Tuesday, November 10, 2009

Sudah Potong ?...............


Kempen 'Sudah Potong' akhirnyer mencetuskan kontroversi apabila Ada orang yang prihatin membuat aduan kepada Kementerian berkenaan.....Sebenar kempen 'Sudah Potong' aku ingat dah berjalan beberapa bulan semua iklan dalam akhbar, Radio, dan Sepanjang Lebuhraya ada iklan ini. Aku tengok kempen diorang memang hebat hinggakan Pemain utama iaitu Streamyx telah cuak. Akhirnyerr mereka membuat kaunter Attack ...cuba tengok kempen terbaru Streamyx... "Mereka Dah Serang Dengan Menggunakan Perkataan yang sama"
BERITA hari ni berkenaan aduan tentang kempen 'Sudah Potong' seolah-alah mempermainkan 'berkhatan' itulah yang aku dengar. Sebenarnyer aku pun tak paham, apabila Berita Mengatakan Kerajaan akan menyiasat perkara ni. Mungkin perkara ini bila diperbesarkan dan disebut sehari-hari akan menjadi satu istilah yang bermaksud lain.

BAgi mereka yang tak tahu kempen 'Sudah Potong' ? Ini ialah kempen sebuah syarikat diberi Lesen Wimax, tak salah aku Pocket ONe kot.... mengikut cerita member aku line diorang memang laju, Walaubagaimapun aku memang suka ada lagi pemain-pemain dalam industri ini, maka kita sebagai pengguna akan mendapat faedah yang terbaik didalam kalangan TErbaik

4 comments:

hans said...

hahahha
itulah
diorang nih selalu salah sangka
aku rasa kalau kerajaan nak siasat baik siasat minum - minuman kopi tu
semua lucah2 jer

cik jijah said...

depa komplain iklan jek.. tapi bagus kan iklan tuh? pedas gila.. smpi streamyx pun menggelupur.. tak silap negara kita nih jatuh no. 3 dalam senarai negara yang mengenakan perkhidmatan internet termahal.. tapi servis tak bagus mana pun..

Idris talu said...

Broadband di M'sia boleh kita umpamakan seperti kurakura berbaju arnab.
Rumah saya dekat ngan xchge tm, nak tengok video, download dulu, baru tengok. Klu tengok trus, macam itik makan dedak.
Dah segan nak komplen.
http://idristalu.blogspot.com/

hang nadim said...

hans> Dulu aku penah baca teknologi menggunakan poin Elektrik boleh digunakan untuk melayari internet, tetapi teknologi tidak dikembangkan mungkin takut Syarikat Telekomunikasi boleh lingkup, bayangkanlah berapa byk Plug Poin kt rumah..Aku sarankan ko ninum KOPI JANTAN...baik punya

cik Jijah> betulah la jijah skarang ni streamyx kasi intall free, bila laa P_ONE ni nak sampai kampung aku, memang aku kempen kat Orang kampung kaw-kaw harapkan Telekom dengan Streamyx bertahun kena tunggu nak dapat Line....mengung betul

Idris Talu> Brondband yang lain-lain tu biasa laa tuan haji Indah khabar dari rupa, memang Slow gilerr setakat nak hantar email boleh laa. TERIMA KASIH Tuan HJ