Sunday, October 25, 2009

Pemimpin 'Artis' bawa Geng


Salam semua pembaca yang aku Hormati... tadi aku baca akhbar METRO ni, aku layan semua page...Lepas tu aku jumpa satu artikel ni bila aku baca menyirap gak laa darah aku, ada ke patut Artis ni mengamuk tak tentu pesal kat seorang warga 'TUA' . Mentang-mentang dia ni pemimpin satu persatuan, dia nak tunjuk samseng pulak, jadi marilah Kita TEKA siapa orang tu...Nak tau lebih

Apa yang AKu suarakan ini ada kena mengena dengan satu insiden yang membabitkan seorang penyanyi yang juga pemimpin sebuah persatuan tergamak menghina dan memaki hamun wanita berusia lingkungan 50-an.

Kejadian berlaku di sebuah restoran ketika wanita malang itu menikmati makan malam bersama keluarganya. AKU difahamkan, keluarga itu tiba-tiba diganggu seorang kanak-kanak yang boleh tahan lasak hinggakan meja makan hampir jatuh.

Wanita itupun bersuara meminta waris mengambil kanak-kanak itu tetapi tiba-tiba artis itu bangun sambil mencampakkan pinggan. Rupa-rupanya kanak-kanak itu adalah anaknya.

Isteri penyanyi itu turut menjerit dia pandai jaga anak dan menyifatkan anaknya budak yang aktif. Macam-macam caci maki keluar daripada mulut pasangan itu, malah keadaan semakin tegang apabila artis ini menghubungi dan meminta geng datang ke restoran itu.

Tidak lama kemudian, pengikut artis ini sampai dan duduk di meja berhampiran keluarga tadi. Bimbang berlaku perkara tidak diingini, seorang anak wanita tadi menghubungi keluarganya.

Ketika anak lelaki wanita itu sampai, isteri artis itu masih meradang. Namun keadaan mula reda apabila suami wanita itu sampai dengan ahli surau kawasan itu.

Suasana jadi sunyi sepi apabila anak lelaki wanita itu menghubungi abangnya yang bertugas sebagai inspektor polis.

Taring artis ini terus hilang apabila Inspektor polis itu bercakap dengannya melalui telefon. Dia hanya mampu mengangguk dan tidak lagi mengamuk bagai harimau lapar.

note : aku tukar nama penulis dengan nama 'aku' harap maklum


2 comments:

ell_jay said...

ehhh.. ni cerita terbaru ke? amboi.. berlagak betul bila jadi artis... tau pulak takut dgn polis.. baru ckp telefon.. kalau face to face.. menyembah pulak agaknye.. poyo je lebih diorang ni..

by the way.. gamba adalah tidak sesuai ye encik hang nadim.. saya geli nengoknye!!

hang nadim said...

ell_jay> entah laa sapa tuu, tapi aku rasa aku tahu lah sapa tuuu....alamak sorry laa ell_jay gambar tuu sebenarnya gambar Kumpulan YAkuza, bertepatan dengan topik samseng ni hehehee