Sunday, May 2, 2010

Nasi Beriani stail aku


Pagi jumaat hari tu aku pergi Seremban, Lepas breakfast kat R&R seremban. Aku pun terus menuju ke Lokasi Site Projek laa berhampiran seremban 2, bos aku suruh tunggu satu mamat ni sub-cont...tunggu punya tunggu tk datang2 angin betul, lepas tuu dia kata lepas jumaat lak datang, bedebah punya orang..ERmmm jadi sementara nak sampai waktu jumaat ni, aku pun masuk laa dekat Tesco berhampiran, aku beli laa perkakas Nasi Beriani jap lagi nak balik kampung angan-angan nak Masak dah lama tk asah skil memasak ni, Lepas jumaat Dalam pukul 3ptg camtu, kononnyer pegawai mangkuk hayun tuuu kata nak datang, tapi hampeh tak dapat datang Ish ishhh, kalau aku tahu awal-awal lagi aku balik kampung. Aku pun story lebih kurang kat Bos aku, mamat ni pun kena Blacklist heheehe. Jumaat malam dalam pukul 9mlm gitu, aku pun masuk hiway nak balik, laaaaa ramai pulak nak balik kampung, Jem pulak hiway hari tuuu jadi perjalanan agak perlahan. Lusa tuu aku try laa masak Nasi Beriani ni dekat kampuung...

Bahan-bahannyer : BASmathi Tesco(murah sikit) 5kg, rempah beriani tesco, rempah beriani adabi, susu cair, planta, pewarna kuning telo, badam, daun ketumbar ....esok laa aku sambung

Aku panaskan dulu air pakai dapur kayu, bila air dalam periuk mengelegak jer tuuu masuk laa beras tuuu kacaU pelan-pelan sampai separuh masak gitu, masuk bahan-bahan digoreng seperti yang tertera dibawah ni...

Aku dah goreng bawah halia bwg putih dengan minyak planta kalau ada minyak sapi boh skit. rempah beriani yg dicampur beberapa jenama kari, daun ketumabr dah belnder dgn bwg hlia skit. Masuk Susu cair dan rempah ni dalam Periuk nasi. garam biar adaaa rasa.

TUTUp periuk Rapat, balut dengan kain letak pulak Pemberat kat atas tuu. Dah setengah jam bukak masukkan Pewarna kuning telur yg bacuh dgn air biasa(atau air mawar) badam, kismis, bawang goreng, jgn kacau sgt nanti beras tuu patah..tak cantik maaaa..

2 comments:

Missfasha said...

pergh....dasyat!

hang nadim said...

missfasha-alaaaa senang je nak masak beriani ni....cuma nak bagi sedap jee perlukan pngalaman seperti saya ni...