Wednesday, May 12, 2010

4 syarikat 'Kutu' disiasat


Gambar Hiasan
Akhirnyer kena cekup jugak, kutu wang pos ni aku dengar dalam tahun lepas lagi, agak popular di Shah Alam, kemudian dekat Johor. Sebenarnyer aku pun pernah pergi dengar bisnis talk diorang ni, semua macam skim cepat kaya jugak laa. Kononnyer dengan sejumlah wang dilaburkan walaupun kita tidak mencari Orang bawah dalam masa 5 atau 6 bulan duit akan berkali ganda... maaf berkali-kali ganda, ada membe aku hari tu dok pujuk, dia kata satu family dia masukkan nama. Cerita yang aku dengar seseorang pelabur mencari orang bawah atau downline lagi laa banyak habuannyer. Semasa aku dengar talk hari tuu seorang perempuan pangkat Kakak laa, katanya program ni ialah membantu orang melayu untuk menjadi kaya...(dlm kepala aku kaya untuk dia la) lalu untuk memberi keyakinan pada kami ditunjukkanlah wang pos atas nama dia, memang banyak wang pos dia, dalam jumlah rm20 jerr tapi beratus keping, tapi mujurlah aku tak terpedaya janji penyamun-penyamun ini. Semuanyer kaki menipu....sebenarnyer ramai yang dah masuk skim ni dan berangan macam-macam, satu tahap sampai member aku cakap nak beli wang pos dekat Shah Alam kehabisan Stok. Moral disini semuanyer yang terkena adalah orang melayu. Setahu aku BANK NEGARA dah siasat pasti duit ni akan dibekukan

2 comments:

HonEyBuNNy said...

Yes..akhirnya kena cekup jugak..ila ada pnh dgr jugak..ihihi

hang nadim said...

salam...tapi yang hairannyer kenapa dah berpuluh juta wang keluar masuk baru nak kena cekup...konpiusnyer