Monday, March 22, 2010

Dengar cerita Tol naik? Naik Elektrik? Cuaca panas, orang panas

DENGAR kata tol nak naik lagi? Tarif elektrik pun? Benarkah? Rakyat sudah cukup terbeban dengan apa yang mereka tanggung sekarang. Jika hidup di bandar semuanya wang. Kadangkala wang dihabiskan begitu sahaja tanpa sedar.

Cukai itu dan ini, caj itu dan ini, parking sini dan sana hingga masuk tandas pun wang.
Roda kereta masuk lubang (yang bercambah-cambah atas jalan di KL) pun kena wang. Rim kereta bengkok kena tukar atau baiki. Di kedai tayar, pekedai letak harga ikut suka dan itu tidak masuk cukai perkhidmatan dan kerajaan lagi. Bukan salah pemandu yang membayar road tax apabila rimnya bengkok, tetapi salahnya ialah kepada majlis perbandaran yang tidak tampal lubang itu..Pergi makan di restoran sekarang pun kena cukai yang bukan-bukan. Minggu lepas, saya dan dua rakan makan di sebuah restoran, makan bukan apa sangat - tapi cajnya melampau, cukainya dalam resit RM10! Tak masuk akal.

Berkereta untuk ke tempat kerja setiap hari seperti berperang. Jalan sesak teruk sangat. Oleh kerana jalan kerajaan atau jalan percuma terlalulah sesak, pemandu lazimnya cari jalan lain iaitu dengan masuk pintu tol. Maka kenalah bayar tol.

Setiap hari ada yg trpaksa membayar RM5.20. Memanglah selesa dan cepat...

Tol adalah satu keperluan untuk penduduk bandar. Wang yang mereka belanjakan setiap bulan untuk tol terlalu banyak. Itu tidak kira lagi jika perjalanannya banyak berulang-alik. Setiap kali bayar tol, jika secara Smart Tag wang habis tak terasa. Jika bayar di pondok tol, hati sakit kerana kita yang berkata ‘terima kasih’ kepada pekerja tol yang menolong mengambil duit kita.

Dia tak kata apa-apa pun – adalah seorang dua ucap terima kasih kat kita.

Namun perjalanan ke destinasi terpaksa diteruskan. Kerja untuk mengisi perut dan menampung wang tol terpaksa dicari. Selagi hayat dikandung badan, itulah rutinnya.

Minggu lalu, kita semua gelisah – sudahlah tidur malam rimas kerana cuaca panas akibat peralihan monsun – dengar kata tarif elektrik pula nak naik. Lagi panaslah kita.

Beritanya disiarkan dalam akhbar mengatakan menterinya akan membawa cadangan itu ke dalam Kabinet. Namun, dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu, dengar kata cadangan itu ditangguhkan.

‘‘Ditangguhkan?” Mungkinkah kerajaan bertimbang rasa kerana ramai yang pakai aircond dalam musim panas ini. Maka, tidak adillah tarif itu dinaikkan sekarang.

Apa pun cadangan itu masih ditangguhkan. Lambat-laun ia akan naik juga. TNB memberi alasan macam- macam - kos mereka meningkat. Harga dunia arang batu naik, harga gas naik dan macam-macam lagi naik.

Begitu juga dengan tol. Kerajaan memberi alasan terikat dengan perjanjian konsesi. Dikhabarkan jika kerajaan tidak naik ikut masa yang ditetapkan (tiga tahun sekali) maka kerajaan terpaksa tanggung pampasan yang besar kepada pemegang konsesi.

Ikut perjanjiannya tol kena naik setiap tiga tahun sekali. Jika kerajaan tidak naikkannya, mungkin atas alasan politik atau desakan rakyat, maka kerajaan terpaksa tanggung RM200 juta setahun atau RM600 juta bagi tiga tahun pertama. Jika tahun ke-4 tidak naik juga kerajaan terpaksa tanggung RM400 juta setahun atau RM1.2 bilion bagi tempoh tiga tahun itu. Jika tahun ke-7 tidak juga naik ia akan menjadi RM600 juta atau RM1.8 bilion untuk tiga tahun itu.

Memanglah jika dikaji betul-betul syarikat PLUS juga kepunyaan kerajaan secara tidak langsung. Bak kata orang, ‘keluar poket kanan, masuk poket kiri’. Tetapi itu semua tidak dikira. PLUS terus mencatatkan keuntungan berbilion-bilion.

Namun, itulah alasannya sehinggalah Menteri Kerja Raya ketika itu, S. Samy Vellu diberi jolokan Samy Tol kerana mahu menjaga kepentingan kerajaan bagi mengelakkan ia membayar pampasan yang besar itu.

Kini Shaziman pula kena menghadapinya. Jangan nanti dia pun orang panggil Shaziman Tol sudahlah. Terma perjanjian itu jika tidak silap akan berkuat kuasa sehingga pada 2038. Ada 28 tahun lagi.

Apapun kerajaan berada dalam dilema. Tak naik pun tak boleh, naik pun tak kena. Jadi semuanya serba tak kena.

Penduduk yang tinggal di Puncak Alam dan kawasan perumahan sekitarnya, ikut Jalan Batu Arang dari Shah Alam memberitahu saya mereka amat bengang kerana jalan untuk ke Shah Alam terlalu sesak setiap pagi.

Namun semuanya lega apabila akhbar Utusan Malaysia menyiapkan berita baru-baru ini bahawa satu jalan susur akan dibuat di simpang tiga berhampiran Lebuh Raya Guthrie. Mereka cukup gembira dan bersyukur. Tapi mereka kemudian difahamkan susur yang tengah dibuat itu bukannya percuma.

Mereka akan dikenakan tol? Hati yang sejuk dikhabarkan bergelora kembali.

Semalam, keluar satu lagi berita gembira? Kerajaan akan membuat satu lagi lebuh raya untuk kemudahan rakyat jelata dari Banting ke Taiping. Akhbar The New Straits Times menyediakan petanya sekali. Ia akan menjadi laluan alternatif kepada Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS. Harga projek dianggarkan antara RM5 bilion dan RM6 bilion.

Setakat ini tidak pasti ia akan bertol atau tidak. Tapi seorang pegawai di Kementerian Kerja Raya memberitahu saya: ‘‘Eh... mestilah bertol”.

Namun, sekali lagi semua berita ini ada suka, ada duka. Berita pembangunan seperti itu boleh juga menjadi backfire atau makan tuan jika tidak ditangani dengan betul. Terutama jika rakyatnya akan menghadapi pilihan raya. Jika kerajaan itu kuat dan perkasa, dan rakyatnya mempunyai perkapita yang tinggi mungkin tidak menjadi masalah, tapi jika tidak...?

Rakyat sebenarnya gelisah dengan berita seumpama ini. Semua orang masih teringat apabila kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen daripada RM1.92 kepada RM2.70 pada Jun 2008. Semua oarang 'terkejut beruk’ kerana naiknya terlalu tinggi.

Apa sekalipun, kita sudah lupa itu semua. Setiap hari kita mesti mengisi minyak untuk menghidupkan kenderaan masing-masing. Hidup harus diteruskan. Wang harus dicari bagi menampung keperluan termasuk membayar tol, isi minyak dan membaiki rim yang bengkok...


2 comments:

CITY® said...

salam,
lama tak dgr cerita?
sihat ke hang n, hehheh..

semua naik semua panas
yang atas yang bawah
yang kaya yang miskin
heheheh..

saya balik kemaman lalu lpt
dari gombak ke kemaman tol rm21.90
belum masuk tol dari kajang rm1 + rm1.8+ rm 5 + rm3
haaaaaa, kira berapa sekali saya balik?
grrrrrrr..

nasib baik rumah ke opis dekat, x yah tol. jimat banyak la..

dunia yg makin macam2 daaa

hang nadim said...

saya pun rumah dekat Opis gak....bulan lepas saya ada kat Trengganu