKKKKKKK

hang nadim said...

masMZ>..lari mau ke mana?.. maz selalu Joging kat tasik titiwangsa ke..join buleh. ingat-ingat nak start joging gak la kc mantap sikit..