Wednesday, September 30, 2009

Sepanjang Perjalanan aku Tadi


sepanjang perjalanan aku pagi tadi ke Kolumpo, aku asyik dok layan SINAR fm dan paling best semasa ABBY FAnna bersiaran...Aku sengih sahaja senyum sorang-sorang, gelak sorang-sorang layan jeloteh ABBY iteww. Abby berceloteh tentang gelagat dan soalan-soalan yang biasa diajukan oleh saudara atau orang Kampung semasa sesekali berjumpa di HAri Raya. Kemudian pendengar menghantar SMS soalan2 lazim tuuuu....
SOALAN_SOALAN lazim itu ialah.....macam aku ni soalan yang paling pahit sekali didengar "BIla Mung nak Kenduri, " Takdak lagi ka ?

Bagaimana situasi Geng-geng bLogger semua? Ada tak soalan yang kadang-kadang tak sedap didengar berkumandang.... CONtohnya kalau yang STudy tuuu soalan mcam ni agaknya.............
"bila nak abis belajar?".....Bila dah abis belajar "Bila nak start keja?"....
Bila dah kerja "BIla nak pakai Kete?"......bila dah ada kereta "Bila nak Kawen?"
Bila dah kawen "Bila nak dapat Anak? " bila dah adaa anak...." Bila Nak tambah sorang lagiii" tambah anak lahhhh weii..

Tuesday, September 29, 2009

APa Yang Kamu tAk Tahu

Perhatian Ini BUkan gambar Aku...Gamba Sapa entah ?
INilah ialah sedikit Artikel yang aku jumpa BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO DR. FADZILAH KAMSAH tentang Lelaki ish ishhh, kajian ni mungkin laa sedikit sebanyak betul atau mungkin sedikit betul....aku tengah stady ni betul ke tak, mengikut bulan la pulak kajian ni...Tapi aku tekun baca yang bulan MARCH je lah, dan untuk mengikuti Isipati Kajian tersebut sila klik...

Bulan Januari

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi.


Bulan Februari

Berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius , berpesonality yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan adaharapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi


Bulan Mac

Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.


Bulan April

Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu


Bulan Mei

Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros


Bulan Jun

Berfikiran jauh & berwawasan , mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.


Bulan Julai

Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja


Bulan Ogos

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan


Bulan September

Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik


Bulan Oktober

Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik >>>>> > >>> > suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat


Bulan November

Banyak idea dalam perkara , sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan , berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam , pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.


Bulan Disember

Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

Lamanyer Dok Kapung....

salam kepada semua pembaca semua, lama tak update blog aku ni, Aku rasa esok barulah aku akan pulang ke Kuala Lumpur....Suasana Raya tempohari sederhana sahaja, cuma 2 hari lepas tu aku kena demam selsema, kejap sejuk, kejap panas...ishh ishh

Tuesday, September 15, 2009

ESok Mungkin Balik Kampung

Aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA...maaf zahir dan batin kepada semua, rasanya malam esok nak balik kampung dah....

Monday, September 14, 2009

"ANDA BUAT ANDA DAPAT"

Itulah kata-kata Dato' UStazah Siti Norbaiyah setiap kali beliau memberi sedikit peringatan kepada kita, sebelum rancangan Buletin Utama...AKu tekan sikit.."ANDA BUAT ANDA DAPAT"
DIantara peringatannya ialah malam seribu Bulan, Di sini aku selitkan RAHSIA MALAM SERIBU BULAN..Malam Seribu Bulan ialah

Kelebihan malam 10 akhir Ramadan

sedar tidak sedar kita.. kiter dh masuk sepuluh terakhir ramadhan, di mana ader satu mlm yang saper beribadat pd malamnya akan di gandakan amalan selama 1000 bulan.. marilah sama² kita merebut peluang keemasan ini.............

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

- Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;

“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

- Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

- Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

- Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

- Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

- Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

- Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Sunday, September 13, 2009

Lemang Dan Ketupat

Gambar CILok yg Penuh NOStalgia
KETUPAT dan Lemang manakah pilihan kamu ?..dekat kampung aku paling femes ialah Ketupat Palas laa, Ketupat Palas ialah sejenis ketupat pulut kalau nak tahu. Lemang pulak ada jugak, tapi aku ni species tak suka sangat Lemang ni. Lemang kat kampung aku bukannya macam lemang dekat Kolompo jenis rebus pastu buat wayang macam dibakar. Lepas tu pulak Buluh pun, buluh special ponya, kalau dekat Kat Kolompo buluh yang keras-keras, kalau dekat Kampung Buluh jenis yang lembut yang Khas untuk buat Lemang, kalau kuat tarik sahaja dengan tangan..(ada berani)

TAPI dekat Kampung aku ada jugak laa yang rajin buat Ketupat Nasi Impit tuu, tu pun mungkin menantunya memang pandai menganyam ketupat Pucuk Daun kelapa tuu. BIla makan Ketupat dan Lemang Ni mestilah ada Lawannya, daging rendang, ayam rendang, kari, masak hitam ker(kalau makan masak hitam daging kat tempat aku mesti nak lagii dan lagii) masak hitam banyak rempah ratusnya. Kadang-kadang tu kalau bernasib baik boleh laa makan Daging Rusa masak hitam.
Kadang-kadang tuu ada jugak Rumah-rumah yang buat Menu special seperti Laksa ke, Mee kari ker. Ermmm Aku ingat nak buat Menu Special laaa.. MEe Rebus ke orait gak.

Saturday, September 12, 2009

Dua didakwa palsu bon PUNB diarah bela diri

Begitu laa tajuk Berita dalam akhbar hari ni. Aku tertarik berita ni sebab yang melakukan kesalahan ini bukannya anak bilis, tapi Bapak segala jerung BON tu pulak masyaallah kalau laa tak sangkut jumlahnya dalam USD5 billion hilang akal betul laaaaa...nak tau yer

KUALA LUMPUR: Dua bekas pegawai kanan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang didakwa memalsukan sijil bon PUNB bernilai AS$5 bilion (RM19 bilion), kira-kira sembilan tahun lalu, diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim SM Komathy Suppiah membuat keputusan itu terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Ahmadi @ Ahmad Zukni Johari, 68, dan bekas Setiausaha, Mohamad Aminuddin Mohamed Zain, 53, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Komathy dalam penghakimannya berkata, pendakwaan melalui saksi mendapati keterangan bahawa sejak PUNB diperbadankan, syarikat milik kerajaan itu tidak pernah mengeluarkan bon tanpa kebenaran Kementerian Kewangan, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Yayasan Permodalan Bumiputera.

“Kedua-dua mereka mengetahui tidak ada mandat dan malahan lebih penting tahu lembaga tidak akan meluluskan, tetapi mereka meneruskan juga dan mengeluarkan bon itu dengan hasrat tindakan itu dipercayai dikeluarkan dengan kelulusan PUNB,” katanya.

Ahmadi dan Mohamad menghadapi tuduhan memalsukan sijil bon bertarikh 13 Oktober 2000 dengan tujuan melakukan kontrak yang nyata.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di PUNB, Wisma UOA II, Jalan Pinang, pada 13 Oktober 2000.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Baharuddin Ahmad Kassim.

Ahmad Zukni diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah manakala T Suresh mewakili Mohamad Aminuddin.

Mahkamah menetapkan 7 November untuk Ahmad Zukni dan Mohamad Aminuddin membela diri.

Demam 'Lagu Raya'

Hari Raya ni boleh la Pusing-pusing Tasik Taiping

SEkarang hari-hari boleh dengar lagu RAya dekat corong-corong Radio, Bila dengar lagu Raya perasan Nak balik kampung lagilah Berkobar-kobar, tapi itu bagi mereka yang ada Kampung lah, tapi kalau yg Takde KAMPUNG...tak dapek nak Tolong, Jangan mare yer... Aku ingat lagi Semasa Kegemilangan THR, hari pertama berpuasa malam tu dah ada Lagu Raya, hilang akal betul. Sekarang Pihak Berkenaan telah memutuskan 2 minggu selepas Berpuasa barulah lagu Raya boleh diputarkan. Sebenarnya Lagu Raya ni kalau dengar melalui Mp3, Cd, Kaset langsung tak mencetuskan PERASAAN, perasaan yang bercampur gaul tuuuuu, Sedih ,gembira...NOStalgia..Lemang rendang Ketupat

Tapi Dalam banyak lagu Raya ni aku suka Sangat lagu BLack Done BOne. Atau lagu anuar Zain dan ellina

Friday, September 11, 2009

Re Posting.....NAsi ALOHA

GAMBAR DARI BLOG ORANG, SEBAGAI HIASAN
TIba-tiba aku nak coretkan kepandaian yang tak seberapa aku ni yang boleh memasak aku turunkan Ilmu aku ni sikit kat korang, aku suka sangat nasi ni, sebenarnya nasi ni jarang engkorang jumpa kat malaysia ni. Kalau kat Singapore nasi ni agak tersohor sekali, nasi ni dinamakan NASI ALOHA kaler dia putih jer tapi sedap OOoo, selalunya nasi ALOHA di padankan dengan Ayam Masak Merah, Daging Dendeng atau Daging Rendang, Dalcha Daging, acar, Jelatah . Kali terakhir aku masak nasi aloha dua tahun lepas kot, dekat sorang Pengarah ADDK (kenduri nak pergi haji) itupun sebab nak lobi projek la. Dua minggu kemudian ADDK panggil aku tapi aku tak terdaya sebab jauh sangat dekat IOI RESORT(kichen aku dekat DAmansara) pastu sampai 5 kali makan sehari, pengsan aku

OK nak buat nasi ni senang jer sediakan Untuk 50 orang makan
bahan-bahannya :
BASMATI 3kg , MINYAK JAGUNG ATAU MINYAK MOZOLA KE, SEBOTOL SALAD CREAM HEINZ, BAWANG MERAH, HALIA, BAWANG PUTIH, DAN SEJENIS BAHAN DIPANGGIL BISTO YG CUMA ADA DI COLD STORAGE, Badam (blender), susu masam(yogurt) nanti campur dlm beras tu..

Cara nak masak nasi ni senang jer, mula korang rebus dulu tulang tulang ayam atau kulit dia sebab nak pakai airnya nanti, Panaskan minyak jagung tadi campur la sikit dengan minyak biasa kemudian tumiskan bawang yang dihiris bila kuning jer, masukkan halia, bwg putih, bwg besar yg diblender tumis lah sekejap, lepas itu masukkan air rebusan tadi ikut nisbah 1:1.5 dan campurkan salad cream tadi dan Bisto( bisto nak beri nasi nanti kembang dan lembut.. bancuh dulu ye) masukkan garam dan kiub ayam ( garam masuk agak agak biar nasi ada rasa.

Bila dah masak enkorang cuba la menikmati nasi aloha nii perrrrr........aku pernah masak nasi ni kat rombongan dari trengganu seramai 300 org jamuan di dewan masjid putrajaya, semua makcik-makcik dalam tu tanya macamana nak buat nasi ni (masa tu JPM bawak rombongan dari trengganu tiap-tiap minggu semasa Trengganu dibawah PAS) kempen menawan Trengganu rasanya.

Thursday, September 10, 2009

Berkawan Biar Seribu


Bak kata Omputih, GIve your smile for Everyone And give your luv for Only One (boleh pakai ke ayat ni), Di sekeliling kita sejak dari Sekolah, dari kampung, dari Universiti ataupun Sesudah bekerja kita mempunyai KAWAN-KAWAN. Kawan bergelak ketawa bergembira memang ramai sekali senang dicari, begitu juga kawan yang sungguh pandai mengambil kesempatan. AKAN tetapi kawan yang boleh Berkongsi SUSAH SENANG boleh dibilang dengan jari. Apabila kita senang mereka hadir setiap hari dalam hidup kita tapi bila susah nak hantar SMS pun susah beb.. SAHABAT.... Mungkin kalau sahabat tu kita akan nilaikan sejauh mana keprihantinan mereka, kadang kala setiap hari kita melepak dengan Dia, tapi satu hari tuuu Kita tahu dia ni tidak seperti diduga. KALAU PEMBACA MEMPUNYAI PENGALAMAN BEGINI MARI KITA KONGSIKAN BERSAMA.... dan ikut pedoman ini....

Carilah seorang sahabat yang peribadinya dan ilmunya lebih baik darimu; yang faham tentang;
hakikat syariat
hakikat thoriqat dan
hakikat makrifat; dan
LARILAH dari kawan;
yang jahil(tiada makrifat)
jahil tentang makrifat syariat;
jahil tentang makrifat thoriqat dan;
jahil tentang makrifat hakikat;
yang menjadikan nafsu sebagai ikutannya dan cara hidupnya.

TAPI HANG NADIM amatlah berbesar hati dapat bersahabat dengan kamu semua...I luv u..AhAkss..

Wednesday, September 9, 2009

Poligami dan Monogami


Manusia secara semulajadinya mempunyai fitrah untuk hidup secara berpasangan dan menjadi satu lumrah kehidupan. Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat dengan peraturan perkahwinan yang telah di gariskan berteraskan syariat. Perkahwinan bahagia berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebaliknya perkahwinan yang retak akan menghasilkan simpton-simpton ketidakteguhan peribadi yang sering membawa kesan negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga masyarakat.

Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang utama iaitu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satu masa.

POLIGAMI MENURUT ISLAM

Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada keadaan inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Bagi memastikan amalan poligami secara yang lebih adil dan dapat menjamin kesejahteraan hidup ummah seluruhnya, Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang menghadkan amalan yang bebas sebelum ini dan mengambil jalan pertengahan yang lebih wajar. Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang. Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 :



وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَث

وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى

أَلاَّ تَعُولُوا

Mafhumnya:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hambahamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.

Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu

rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.

SYARAT POLIGAMI

1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteri

Suami berkewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin tidak kira sama ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek makan-minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri. Di dalam Mazhab Syafi’e, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri iaitu :

i. Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri,

ii. Melihat keadaan kedua-dua suami dan isteri iaitu dinilai menurut

kesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri. Dalam hal ini pendapat kedua adalah lebih sesuai dan menepati konsep keadilan memandangkan dalam banyak keadaan seseorang suami itu mempunyai isteri yang datang dari berbagai-bagai status kedudukan yang berbeza. Abu al- ‘Aynayn dalam buku

2. Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri


وَلَن تَسْتَطِيعُواْ أَن تَعْدِلُواْ بَيْنَ النِّسَاء وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُواْ آُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَ ا

آَالْمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ اللّهَ آَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا

Mafhumnya :

“ Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.



2.1. Adil Dalam Menyediakan Kediaman

Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif. untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan isteri. Menurut ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar dalam bukunya Ta’addud al-Zawjat min al-Nawahi al-Diniyyah wa al-Ijtima’iyyah wa al-Qanuniyyah, pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri bahkan dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama. Walaubagaimanapun dari segi psikologi, menempatkan ister-isteri dalam rumah yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan perasaan.

2.2. Adil Dalam Giliran Bermalam

Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteriisterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain. Walaubagaimanapun ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar berpandangan kelonggaran boleh diberikan pada malam-malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diqadha balik kepada isteri tua. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Anas r.a. dengan katanya :

إذا تزوج البكر على الثيب أقام عندها سبعا وإذا تزوج الثيب



حدثنا يحيى بن يحيى أخبرنا هشيم عن خالد عن أبي قلابة عن أنس بن مالك قال



على البكر أقام عندها ثلاثا

Mafhumnya :

“ Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telah bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dan Sawdah ”.

2.3. Adil Dalam Musafir

Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteriisteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbeza keadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami wajib mengqadha giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperolehi haknya pada masa musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aishah r.a. menerusi hadis riwayat al-Bukhari :

(Riwayat Muslim)

Di samping itu keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif sifatnya dan perlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila ada kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan dari al-Bukhari :

”.

آان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أراد سفرا أقرع بين أزواجه

وسلم يقسم لعائشة بيومها ويوم سودة

Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telah bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dan Sawdah. Di antara sunnah ialah apabila seorang lelaki berkahwin dengan anak dara lalu dia bermalam dengannya selama tujuh malam. Sekiranya janda, selama tiga malam ”.


Mafhumnya :Nabi SAW apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan undian di antara isteri-isterinya ”.

“ Bagaimanapun mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang menemaninya ketika musafir.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapat dirumuskan iaitu :

1. Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan tempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut.

2. Poligami bukanlah dipelopori oleh agama Islam sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah masyarakat Islam dan bukan Islam. Ia

sebenarnya telah diamalkan zaman berzaman oleh masyarakat China, Yunani, Kristian dan Yahudi.

3. Kecacatan poligami sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaannya oleh sesetengah lelaki yang menyimpang dari landasan syariat. Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada kaum wanita. Ia secara tidak langsung memberi pengertian bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian pihak suami (Utusan Malaysia, 16 September 2005).

4. Syarat yang ketat ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam bukanlah bertujuan mengharamkan poligami. Ia dirangka bagi menjaga ketenteraman rumah tangga dan mengelak dari penindasan serta kezaliman suami terhadap isteri. Ia juga bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan polemik dalam masyarakat yang akan merendahkan martabat agama Islam. Kaedah fiqh ada menyebut :

آان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أراد سفرا أقرع بين أزواجه

Maksudnya :

“ Pemerintah hendaklah bertanggungjawab meletakkan maslahah Negara dan kepentingan rakyat dalam dasar pentadbiran dan pemerintahannya ”.

Tuesday, September 8, 2009

Nafsu Membeli

3 Tahun Lepas Aku Pernah Jual Nasi TOmato Tepi tuu

Sepanjang Bulan Puasa ni Pasar Ramadhan ada dimana-mana, jadi bagi kalangan yang Berkerjaya tempat nilah destinasi utama disinggahi sebelum pulang ke rumah, tapi tak semua Orang suka ke tempat ni, sebaliknya mereka lebih suka memasak dirumah lebih ekonomi dan menjamin kebersihan. Kadang-kadang dekat pasar ramadhan ni kita akan berjumpa dengan member lama, Bekas kekasih ke, skandal ke, musuh ketat ker ish ishh
tapi pasar Ramadhan dekat Taman TUN ni memang menduga keImanan..lain macam betul species kat sini, aku hanya mampu Menjeling..
TAHU TAK KENAPA ? Kalau berkunjung ke Pasar ramadhan ni bila tengok juadah dan aneka makanan nafsu kita melonjak aku nak tu...Aku nak nii...Tengok Ayam Golek panggang nak Seekor, Tengok Ikan Bakar nak jugak...
Tengok Lai chi Kang, tengok Cendoi...lepas tu tengok barisan kueh mueh yang panjang berwarna warni ..huh lagi tak tahan..
Balik rumah bila semua dah beli Mee Goreng sahaja yang dimakan dengan kueh, habis tuu yang lebih sapa pulak nak makan< kalau ahli keluarga yang ramai tuu takperlah..kalau ada Budak-budak bujang kat sebelah rumah cepat-cepatlah sedekah nanti dikata pulak makanan tak abis baru nak diberi kat Orang.

Semuanya berlaku disebabkan Nafsu yang tak terkawal, Nak tahu...aku pulak kalau tengok Ikan Keli Berlada dengan Daging Salai masak Lemak cilI padi Memang Bernafsu, pulak ada sambal bawang petai yang pedas tuu....."KAK NASI Lebihh sikit....."

Monday, September 7, 2009

Kenangan Bas Ekspress Transnasional


kalangan pembaca mungkin ada kenangan masing-masing ketika menaiki Bas Ekpress, kenangan zaman belajar di Menara gading ataupun sesudah bekerja. Hari ini aku selitkan beberapa kenangan yang aku ingat. Pada tahun 1993 aku telahpun berada di Kuala Lumpur ni, Ketika itu Lebuhraya Utara Selatan belum siap sepenuhnya lagi... Tak salah aku Lebuh Raya yang boleh digunakan pada ketika itu ialah Ipoh-Changkat Jering... SATU-SATU bas yang terus ke destinasi ke kampung halaman aku Gerik Perak ialan Bas Ekspress Transnasional, tambangnya ketika itu rm16(kureng pasti). Perkhidmatan setiap hari hanyalah 2 kali sehari(perhatian tahun itu lah)Bas bertolak pagi dan malam.
Ketika itu aku duduk di Shah Alam, jadi bas yang sinonim dengan aku ketika itu ialah 222 KL-Klang dan Sri Jaya 224. Dari Shah Alam ke Kuala Lumpur tambangnya rm1.40 kot destinasi ke Bas Stand Klang (seberang central market). Dalam perjalanan dari Shah Alam ini kalau bernasib baik dapat lah duduk dengan awex itm, kpp ker.....sembanglah kelentong laa lebih kurang kot-kot dapat no telepon ishh ishh.

Bila sampai Bas Stand Klang, selalunya aku berjalan sahaja ke Pudu raya tuu, jauh gak berjalan ni. Selalunya kalau balik ke Kampung aku ambik bas waktu malam, bas bertolak pukul 11.00 malam
Semasa lebuhraya belum siap rasa lamalah jugak nak sampai tuu, sebab ikut jalan lama. Selepas Lebuhraya dibuka perjalanan rasa lebih dekat sebab kalau malam ni tido sahaja...
Kenangan aku menaiki Bas Express ni, selalunya aku tengok driver atau pembantu mesti dalam setiap perjalanan ditemani oleh teman wanita..ada jer, hairan bin ajaib betul aku..
Kalau yang duduk berpasangan lelaki dan perempuan(tak taulah status mereka) itu kadang-kadang bunyi aneh jer....ishhh ishhh

Sunday, September 6, 2009

Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan


Satu hari kamu terpikir untuk memulakan perniagaan sendiri. Kamu sedar KEPAKARAN kamu dan hubungan erat kamu dengan kelompok tertentu yang boleh menyokong kamu, begitu juga saudara terdekat dan rakan karib memberi sokongan padu. Lantas kamu tekad meninggalkan pekerjaan kamu dengan skim VSS atau berhenti sebagai seorang gentlemen(kalau pompuan nak sebut pe pulak ni)..

KAMU tekad memulakan perniagaan sendiri (tapi aku tak tahulah apa jenis-jenis perniagaan kamu tu nati)....Langkah pertama tubuhkan sebuah Syarikat, samada sebagai 'Pemilik tunggal' 'perkongsian' ataupun Syarikat Sendirian Berhad(proses rumit skit) tapi kalau perniagaan kecil-kecilan eloklah tubuh 'Pemilikan Tunggal' sahaja.

Senang sahaja caranya kamu boleh pergi ke Suruhanjaya Syarikat SSM dengan harga RM70 kamu telah mempunyai Syarikat sendiri, kalau kamu malas, kamu boleh menggunakan 'orang tengah' harga lebih kurang RM160. SSM menyedikan portal untuk kamu memilih dahulu nama yang belum digunakan, bila sampai di SSM tuliskan 3 nama yang berlainan yang kamu rasa boleh memberi Tuah kepada kamu.
Diborang tersebut kamu dikehendaki menulis apakah jenis perniagaan kamu , CONTOH

1)Membekal peralatan Perabot jalan
2)Membekal peralatan makmal
3)Membekal Makanan Basah dan kering
Kemudian pergi ke Bank, bukak sebuah akaun semasa (buku cek), kamu memerlukan rm1000 untuk membuka akaun ni, kadang-kadang BANK perlukan Introducer untuk proses ini.

Jikalau kamu ingin menjadi pembekal kepada Kerajaan atau Badan-badan yang berkaitan. Kamu perlukan Sijil Kewangan atau dipanggil 'KEPALA'.
Pihak Kementerian Kewangan menyediakan portal untuk kamu mengisi segala butir peribadi diatas borang yang disediakan.
Setelah lengkap bawa segala sijil berkaitan yang diminta, terus ke Kementerian Kewangan di Putrajaya. Sila berikan ID kamu di sana, anda boleh menambah 'KEPADA' kewangan dalam bidang lain setelah beberapa bulan. Setelah bayaran dibuat Pihak Kementerian akan menghantar Sijil berkenaan dialamat yag diberikan.

Sebenarnya banyak Badan yang boleh memberikan Pinjaman jikalau segala syarat yag dikehendaki lengkap, kamu tidak harus menyalahkan kerajaan disebabkan Bumiputera banyak diberikan kelebihan. Peluang harus direbut dan bukannya datang bergolek.
Apabila kamu memilih pernigaan sendiri barulah kamu akan merasai betapa susahnya, bertukus lumus memajukan perniagaan nanti. Apabila perniagaan berjaya kamu akan merasai HASIL Nya nanti, inyaallah. Gagal dan Berjaya perkara biasa ..aku pernah mengalami pengalaman begini.

Saturday, September 5, 2009

Apa Itu Aura?



Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup..

AURA berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energy atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.

Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.

Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.

Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang

Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah.

Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.

Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang tepat.

Kesan Psikologi dan Ketidakseimbangan Aura

Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya aura diri atau seseorang, salah satu kaedah moden ialah melalui penggunaan kamera aura yang digunakan oleh mereka yang menggunakannya secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai kristal namun, komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk mendapatkan keuntungan material. Justeru anda dinasihatkan untuk hanya mengambil gambar aura diri anda dan dapatkan komen daripada mereka yang benar-benar pakar dan memahami khususnya dalam penerangan secara Islamik. Biarpun begitu, terpulanglah kepada anda untuk melihat aura diri anda atau memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini.

Dalam CVT sekiranya warna aura kelihatan terlalu banyak pada diri seseorang, itu bermakna organ-organ dalamannya sedang mengalami kebocoran tenaga atau mengalami penyakit. Ini amat bertentangan dengan pendapat golongan atau kumpulan lain yang menjelaskan aura menurut definisi mereka sendiri, atau mungkin menurut kajian di dalam ruang keagamaan masing-masing.

Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya.

Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, bermakna terdapat organ tubuh yang sedang menghadapi masalah/penyakit lalu menghasilkan aura yang berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi kesan psikologi sepertimana berikut:-

Putih – jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.

Pink/Merah Jambu – jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan pink.

Violet/Ungu – jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan dan tidur yang kuat. Rahsia emosi - tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri sendiri dan tidak fokus – mengutuk diri sendiri, boleh jadi hancur dengan pujian.

Indigo – jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram.

Biru – jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka.

Hijau – menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.

Kuning – bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati.

Oren – jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.

Merah – warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout, darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti buasir.

Thursday, September 3, 2009

Salleh's Place Uptown

Kejadian Rompakan BANK Di DAMANSARA UTAMA..2 tahun lepas
HARI ini aku nak bercerita sejarah "UPTOWN DAMANSARA UTAMA". Tempat sebenarnya UPTOWN yang satu ketika dulu pernah tersohor satu Malaysia. Aku ingat lagi mengikut satu laporan akhbar tempatan transaksi peniaga-peniaga 'Pasar malam UPTOWN' ketika beroperasi mencecah hampir puluhan juta ringgit terutama sepanjang bulan Ramadhan ni.. Hari ini nama 'Pasar Uptown Damansara' hanya tinggal sejarah. Kemudian Pihak-pihak berkuasa tempatan yang lain meniru konsep 'PASAR UPTOWN'.Maka Lahirlah Uptown Danau KOta,Uptown Kota Damansara, UPtown Subang, UPtown Shah Alam, Uptown Velodron dan entah kat mana lagi. aku tak pasti.
Pada tahun 1996 ketika aku bekerja sebagai "pelukis Grafik" disitu, kawasan ini belum lagi dikenali UPTOWN cuma ada gerai mamak, cina, tomyam sepanjang jalan berhadapan Balai POlis berdekatan.
Apabila Bangunan UPtown 1. 2. 3 .4 hampir siap dan bangunan Uptown Hawkers Siap sepenuhnya, gerai-gerai telah dirobohkan dan mereka dipindahkan ke UPtown Hawkers. Mula-mula setahun tu memang la sepi, kemudian apabila kehadiran peniaga VCD haram didepan UPtown Hawkers tempat ni mula manjadi tumpuan. Pada zaman itu VCD memang menjadi kegilaan ramai. Tidak lama kemudian Pihak berkuasa Berkenaan Membanteras Peniaga VCD haram ini.

Keadaaan dan peluang ini dilihat oleh beberapa peniaga Bander/pakaian terpakai dan pasar malam, pada mulanya beberapa kerat sahaja peniaga. Setahun demi setahun penuhlah sepanjang jalan dengan gerai yang menjual anika barangan bak kata "MACAM-MACAM ADA".
Dan kemuncaknya berbagai masalah jenayah, sosial mula timbul dan kerap berlaku. Penduduk sekitar mula menyuarakan rasa tak puashati dengan saluran surat rasmi dan melalui media massa.
Pernah satu ketika itu 'Pasar malam Uptown' yang mula beroperasi pada pukul 12.00 tengah malam, aku rasa dalam bulan ramadhan nilah .Gerai-gerai didirikan sepanjang-panjang jalan dihadapan rumah kedai disitu, pengujung semasa itu boleh TAWAF, manusia punyalah ramai. 'ramai-ramai berjalan'.

Dalam minggu ni mungkin rakan-rakan lama yang pernah melepak di UPtown Hawkers akan mengadakan Gathering berbuka puasa, dan selalunya kami akan melepak di "SALLEH's PLACE' uptown.

RESEPI DAGING DENDENG


Salam kepada semua, aku rasa ramai yang kurang tahu cara nak memasak resepi ini. sebenarnya ini bukan 'Daging Dendeng' biasa. Dengan ikhlas dan rendah diri aku kongsikan cara membuatnya dengan penuh kasih sayang tanpa sedikit pun kurang...Kalau nak memasaknya/ BEGINI CARANYA

BAHAN-BAHAN : DAGING 2KG (ikutlah berapa banyak nak masak)
CILI KERING (Blender agak-agak rm 2)
BAWANG BESAR/BAWANG KECIL 1/2kg
HALIA - seulas yang besar
BAWANG PUTIH- 20 biji yang telah dikopek
KICAP MANIS- 1/2 botol kecil
ASAM JAWA- mankuk kecil
GARAM/GULA/PERASA (campak pelan-pelan jangan terlebih jangan terkurang)

NOte: resepi ni amat leceh sekali dimasak, renyah sungguh pekerjaannya. Kesabaran amat penting sekali

LANGKAH (1) : Rebus daging tadi sehingga hempuk, kemudian potong NIPIS NIPIS, kemudian tumbuk dengan lesung batu (seround dua..tak puas ati tumbuk lagi)
PANASkan minyak goreng seketika daging yang dipotong (peringatan goreng sekejap je)

LANGKAH (2) : Bawang, halia, bawang putih dipotong halus-halus. PANASKAN minyak kemudian goreng sehingga kekuningan (goreng berasingan)
Angkat dan letak di atu tempat.

LANGKAH (3) : AKHIR Sekali panaskan minyak (minyak goreng bawang tadi masih elok kan) MASUKKAN CILI yg telah diblender, masak sehingga pecah minyak (sabar yer)..
Kemudian masukkan garam, gula, Kicap lemak manis. (rasa dulu mantap tak) masukkan air asam jawa tadi..

AMBIK daging tadi gaulkan bersama-sama. KEMUDIAN barulah masukkan Bawang,halia,bawang putih yg digoreng. Kacau seketika biarkan api perlahan.

NAH...resepi dah siap Boleh dihidangkan.....terima kasih...


Wednesday, September 2, 2009

Suasana Pasar Chow Kit Pukul 3.00 pagi

Petai Pun Berlambak kat sini

Semasa aku berniaga dulu hampir setiap malam aku akan pergi ke Pasar Chow Kit(kalau dari jln Ipoh selepas Hotel Brisdale belok kiri). Di Sini hampir semua keperluan untuk berniaga MAKAN dijual, dari berbagai jenis Ulam kampung hinggalah makanan frozen...Selalunya aku akan sampai dalam sekitar 1.00 pagi kalau terlewat mungkin dlm pukul 3.00(waktu ni dah sepi). Sebenarnya tak salah kalau datang awal dalam sekitar 8.00 malam, tetapi dalam waktu begini suasana agak padat dengan manusia yang datang dari segenap Ibu Kota, kalau waktu begini nak memandu kereta pun susah kerana jalan yang sempit dan satu lagi nak mencari Parking memang masalah besar.
Buat Pengetahuan semua peniaga disitu dikuasai oleh Orang Acheh, dari sebesar-besar kedai runcit, menjual sayur hinggalah kepada penjual telor Puyoh. Orang Acheh ni sebenarnya kalau diKawasan Lembah Kelang ni kebanyakkan kedai runcit dikuasai oleh mereka(orang cina pun kalah) mungkin daya tahan, semangat dan perpaduan diantara mereka sesama sendiri. Aku nasihatkan kalau nak membeli Ikan di Chow Kit tak payahlah harganya agak mahal bagi orang yang Berniaga.
Sebelum ke Sana aku terlebih dahulu membuat pesanan ringkas untuk membeli barang( ada lah beberapa kedai yang aku dah biasa), Cuma yang melambatkan kalau mencari barang runcit kering dan barang Frozen.
Rutin aku biasanya Solo sahaja, kenkadang aku ajak la kenkawan yang sudi nak mengikut, kalau teringin nak makan Nasi Lemak 60 sen tuu singgahlah dekat belakang Hotel tu. Sesekali pergi ke City Garden atau ke Kampung Baru dekat Pintu Gerbang mencari Nasi Dagang. Nasi Dagang lepas pukul 12.00 baru disediakan ...tak salah aku lah...

Tuesday, September 1, 2009

Belajar Memasak Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah


salam tuan tuan dan puan, hari ni aku nak kongsikan cara membuat NASI TOMATO dan AYAM MASAK MERAH, bersempena dengan Bulan Ramadhan ni mungkin ada yang ingin mencuba RESEPI ini...

RESEPI NASI NASI TOMATO: bahan-bahan beras Wangi, Susu cair, bawang besar,halia, bawang putih, minyak, planta dan sedikit (minyak sapi) tk letak pun takper, kayu manis dan bunga cengkih.
cara memasaknya: Panaskan minyak tumiskan sedikit bawang, halia yang dihiris(agak-agak je)..kemudian tumiskan lagi bawang, halia, bawang putih yg diblender(agak-agak jer), masukkan air mengikut beras nisbah 1:1.5(termasuklah susu cair)..kemudian masukkan susu cair dan Tomoto Puree dlm tin, kacau lebih kurang.. masukkan Garam(garam memainkan peranan penting kalau nasi tawar tak mantap la) dan Perasa(pati ayam ke) masukkan beras Wangi tadi kacau biar beras dan tomoto puree bercampur gaul tutup rapat(kalau boleh letak kain jangan biar wap keluar). Bila tercetusnya wap dicelah periuk tu dah masak laa Nasi Tomato itewww..
Note: Boleh jugak menggunakan Basmathi, untuk memantapkan lagi bancuh sedikit Bisto(YG hanya terdpt di Gold Storage) masukkan dalam beras yg sedang ditanak, Bahan ini akan Mengembangkan Nasi atau menjadi..sebiji-sebiji...

RESEPI AYAM MASAK MERAH: Bahan-bahannya Seekor Ayam, Minyak, bawang besar, bawang putih, halia, Cili kering(cili Giling la senang), tomato Puree, Sos Cili kimball untuk memantapkan rasa dan kepekatan dan warna..
Panaskan minyak..tumiskan Bawang besar,halia, bawang putih/campak kayu manis/bunga cengkih sikit..masukkan cili giling(atau cili kering yg diblender) masukkan sikit Tomoto puree( Sikit shj kalau byk nanti MASAM). Bila kuah mendidih masukkan garam(sedikit sbb Ayam telah digaramkan), gula secukup rasa..Masukkan SOS kimbal utk memekatkan kuah. Pastikan Sambal betul Masak(bila pecah minyak) Akhir sekali Masukkan Ayam yang telah digoreng Separuh masak gaulkan bersama kuah....Sekarang siap di hidangkan...Saudari boleh menghiaskan Resepi ini dengan bawang goreng dan sebagainya...jikalau ada kemuskilan sila tanya pada Tuan Ponya Blog ini

Selepas 52 tahun merdeka, Melayu sepatutnya kuat



Arikel ni aku ambik dari bahagian pendapat dalam akbar tempatan yang bertajuk "Selepas 52 tahun merdeka, Melayu sepatutnya kuat" artikel ni amat menarik dan mungkin sedikit sebanyak menyedarkan kita betapa pentingnya PERPADUAN..kalau sudi sila klik..SABAN tahun sambutan kemerdekaan dirasakan semakin kurang dirasai, apatah lagi tahun ini bulan kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadan, jadi amatlah bertepatan jika ia disambut secara sederhana dengan menzahirkan keinsafan dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Kita mungkin sering tertanya-tanya apakah erti sambutan kemerdekaan yang sebenarnya? Adakah sambutan memperingati kemerdekaan itu sudah cukup dengan kilauan percikan bunga api? Adakah memadai dengan kita mengalunkan irama-irama yang menyebut ‘kemerdekaan’? Adakah mencukupi dengan sekadar mengibarkan bendera dan meletakkan bendera di kereta masing-masing walaupun secara paksa rela?

Hakikatnya erti kemerdekaan menuntut setiap penduduknya memahami, menghayati dan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi di bumi berdaulat dahulunya yang dipanggil Tanah Melayu daripada tercemar dengan kerakusan kita sendiri agar generasi pewaris bangsa dapat memahami dan menilai erti sebuah kemerdekaan.

Walaupun saya tidak dapat merasai keperitan bersama mereka yang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan, namun saya cukup berbangga dan bersyukur kerana dilahirkan pada tarikh keramat 31 Ogos, sekurang-kurangnya aura kemerdekaan itu dapat dirasai.

Namun apa yang menjadi persoalan berdasarkan isu-isu yang berlaku kebelakangan ini, tidak ada sebab untuk kita menolak daripada memikirkan di mana Melayu disaat kita meraikan kemerdekaan? Sepatutnya dengan kematangan 52 tahun kemerdekaan, orang Melayu menjadi bertambah kuat dan bersatu bukannya berpecah hanya kerana sedikit perbezaan ideologi.

Cuba kita fikirkan kenapa setiap hari di dada akhbar kita diseru untuk bersatu? maknanya cukup mudah iaitu adanya bibit-bibit perpecahan dan persengketaan, sama ada kita sedar atau buat-buat tidak sedar, tepuk dada tanyalah diri masing-masing.

Jika kita merasa risau dan bimbang tentang untung nasib bangsa Melayu, kita tidak akan pernah merasa jemu dan menyerah kalah untuk membangkitkan kesedaran serta menyeru bangsa yang hebat ini untuk bersatu.

Pelbagai resolusi, debat, seminar dan bermacam-macam lagi telah dicanang namun hakikatnya masih sama, adakah kita sudah berpuas hati dengan sekadar seorang dua saja bangsa kita yang terselit di celah-celah senarai orang terkaya?

Adakah cukup dengan seorang dua bangsa kita yang menerima pelbagai anugerah kecemerlangan? Hakikatnya kita perlu melahirkan lebih ramai jaguh di kalangan bangsa Melayu, tetapi di mana Melayu? Apa yang dibimbangkan, bagaimana untung nasib bangsa kita dalam jangka masa 10 atau 20 tahun akan datang? Adakah hanya Melayu akan tinggal nama saja? Kita perlu bangkit dari dibuai mimpi semalam.

Jika orang Melayu tidak bangkit dan berusaha, kita bimbang putaran waktu akan mempercepatkan kejadian yang amat kita takuti itu. Apa yang lebih dibimbangkan jika suatu hari nanti kita menjadi pedagang di bumi sendiri, lebih menakutkan jika kita menjadi ‘tetamu’ di rumah sendiri dan yang lebih merisaukan jika di saat kita membangkitkan bangsa Melayu ada di kalangan kita yang berkenduri besar atas apa yang berlaku.

Jika kita tidak memperjuangkan nasib bangsa dan kedudukan kita, siapa lagi yang akan ambil peduli?

Persoalannya adakan kita semua sedar di mana kedudukan kita sekarang ini? atau sekadar membiarkan apa yang berlaku kepada pemimpin yang ada? Ternyata tanggungjawab ini bukan terletak di atas bahu seorang individu sahaja tetapi setiap warga bangsa Melayu perlu memikul tanggungjawab agar segera bangkit dari lamunan memperjuangkan nasib bangsa.

Kita perlu tanya pada diri sendiri kenapa semua permasalahan ini berlaku? Kenapa kita dianggap lemah? Kita mudah melatah dan melenting apabila dicuit tetapi kembali berlembut apabila suasana sudah sejuk.

Sempena bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan serta bulan untuk menyambut kemerdekaan yang ke-52, atas dasar Melayu/Islam marilah kita bersatu. Kita perlu buang ego masing-masing, buang jauh-jauh ‘peperangan emosi’, hindarkan peperangan psikologi dan tolak sama sekali peperangan politik.

Sebaliknya ambillah kesempatan walau sedetik untuk duduk semeja bertemu empat mata di antara kedua-dua pihak untuk membincangkan perpaduan Melayu/Islam. Jangan sampai gajah dengan gajah berperang tetapi kancil yang tersempit di tengah-tengah.

Rakyat ternyata sudah ‘muak’ dengan apa yang berlaku. Pilihan raya demi pilihan raya mengajar kita betapa pentingnya erti sebuah perpaduan Melayu/Islam. Apa salahnya demi kerana sebuah penyatuan kita lupakan seketika sengketa remeh dan perbezaan ideologi sebaliknya bulatkan tekad untuk duduk semeja bertemu secara empat mata-mata dari hati ke hati. Percayalah bahawasanya seekor ular yang bisa menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Kebolehan "Aku" = X- Faxtor Kamu ?

tahukah kamu? Lukisan continuously variable transmission (CVT), telah dilukis oleh Leornardo Da vinci pada thn 1490

Setiap insan yang lahir didunia ni mempunyai BAKAT yang tersendiri sama ada sedar ataupun tidak. Sedarkah kamu BAKAT kamu tersebut?..kalaulah kita mengetahui bakat kita itu dari awal lagi pasti seseorang itu akan berjaya atau mencipta sejarah dalam hidupnya seterusnya menyumbangkan kebaikan berterusan kepada orang lain.. contohnyer semasa kita bersekolah dahulu pasti kita mempunyai kawan yang handal Melukis, lukisannya mengkagumkan kita seperti seorang dewasa berkarya tetapi kenapa akhirnya dia tidak menjadi seorang Pelukis? mungkin dia berbakat tetapi minat kesungguhan dan galakan tidak ke arah itu.
Pada pendapat aku keluarga di barat dari dulu lagi menitik beratkan perkara ni dalam pendidikan awal anak mereka. Di mana kecenderungan anak mereka disitulah mereka curahkan keringat dan wang ringgit demi masa depan anak mereka. ADAKAH Kamu bersetuju ?
Namun begitu keluarga di Negara ini yang mungkin berorentasikan pendidikan barat telah mempratikkan kaedah ini ke atas anak mereka, hasilnya ada yang berjaya mencipta sejarah dan ada jugak yang gagal terserlah.
Diceritakan mungkin seseorang berkelulusan Accountant tetapi pada satu malam dia tersedar bakatnya dalam seni fotografi dan terus mengasah bakat itu lantas terjun dalam bidang tersebut sepenuh masa, Ada juga yang berkelulusan kejuruteraan namun satu hari dia merasakan bakat memasaknya dihargai dan kemudian menjadi seorang Chef yang tersohor, atau mungkin seorang yang tidak berkelulusan tinggi tetapi dia tahu dari awal lagi bakatnya dan kemudian menjadi seorang Creative Director setelah bekerja dan mengambil pengalaman dari bawah.
Sampai hari ini aku masih mencari-cari apakah BAKAT aku sebenarnya, Adakah aku seorang yang pandai Menulis? adakah aku seorang yang pandai Berlakon....
"Berunding" seperti dalam filem The Negotiator....tetapi aku tahu aku memang berbakat "Berimagenasi" " Membongkar"...mungkin..........