Sunday, August 15, 2010

Pasar Ramadan tempat mencuci mata


Sebenarnya seronok betul pergi ke Pasar ramadan ni, kadang-kadang boleh jumpa kawan-kawan lama yang telah lama terpisah, boleh jumpa artis kesayangan. Pasar Ramadan yang menjadi pilihan aku kat sini tak lain tak bukan ialah pasar ramadan taman tun la..Dulu aku pernah dapat gerai kat sini tak payah beratur pun, cuma pergi masyuarat jer..jasa aku pada kawan-kawan pun banyak jugak la dulu. Dulu aku ada gak pas gerai ni dekat kawan-kawan. Ermm tetapi aku pun dah lost contact dengan mamat ni jadi tak dapat lagi la. Sebenarnya aku dapat kuota politik kat situ...hehehe maklumlaa kenal ramai orang. Pasar Ramadan kat sini memang best pengunjung kat sini tak lokek membeli janji sedap. Lepas tuu bila orang balik kerja ramai laa macam artis, macam model yang seksi pun ramai ..giler betul..Satu ketika tu pernah pengiran Sufri datang ke gerai aku masa tu...pengiran sufri tiap-tiap tahun turun pasar ramadan Taman tun ni tau..

Tuesday, August 10, 2010

Pasar Ramadhan di Singapore Lagi hebat

SUASANA menyambut bulan Ramadan lebih terasa di Singapura jika dibandingkan dengan mana mana negeri pun di Malaysia, sama ada oleh rakyatnya sendiri terutama orang Islam atau oleh pelancong.

Sepanjang Jalan Geylang Serai yang masih menjadi pemusatan kediaman orang Melayu telah dihiasi dengan gerbang lampu berwarna-warni yang indah yang di kiri-kanannya telah disediakan dengan berbagai gerai jualan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan untuk berbuka puasa dan hari raya.

Tapak Pasar Ramadan yang disediakan lebih teratur, lebih kemas dan bersih dari Pasar Ramadan yang kita dapat saksikan di Jalan Melayu atau kawasan Masjid India dan Kampung Baharu dan Taman Melawati, Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan ribuan manusia setiap bulan puasa.

Bagaimanapun persekitaran di semua kawasan Pasar Ramadan yang popular di negara ini tidak memberikan suasana yang memberikan kebesaran, keceriaan, kesyahduan dan keindahan bulan puasa, tiada usaha untuk mengindahkan suasananya.

Apa yang kita dapat saksikan di sini pada setiap tahun ialah ribuan pengunjung yang datang membeli belah dalam suasana yang tidak selesa malah menyesakkan nafas di samping amat kurang dari segi kebersihan. Jika Jalan Geylang Serai boleh dihiasi dan dikemaskan untuk Pasar Ramadan, kenapa jalan tertentu atau Pasar Ramadan kita tidak boleh mewujudkan suasana yang sama atau lebih baik sedangkan negara ini negara Islam.

Tidaklah dapat dinafikan bahawa pemikiran perdagangan dan orientasi perniagaan kerajaan Singapura telah menyebabkan mereka lebih komited, kreatif dan inovatif dalam mengambil kesempatan dari apa juga perayaan bagi mendatangkan wang kepada rakyat dan negara dan juga bagi menjadikan negara mereka sentiasa dinamik dalam keadaan apa pun.

Maklumat yang saya dapati dalam kunjungan singkat menjelang puasa, selain dari penduduk tempatan berbilang kaum yang mengunjungi pasar Ramadan Geylang Serai ialah kehadiran ribuan pelancong dari luar negara untuk melihat suasana Ramadan di Singapura di samping menjamu selera.

Selain dari itu menjadi suatu kemestian bagi orang orang Melayu dari seluruh Singapura untuk berkunjung ke Geylang Serai bagi bertemu mesra sesama orang Islam di samping membeli juadah.

Menjadi seperti sesuatu yang tidak sah bagi orang Melayu Singapura jika tidak ke Geylang Serai di bulan puasa.

Orang Islam Malaysia yang sangat berbangga dengan keIslaman mereka dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam akan merasa kecil diri apabila berkunjung ke Geylang Serai dan akan tersandar pada realiti bahawa kita lebih banyak sentimen dari praktikal dalam kebanggaan kita.

Suasana di Geylang Serai itu tidak sahaja dirasakan oleh kalangan Melayu tetapi juga diketahui oleh setiap pemandu teksi dan penduduk kaum lain yang akan menceritakan tentang kemeriahannya kepada anda.

Kita tidak seharusnya terus berbangga kosong sebaliknya mengakui hakikat betapa kurangnya daya inisiatif dan inovatif kita terutamanya di pihak kerajaan.

Menteri Wilayah, Menteri Pelancongan dan lain-lainnya patut melawat Singapura di bulan puasa untuk membuat perbandingan dan merasakan hakikat Singapura sebagai Economic Dynamo. Aku cedok artikel ni dari forum dalam utusan dengan izin> Hakikat ni harus diterimalah oleh pemimpin kat Malaysia ni yang cakap sahaja lebih tapi hampeh...begitu juga mereka dipertanggunjawab banyak tidor banyak enjoy sahaja..Betul tak kawan-kawan..?

Wednesday, August 4, 2010

Apabila tiba Pilihanraya..maka mereka ni pun datang lah

Semasa pilihanraya yang lepas, aku ada dikampung selepas empayar aku di KL kecundang tapi 6 bulan kemudian aku kembali ke KL. Tak salah aku sebelum tu nama2 calon2 belum lagi diumumkan. So sebelum tuu barulah muka-muka yang tk pernah dilihat kembali semula kononnye untuk melobi dan mengambil hati orang kampung. Maka pelbagailah program-program dijalankan kat kampung aku dan sekitar-sekitar ni. Satu petang ni kira-kira sebulan lebih lagi, pilihanraya nak dijalankan diadakanlah masyuarat kat dewan dikampung aku tu, ada laa buat makan-makan..mee kari kot dan kueh mueh. Ermmm maka datanglaa Datuk(the former YB laah) bersama askar2 atau barua-barua datang turut sama mewarnai masyuarat dipetang yang indah tu. Paling best dalam bad ni ialah dalam sesi soal jawab dengan penduduk kampung. Aku yang pertama kali hadir ni kagum laa jugak laa dengan soalan dan permintaan orang kampung kepada YB, maka bertunkus lumuslah penasihat YB berjanji dan akan memenuhi segala permintaan orang kampung. Tapi diorang ni memang pandai berjanji tapi haram jadah ponya janji, aku rasa tiada satu pun kemajuan yang ada kat kampung ni, yang belukar depan jalan rumah aku tuu pun tak terbuat. Habis mesyuarat orang kampung pun diberilah gula-gula, beras sekampit, dalam plastik ada kopi, ada gula, ada susu, (itupun ada laa malaun mana yang sponsor)> Setiap kali pilihanraya macam ni lah. Kampung lain dah beberapa kali diturap jalan kampung aku ni macam........ishhhhh sakit hati dengan diorang ni.