Wednesday, April 29, 2009

Gulai Daging dengan umbut Pisang...sedapnyaa


Tuan -tuan dan Puan-puan Resepi ni agak Femes kat kapung aku, Aku beritahu lebih kerang macam ni cara memasaknya....( dah lama aku tak makan gulai ni)
Bahan-bahan ( 4 org )
500 g umbut batang pisang (isi yang paling dalam.Potong 1/2 jengkal)
1 kg tulang lembu yang ada daging (potong kecil) (kambing lagi laa sedap)
2 paket serbuk kari daging
500 ml santan
1 tangkai daun kari
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 ulas bawang merah (kisar halus)
6 ulas bawang putih (kisar halus)
1 inci halia (kisar halus)
2 sudu besar cili boh
Sedikit air asam jawa
Minyak utk menumis
1 gelas air
Garam, gula dan MSG secukupnya
Cara-cara
Panaskan Minyak. Tumiskan bahan kisar dengan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang hingga wangi. Bancuh rempah kari dengan air dan cili boh. Masukkan kedalam bahan yang telah ditumis tadi dan masakkan hingga rempah pecah minyak.
Masukkan santan dan kecilkan api. Masukkan pula tulang atau daging dan batang pisang tadi. Biarkan mendidih dan batang pisang empuk(biar daging dah tak liat).Tambahkan air asam, garam, gula dan MSG secukupnya. Masak sehingga boleh dihidangkan dihidangkan...gulai ni kalau makan panas-panas lagi bes. makan polak kat tepi sungei

Blues Sekejap...


Hadirnya diri bagaikan tidak disedari .Diri ibarat melukut di tepi gantang. Mengharap pada sesuatu yg tak pasti. Mengharap kasih pada yang tak sudi .Ingin memiliki sesuatu yg mustahil untuk dimiliki. Sehingga sanggup mengorbankan kepentingan diri. Meniti hari2 yg penuh berliku. Tetap dihadapi dengan seribu pengharapan.. Walaupun diri sedar harapan bukanlah sesuatu yg pasti. Harapan hanya tinggal harapanImpian hanya tinggal impian. Tinggalkan lah apa yg terdahulu,Ubati hatinya yg terduka.. Carilah ketenangan yang hakiki..Berharap lah hanya pada-NyaPinta lah hanya pada-Nya..Insyaallah jika dengan niat suci..Pasti termakbul juga akhirnya,Hidup duniawi yg melalaikan. Jangan leka dibuai keindahan dunia yg sementara..Carilah ketenangan di hujung dunia..Ubati setiap pelusuk hati yg pernah terluka..Carilah penawar yang paling mustajab baginya..Agar ianya tidak berulang lagi.Semalam adalah sejarah.Hari ini adalah kenyataan. Esok adalah impian..Biarlah disimpan perkara yg lalu dalam lipatan sejarahTidak perlu lagi dibuka jika ia membuat hati terluka...Jadikanlah hari ini yang terbaikAgar apabila kita menghadapi hari mendatang..Hari ini akan menjadi sejarah yg sangat indah

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Antara Aktiviti Yang Diusahakan Oleh Orang Kampung Tanjung Kasau


Di sini aku nak cerita sikit pesal aktiviti orang-orang kampung...kebanyakan di sini melakukan pekerjaan sebagai pekebun kecik, motong getah laa, ada jugak yang berniaga kecil kecilan dan ada jugak yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan seperti cikgu, kerani dll ...kat atas di sini aku sertakan gambar beberapa hasil dari aktiviti mereka yang mengusahakan beberapa kerja...antara mat Sin.. dengan bengkelnya didepan rumah antara aktiviti masa lapangnya membuat ulu golok dengan mengdapatkan Kayu kayu yang seperti belian, nangka di hutan berdekatan, sebenarnya ulu golok ni ada pengikutnya sendiri, aku pung pening bila dengar diorang certa harga ulu ni berubah mengikut jenis kayu..kayu yang paling susah didapati lagilah mahal harganya.. dari rm30 hinggalah beberapa ratus...masyuklah mat Sin ni, selain tu dia jugak berkebolehan memasak, dengan penangan (mulut lasernya gema) riuh rendah suaranya ada yang makan hati ada yang buat tak tau...hehehe sabar jer lah
Selain itu mantan tok ketua Nor...aku rasa dia dah jadi tok ketua kot sekarang almaklum Umno dah kembali berkuasa, dia ni memelihara kambing dan menanam pokok dokong dan dibantu oleh datinnya kak milah mengusahakan katering untuk sekolah berdekatan...tok ketua ni sebenarnya ramai yang angin dengannya tapi biasa la memang susah nak jadi tok ketua ni...tak percaya tgk la Drama kat tv tu hehee..

Aku Ceritakan Asal Usul GERIK..


Salamulaikum aku ceritakan sedikit catatan sejarah pembukaan Gerik yang aku cedok dari internet, ceritanya begini dikisahkan orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.Asal-usul Nama 'Gerik'Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kSEJARAH GERIKDari catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.Asal-usul Nama 'Gerik'Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.

Tuesday, April 28, 2009

ahli UMNO GERIK kena cekup

Gerik : Empat orang Ahli Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. Dua daripada mereka merupakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa.Mereka ditangkap dipekan Betong, Thailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk berusaha membebaskan pemuda-pemuda tersebut.Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Gerik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan.Maka dengan itu..polis Gerik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand. (aku rasa betul kot aku ada tanya member aku semalam)

sambungan Cerita Aruah Syed kechik


Syed Kechik yang ditugaskan sebagai penasihat undang-undang peribadi beliau, dikatakan orang yang paling dipercayai oleh Mustapha hingga ada yang menggelarnya sebagai ‘Ketua Menteri Sabah yang sebenar’. Menurut buku itu lagi, Syed Kechik juga memainkan peranan belakang tabir atas arahan Tunku bagi membantu menyelesaikan krisis perlembagaan di Sarawak pada 1966 apabila Ketua Menteri Sarawak yang pertama, Stephen Kalong Ningkan enggan meletak jawatan setelah menerima undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri. Membaca buku itu seolah-olah kita menonton filem James Bond, ‘melihat’ (membaca) bagaimana liciknya Syed Kechik menemui tokoh di belakang tabir dan berhubung dengan Tunku, menelaah undang-undang bagi mencari jalan penyelesaian tanpa pengetahuan masyarakat umum tetapi didedahkan dalam buku terbabit.Namun, peranan sebenar Syed Kechik lebih tertumpu di Sabah. Pada mulanya, Syed Kechik bertugas sebagai Penolong Setiausaha Parti Perikatan Kedah pada 1964 dan kemudian dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Penerangan dan Penyiaran, Datuk Senu Abdul Rahman (1964-1967) sebelum ditugaskan selaku Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Sabah dan Menteri Pertahanan Awam, Tun Mustapha (1966-1967). Sejak itu, Syed Kechik begitu rapat dengan Mustapha yang bukan saja sebagai pembantu khas, malah diberi pelbagai jawatan seperti Ahli Majlis Eksekutif Negeri bagi parti Usno (1968-1972); Setiausaha Agung Persatuan Islam Bersatu Sabah (Usia) 1969-71; Pengerusi Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (1970-71) dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah (1975-76). Lapan tahun, Syek Kechik membantu Mustapha selaku Ketua Menteri bukan saja berpengaruh dalam politik bagi memperkukuhkan kedudukan pemimpin ulung Sabah itu, malah membantu mengukuhkan ekonomi negeri. Beliau membina Yayasan Sabah, yang digunakan oleh Mustapha sebagai instrumen utamanya untuk memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan kuasa politik. Yayasan itu antara lain berperanan meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat Bumiputera Sabah. Ia juga turut menyediakan tajaan dan biasiswa pendidikan kepada anak-anak Sabah.Bagaimanapun kemelut dalaman yang berlaku dalam parti Usno pimpinan Mustapha menyebabkan parti itu tewas kepada Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh pada pilihan raya negeri 1976. Pergolakan dalaman dan kekalahan itu membawa Syed Kechik kembali ke Kuala Lumpur. Dengan pengalaman dan pengaruh dalam dunia politik, Syed Kechik kemudian membabitkan diri secara serius sebagai ahli perniagaan, dengan pembabitannya dalam pembangunan hartanah, perhotelan, projek perumahan dan pelaburan asing. Antara pelaburan terbesar Allahyarham ialah dalam projek pembinaan Wisma On Tai sekitar 1970-an. Syed Kechik juga adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat hartanah Sri Hartamas Corporation Bhd. Kejayaan yang dilihat sebagai mercu tanda kepada orang Melayu ialah apabila Syed Kechik berjaya memiliki bangunan sendiri iaitu Yayasan Syed Kechik di Bangsar. Bagaimanapun, Syed Kechik memulakan kerjayanya dalam perniagaan dan politik agak lambat. Sebagai remaja, beliau membantu ayahnya di kedai dobi dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat untuk belajar dalam bidang sains politik dan hubungan antarabangsa di University of California. Oleh kerana kesempitan hidup, beliau sanggup bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di restoran dan sebagai pelayan (waiter) untuk mencari rezeki menampung perbelanjaan. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln Inn, London sebelum kembali ke Malaysia dan terus membabitkan diri dalam politik Umno di Kedah. Di situlah beliau mula mengenali Tunku Abdul Rahman dan kemudian diminta oleh Bapa Kemerdekaan itu untuk ke Sabah, Negeri Bawah Bayu yang berjaya menukar corak kehidupannya. Beliau tidak berfikir dua kali untuk menerima tawaran membantu Mustapa. Apabila kembali ke Semenanjung setelah berakhirnya penguasaan Usno pimpinan Mustapha di tangan parti Berjaya pimpinan Harris, Syed Kechik menumpukan penuh perhatian kepada bidang perniagaan hingga muncul antara Bumiputera pertama menjadi ‘multi-millionaires’. Syed Kechik adalah juga Presiden pertama Persatuan Pengeluar-pengeluar Filem Malaysia (PFM) setelah terpilih dengan menewaskan Tan Sri Jins Shamsuddin menerusi pengundian pada 1980. Beliau juga mempunyai sebuah syarikat perfileman sendiri iaitu Syed Kechik Film Productions dan filem pertama keluaran syarikatnya ialah Bintang Pujaan yang diterbitkan pada 1979. Antara filem lain yang diterbitkan oleh Syed Kechik Film Productions yang mendapat sambutan baik penonton ketika itu ialah Sumber Ilhamku lakonan Mahmood Jun dan Datuk Sharifah Aini. Pada 1990-an, beliau ‘bersara’ daripada bergiat aktif dalam perniagaan dan perfileman dan kembali ke Alor Setar pada usia lanjut, tempat kelahirannya. Syed Kechik meninggal dunia pada usia 81 tahun di rumah menantunya merangkap anak saudara iaitu Pengerusi Eksekutif Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di Jalan Sultanah, Alor Setar pada 10 April lalu. Amin. Baca seterusnya..
Posted by sabre at 2

MASA AKU SEKOLAH CIKGU AKU SELALU CERTA PESAL SYED KECHIK

BAGI mereka yang pernah membaca buku berjudul The politics of federalism: Syed Kechik in East Malaysia tulisan Bruce Clifford Ross-Larson yang diterbitkan pada 1976, sudah pasti mengetahui betapa berperanan dan berpengaruhnya Allahyarham Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed dalam politik Sabah dan Sarawak pada era akhir 1960-an dan awal 1970-an. Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1928, Syed Kechik disifatkan sebagai pakar strategi politik, peguam yang bijak, tokoh usahawan Melayu ulung dan pengeluar filem, yang dihantar Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke Sabah untuk membantu kawan baiknya, Tun Datu Mustapha Harun. Mustapha yang menjadi Ketua Menteri Sabah antara 11 Mei 1967 hingga 31 Oktober 1975 ialah pemimpin Sabah yang sangat berpengaruh. Ketika Perdana Menteri sewaktu itu menaiki pesawat komersial untuk pergi ke mana saja, Mustapha sudah memiliki jet peribadi.

Dah 5 bulan tak kelik ni


aku rasa hari ni dah 4 atau 5 bulan tak kelik kapung ni, aduh memang rasa nak balik ni tapi apakah daya..baru nak mulakan hidup baru ni...mcam macam jadi, tapi takpa itu mungkin semua ada rahmatnya disebaliknya...berbalik kat kapung aku tu, kampung aku sebenarnya kecik sahaja ader laa beberapa kerat jer, tapi itu pung ada aliran politik masing- masing. Aku polak jenis yang campur semua, dari budak budak sampailah orang orang tua, selalu gak aku sembang dengan orang lama lama ni bes kalau kita dapat ilmu atau manfaatnyer, masih ada lagi beberapa orang lama kat kampung tu yang masih handal, nanti aku balik kampung aku bodek APA ADA. Sebenarnya..kalau waktu kundurilah yang paling bes kat kapung aku, sebab masa tuu ramai laa saudara dekat atau jauh dan geng geng lama berjumpa, dulu dulu kenduri kat kapung masih buat gotong royong besar atau keciknya kunduri tersebut, tapi semenjak dua menjak ni depa dah buat kenduri pakai katering dah, sebenar aku lansung tak setuju kenduri kat kapung macam ni, tak derrr Drama langsung, kira makan terus balik. Semua itu terpulang pada empunya badan, lama betul la tak makan kenduri...

Hari kelahiran pertama blog ini

Asslamulaikum semua, hari ni aku mulakan blog terbaru aku demi untuk mendedikasikan kampung aku tercinta, kampung tanjung kasau yang terletak di gerik perak. tapi kawasan parlimen lenggong. Aku tak tau bila kampung aku di buka, takper nati aku balik kampung aku tanya laa orang-orang lama di sana. Aku akan ceritakan secara detail harap bersabar yer.