Tuesday, October 20, 2009

Wanita cantik menyihatkan lelaki


Siapalah tak suka yang cantik, sebab cantiklah manusia mengejar kekayaan, nak rumah yang cantik, nak kereta yang cantik, nak wajah yang cantik..bak kata pepatah nak cantik-cantik jerrr .Tetapi bohonglah kalau tak memandang yang cantik....nak tahu klik yerr
WAHAI lelaki, ada berita baik untuk memastikan kesihatan terus terpelihara. Mudah saja, selalulah bertemu atau berdampingan dengan wanita cantik!

Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.

Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan berkurang seiring pertambahan usia dan tempoh hubungan.

Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.

Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali yang memikat hati.

Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.

Di sinilah satu fakta menarik ditemui. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.

Tetapi berbeza pula apabila responden terlibat bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga 7 peratus.

Penjelasan mudahnya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih bugar.

Ternyata lebih menyihatkan tubuh badan selain tentunya membahagiakan ketika bersama wanita cantik berbanding melepak dengan rakan lelaki seperti yang selalu dilakukan oleh lelaki Malaysia di kedai-kedai mamak.

9 comments:

ell_jay said...

uikssss.. hang nadim buat review pasal org cantik.. lumrah alam kan.. semua suka pada yg cantik... but still.. it is very subjective.. beauty lies in the eyes of the beholder..

jadi bila ada kajian yang ia menyihatkan badan.. bonus lah kan? hmmmm... makin ramai la yang ambil kesempatan nanti.. :)

lanz_evo7 said...

melihat x salah kn,jgn buat yg bukan2 da la..so kaum wanita x yah la nk marah2 kt pasangan nye bila melihat wanita cantik..kn utk kesihatan jer.
cantik x bermaksud seksi kn!! :-)

blueCITY said...

heeeeeeeeeee
mmg sejak azali lagi kan
beruntung sapa yg cantik luaran
cantik dalaman
cantik akhlak
cantik hatinya

adatlah, semua mencari yg cantik
mencari yg kaya
mencari yg baik

POSH76 said...

aku yg pompuan suker tngk wanita cantik...tp aku bukan lesbian...hehe..ni kan lelaki...mau tersembul bijik mata...hehe

seroja jingga said...

sape yang tak suka cantik??
tapi gua memang category tk cantik..sume kata gua gemuk! cam tension jap!

hang nadim said...

ell_jay> sungguh berkenaa hati laa bila aku membaca Kajian ni, tapi aku lihat kajian ni dari nilai yang sihat tak lebih dari ituu...ahakss

bluecity> Salam biru...nak mencari semua yang disebut oleh Biru mungkin sukar, tapi mungkin ada. Tapi Biru dah ada Kereta yang cantik Kan kan...

Lan_evo9> melihat jerr kan....aku ada gak melihat-melihat Budak Opis kat atas aku ni. weiiiii cantik gak orangnyerr wit wit

Posh76> aku pernah diberitahu oleh kawan aku, satu HAri tuuu dia keluar dengan seseorang yang ada PAKEJ laaa maksud aku GAdis laa, ketika di Traffic Light ada sebuah kereta berhenti dinaiki oleh dua org gadis cantik, melambai. Rupanya diorang nak berkenalan dengan Gadis yg dibawanyer.......

hang nadim said...

Seroja jingga> saya pun tak emsem, saya tak kisah gemuk ke, kurus kerr janji HAti Tuu Cantik Kan.
Seroja Apa Habaq

Farhana said...

Wah.. Hang nadim ni.. Heehee.. ;)

Yeke tak kesah luaran? Sila buktikan sket.. Hehehe.. ;p

hang nadim said...

farhana> doctor...biasalah aku insan yang lemah, hanya mampu berserah