Monday, August 31, 2009

Seorang Pemuda Yang 'Hebat'

Semalam aku melepak dengan kawan aku, seorang pemuda dari Kelantan, semasa ditempat tuu Tv menayangkan Iklan sebuah Syarikat Bas Ekspes yang meningkat naik ,disebabkan dia orang Pantai Timur dan Pernah manjadi Pembekal Kerajaaan dahulu, member aku ni kenal dengan ramai player-player sebelah sana. Aku lantas bertanya dengannya "Mung penah Dengar Satu Kampeni ni, dulu-dulu Bas Ekspres Nie selalu accident tapi lama dah kena tutup?"..Member aku gelak sakan, katanya ketika dia berada disebuah Negeri Di Pantai Timur, dia penah berjumpa dengan Orang yang bertanggjawab menubuhkan rangkaian BAS ni, kisahnya mungkin 12 tahun dulu kot..katanya pemuda ni Muda lagi umurnya dalam lingkungan 31thn kot badannye lebih mcm aku katanya, 'Dia' ni seorang Lulusan dari Negeri tapi sangat bijak dalam hal ehwal bank, koperat dan selok blok undang-undang berkaitan Pinjaman ni. Member aku bercerita lagi....'Dia' ni sangat rapat dengan orang Politik. Aku diberitahu Konsortium Bas dia mendapat sejumlah pinjaman Wang hampir ratusan juta ringgit dari Bank. Kata member aku 'Dia' ni menubuhkan rangkaian Bas hanya untuk mendapat wang dari Bank sahaja dan langsung tak menghiraukan urusan Syarikat dan memang dalam perancangannya Syarikat Bas itu yang nampak GAH dengan rangkaian Bas akan ditutup dalam jangka 2 tahun. Syarikat ni dah lama tutup pon..Aku rasa 'DIA' ni sekarang mungkin hidup senang lenang sekarang...entahlahh

Sunday, August 30, 2009

'Abang belajar apa, tolong ajar aku'

GAMBAR kenangan Dr Ismail bersama keluarga.


JANJI Zakaria Md Salleh, 64, kepada ibunya dia akan menjaga adiknya sampai mati bukan cakap kosong.

Khamis lalu adalah penamat khidmat beliau sebagai pembantu peribadi yang juga abang kepada Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech, Allahyarham Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh.
Ismail meninggal dunia dalam penerbangan dari China ke Singapura pagi Khamis lalu pada usia 61 tahun.

Pemergian mengejut Allahyarham adiknya itu akibat komplikasi serangan jantung banyak meninggalkan kenangan kepada beliau, apatah selaku 'mata dan telinga' untuk adiknya itu, khususnya apabila mengingati ada perjuangan Allahyarham yang belum selesai.

Masih kuat dalam ingatan, setiap kali pulang dari sekolah ketika kecil, Ismail akan setia menunggu dengan pelita tanah. Zakaria disapa dengan ayat: "Apa abang belajar hari ini, tolong ajar aku." Demikianlah minat mendalam terhadap ilmu pengetahuan ditunjukkan Allahyarham seawal usia lima tahun.

"Kesungguhan Allahyarham dan desakan hidup akibat kemiskinan ditambah persepsi masyarakat yang menghina serta memandang serong keluarga kami yang ada anak cacat penglihatan menguatkan lagi hati saya untuk berkorban apa saja demi masa depannya," katanya yang terpaksa memperlahankan aktiviti bersama Allahyarham tiga tahun lalu, selepas menjalani pembedahan pintasan jantung.

Walaupun hidup susah dalam rumah yang berdinding dan lantai buluh serta beratap rumbia, mereka sembilan beradik begitu bersyukur dengan ayah mereka, Md Salleh Yusof yang hanya petani, tetapi berpandangan jauh.

"Kami sekeluarga terpaksa menerima tohmahan dan umpat cerca orang kampung apabila ayah menempatkan Ismail di Sekolah Orang Buta Princess Elizabeth di Johor Bahru. Kata mereka kami sekeluarga nak cuci tangan daripada tanggungjawab membela anak kurang upaya, tidak kurang pula menyindir sanggup menjaga Ismail jika ayah tidak sanggup," katanya yang dibesarkan di Kampung Gua Salor, Pasir Mas, Kelantan.

Biarpun permulaan usaha untuk memastikan mutu pembelajaran diterima setimpal dengan kebijaksanaan Allahyarham, hakikatnya kemudahan untuk orang seperti Ismail pada awal 60-an hampir tiada cukup untuk perkara asas saja.

Sebagai abang yang memang cukup akrab dengan Allahyarham, kasih sayangnya terhadap adik beradik lain tidak dibeza-bezakan. Lumrah dalam hubungan adik beradik memang tidak dapat lari daripada berselisih faham, namun tidak bagi Zakaria dan Ismail.

"Susah untuk saya jelaskan, keakraban kami sebagai adik beradik sukar untuk diterjemahkan. Biarpun saya diibaratkan mata dan telinganya, saya tidak ambil hati langsung jika ditegur Allahyarham. Bagi saya, apa yang keluar dari mulutnya datang daripada Allah, bukan sembarangan. Gerak rasa, pemikirannya melangkaui insan normal, sangat luhur buat saya.

"Adik beradik lain sangat memahami tumpuan yang perlu diberikan kepada Allahyarham. Mereka tidak pernah merungut, malah bersama-sama cuba membantu selagi terdaya," katanya yang sanggup meninggalkan perniagaan miliknya semata-mata untuk menjadi mata dan telinga kepada Allahyarham.

"Memang saya tinggalkan semuanya kerana dia. Saya tinggalkan perniagaan di kampung padahal orang kampung ketika itu banyak bergantung pada kedai itu. Sebelum saya kahwin, sayalah yang membacakan buku untuknya, tukang masak, tukang dobi, menguruskan makan minum, pemandu, pembantu dan macam-macam lagi. Apa saja, semuanya saya buat tanpa mengabaikan adik yang lain," katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Kantan, Kajang sekembali dari menziarahi pusara adiknya.

"Sebaik dia kembali dengan tiga ijazah dalam masa tujuh tahun, perubahan kehidupan mula dirasai. Inilah hasil yang diraih selepas pelbagai pengorbanan hingga Allahyarham dan kami adik beradik mampu menghantar dua lagi adik kami melanjutkan pelajaran ke Australia dan Amerika Syarikat," katanya.

Beliau mengakui Allahyarham amat tersentuh ketika membicarakan soal masa depan Melayu.

"Sebagai pakar ekonomi, dia sangat bimbang orang Melayu ketinggalan kerana padanya Tragedi 13 Mei 1969 berpunca daripada kemiskinan yang dihadapi Melayu.

"Allahyarham berjuang untuk bangsa Melayu dan berjuang untuk membasmi kemiskinan. Usahanya selama ini tidak akan berkubur, malah pemergiannya bukan penghalang untuk memperjuangkan peningkatan akses terhadap infrastruktur orang kurang upaya (OKU) yang pada pendapatnya jauh ketinggalan berbanding di negara lain," katanya.

Syafiq Hanis , 19, anak keempat dan paling rapat dengan Allahyarham berkata, bapanya tidak pernah meninggikan suara, melenting apatah lagi memukul ketika mendidik anak.

"Biarpun ayah tegas, terutama dalam menentukan pendidikan anak, tetapi sekalipun ayah tidak pernah menguatkan suara setiap kali kami melakukan kesalahan. Malah, ayah ketawa apabila melihat emak menegur dan marahkan kami adik-beradik," katanya.

Saturday, August 29, 2009

Groups concerned over poaching at Belum-Temengor forest


Semasa aku balik kampung hari tuu aku ada dengar cerita ni jugak, ceritanya begini Orang Kampung yang selalu bermain di Hutan Berhampiran kampung aku terserempak dengan Orang dari Siam..Thailand la, Orang Siam ni bukan calang-calang orang diorang macam komando jugak, semua boleh makan(apa jenis binatang pun diorang makan) hidup dalam hutan dengan bekalan beras PULUT sahaja(species ni tak makan nasi) tujuan diorang datang mencari Tenggiling iaitu sejenis Species Binatang yang terancam, mahal binatang ni boleh laa buat downpayment kancil, mereka jugak mencari sejenis kayu dipanggi kayu gaharu, gaharu ni memang laa mahal kalau dalam satu Kilo tu hampir mencecah ribuan ringgit, yang pakar dekat kawasan ni hanya Orang Asli sahaja laa. Orang kampung pun tak sempat nak cari benda ni. Kehadiran mereka ni juga memasuki HUTAN BELUM, mungkin disebabkan hutan ini bersebelahan sempadan Thailand. Hutan Belum ni kalau Sesiapa nak masuk kena buat permit bukannya boleh langgar macam tu sahaja. NOTE: dari kampung aku nak ke Hutan Belum mungkin memakan masa dua jam kot kalau naik basikal tua mungkin 12 jam hehee..nak detail pesal kes ni klik PETALING JAYA: Wildlife conservation organisations are concerned over the number of poaching cases at the Belum-Temengor forest in Perak.

Worldwide Fund for Nature Malaysia (WWF) and Traffic, which monitors the trading of protected species, believe that the porous border between the forest and Thailand is a reason for the activity.

The WWF’s Wildlife Protection Unit head Ahmad Zafir said the area was easily accessible via the 80km long Gerik-Jeli highway that cuts across the area.

There were five cases this year, involving Thai and Cambodian nationals who set traps in the area and smuggle protected animals out of the country, he added.

He said the latest case involved a 55-year-old man from Chiang Rai, Thailand. He was caught with scales of a pangolin and six sacks of agarwood, or gaharu, by Malaysian police two weeks ago.

“Intelligence-led investigations are needed to remove the masterminds and backers behind the scourge,” Traffic’s Chris R. Shepherd said.

WWF CEO Datuk Dr Dionysius Sharma said the Government should form a task force, comprising the army, Immigration, Customs and Perak state parks corporation, and the forestry department to stamp out poaching and cross-border encroachment.

Meanwhile, Perhilitan seized a pair of Malayan honey bear limbs during a raid at a business premises in Kemaman early in the month.

Perhilitan legal and enforcement director Saharudin Anan said: “Investigations revealed that the bear was caught at a nearby jungle and its limbs were to be used in the preparation of soup”.

In another operation on Aug 18, Perhilitan raided another business premises in Seri Kembangan and seized six night herons, three painted storks, two lesser thick-billed green pigeons, two pythons and two water monitors.


Doa Pelindung Penawar Angin Ahmar..Strok

PENYAKIT Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan belas kasihan Allah swt kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. Dengan mematuhi kaedah dan adab-adab berdoa disamping berikhtiar, Insya Allah, mudah-mudahan doa kita dikabulkan dan kita terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.
Kalau nak tau klik...



Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…


Thursday, August 27, 2009

Catatan Si Boy


Dari kita dok layan Politik yang tak tau mana yang betul dan kadang-kadang menyakit hati atau dok layan hiburan artis malaysia yang pandai berpura dan melalaikan kita. Baik aku imbaukan kenangan pada zaman ini, Opss rasanya cerita ni berbentuk hiburan jugak ke? entah laah.. Dulu aku suka sangat Majalah ni, namanyer GILA GILA, tak salah aku Majalah ni wujud dalam awal 80 an kot. Semasa zaman aku siri AKU BUDAK MINANG, CATATAN SI BOY memang layan gila aku suka sangat. Siri 'Aku Budak Minang' bercerita Ujang bersama atuknyer membesar bersama, siri 'Catatan SI boy' pulak pun panjang tetapi gambaran yang diberikan amat detail yang diimaginasi Seolah-olah aku pun turut sama berada dalam cerita itu. Ceritanyer tentang siri pengembaraan di Semenanjung dan Sabah Sarawak. Koleksi Ujang yang lain seperti 'ATUK', 'JIBAM' mengambarkan fasa-fasa kehidupan yang lain dari yang lain.

Apabila Majalah UJANG muncul dengan siri Novel dan komik yang luar biasa seperti 'Aku Hidup Dalam Blues' 'Pak cik Din' org gila tuu, 'Bersama Selamanya' dan banyak lagi....ermmmm
akan tetapi aku suka sangat satu siri ni namanyer 'Kartini' yang dikaryakan oleh kartunis bernama 'Tembakau', siri ni pun panjang jugak ceritanya tentang cintanya Kepada gadis yang bernama 'Kartini', dari awal dia bersekolah hinggalah 'Kartini' melanjutkan pelajaran ke menara gading namun cintanya tak kesampaian. Siri ni aku paling suka hinggakan aku Beli semua koleksi yang dihimpunkan kononnya nak diberi kepada seseorang....ish
Selepas kes kartunis Ujang disingkirkan dari Majalah 'UJANG' yang melibatkan kes mahkamah aku pun tak tahu kesudahannya

Tuesday, August 25, 2009

Kenapa Mereka Ini "Berkobolehan"

KENAL TAK? sila taip WANITA PALING PANAS dalam Google

Sebenarnya pengalaman hidup banyak mengajar seseorang itu, pergaulan memainkan peranan utama dan mematangkan seseorang itu. Hari ini aku nak bincangkan "Mereka Yang Berkobolehan". Siapakah mereka ini? mereka amat berkobolehan berbakat memutarbelitkan, mengambil kesempatan atau menipu orang lain dengan berbagai cara... Kadang-kadang seringkali kita terbaca dalam paper, seorang Profesor, cerdik pandai, ahli perniagaan yang mungkin bergelar Datuk ditipu dengan mudahnya oleh seseorang atau berkumpulan dari mereka yang "berkobolehan" ini. Modus operandi mereka datang dalam berbagai bentuk. Contoh yang dapat aku berikan ialah kes lelaki dari Afrika yang menipu kononnya dengan dakwat hitam, mereka dapat menukat kertas putih menjadi duit USD(black money). Walaupun ramai yang sudah terkena tetapi kes seperti masih lagi terjadi..ishh ishh.
Berbalik topik "Kebolehan", kebanyakkan Orang Kita yang berkobolehan ni kadang-kadang hanya bersekolah peringkat rendah sahaja, malah ada yang tak pandai membaca, tetapi kobolehan mereka bercakap dengan yakin, berani, dan kemudian disenangi dan dipercayai oleh Mangsa...
Tuan-tuan dan puan-puan berbanding dengan pengalaman aku ditipu tempohari adalah secipuk sahaja. Sebenarnya ramai lagi diluar sana pernah ditipu beratus ribu malah berjuta-juta ringgit. Kadang-kadang pernah terjadi satu projek yang betul-betul "genuine" boleh dicerobohi oleh mereka yang berbakat ini, mereka mungkin mempunyai team yang profesional yang mungkin menyamar sebagai orang yang bertanggungjawab dalam Projek "genuine" tersebut. Seseorang yang yang lurus bendul dan leka pasti terkena dalam permainan mereka ini.
Kepada anak-anak muda yang bercita-cita tinggi, ghairah dan semangat berkobar-kobar ingatlah pesanan Iklas dari Hang Nadim ini... sekian

Monday, August 24, 2009

Mari Kita Teruskan Tradisi ini..


Hari ini aku tiba-tiba teringat menda ni, sebelum kehadiran SMS, email dan segala bentuk Teknologi yang ada hari ini, Kad Ucapan Raya adalah satu-satunyer penghubung untuk mengucapkan Ucapan hari Raya.. jadi apa kata kita teruskan ucapan ni. Kalau sesiapa yang sudi berilah alamat masing-masing (emailkan pada aku), janji kad Raya boleh sampai. Sebenarnya bila membaca Kad Ucapan Hari Raya ni lagilah bermakna dan penuh nostolgia...ada tak yang sudi ?..entahlah...KALAU NAK HANTAR KAD RAYA, NI ALAMAT HANG NADIM SILA Klik TUAN HANG NADIM
PEDOMAN KREATIF SDN BHD
D-G-27, BLOK D, TAIPAN DAMANSARA, JALAN PJU 1A/3,
ARA DAMANSARA, 43701 PETALING JAYA. SELANGOR D.E



Sunday, August 23, 2009

Mahkamah benar penulis blog didedah


Salam..esok dah hari ketiga kita berpuasa, sebenarnya aku jumpa artikel ni sangat menarik untuk teladan kepada semua blogger diluar sana, kejadian berlaku di Washington, tetapi kalau mahkamah kat malaysia juga satu hari nanti membenarkan saman seperti ni, pasti Blogger yang suka mengibkan orang atau menyerang peribadi seseorang kecut perut...nak tau WASHINGTON 20 Ogos - Model Kanada, Liskula Cohen telah memenangi satu kes penting di mahkamah New York selepas Google terpaksa mendedahkan identiti seorang penulis blog yang telah memfitnah gadis yang menghiasi muka depan majalah Vogue itu.

Hakim Mahkamah Agung Negeri New York, Joan Madden pada Isnin lalu mengarahkan laman web gergasi itu supaya menyerahkan maklumat mengenai penulis blog yang dihasilkan sejak setahun lalu, menggunakan program Google, Blogger.com.

Perintah tersebut dikeluarkan selepas Cohen, 36, memfailkan rayuan untuk mengenal pasti orang yang memaparkan gambar tidak senonoh Cohen dalam blog dan menggambarkan beliau sebagai 'ho' yang bermaksud vagina dan seorang 'psikotik, pembohong, pelacur... perempuan kelas bawahan.'

Blog tersebut telah ditutup pada Mac lalu.

Namun, Cohen yang muncul beberapa kali dalam peragaan pereka terbaik di seluruh dunia dan menghiasi muka depan majalah fesyen, bertekad untuk mengenal pasti identiti penyerangnya.

"Jika seseorang menyerang di jalan raya, anda mungkin tidak akan melepaskannya," katanya dalam wawancara eksklusif rancangan ABC, Good Morning America semalam.

"Jika seseorang menyerang anda secara peribadi, anda turut tidak melepaskannya.

"Jadi, mengapa saya harus melupakannya? Saya tidak ada alasan untuk mengabaikannya. Jadi, saya tidak perlu berbuat demikian (melupakan penyerang)," kata Cohen.

Berikutan perintah Madden, Google telah menyerahkan alamat e-mel dan alamat internet protokol (IP) komputer penulis blog tersebut dan membenarkan Cohen mencarinya.

Dia berjaya menemui penulis blog tersebut yang merupakan seorang wanita yang tidak dikenali dan tidak rapat dengannya.

"Dia tiada kaitan dalam hidup saya," kata Cohen.

Saturday, August 22, 2009

Tips Mengelakkan keletihan di Bulan Ramadhan

tips ni sebenarnya penting kalau mereka menpunyai masalah berkaitan..

Menjelang bulan Ramadhan yang mulia ni, diet kita akan bertukar dengan ketara. Perubahan diet ini kenkadang tidak dapat diterima dengan baik oleh sesetengah orang. Sesetengah daripada mereka ini mengalami penumpuan kurang baik dan keletihan ketika berpuasa.(dengan alasan ni mungkin mereka meninggalkan puasa)
Antara sebabnya adalah kerana terjadinya kandungan gula darah yang rendah dan tekanan darah rendah. Disini aku sertakan beberapa tips untuk mengelakkan perkara ini terjadi....
Keletihan dan penumpuan fikiran yang kurang baik

Antara gejala-gejala kandungan gula darah rendah ialah kelemahan, kepeningan, keletihan, penumpuan fikiran kurang baik, berpeluh dengan melampau, menggigil, sakit kepala dan jantung berdegup dengan cepat.

Elakkan memakan terlalu banyak gula iaitu karbohidrat yang diproses terutamanya pada waktu suhur.

Badan menghasilkan terlalu banyak insulin sehingga menyebabkan glukosa darah menurun.

Tip: Makan karbohirat kompleks dan yang boleh dihadam secara lambat – makanan yang mengandungi bijian dan biji seperti barli, gandum, oat, semolina, kekacang, dal, tepung gandum penuh dan beras tidak diproses pada waktu suhur dan mengehadkan pengambilan makanan dan minuman bergula.

Gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan darah rendah ialah berpeluh dengan melampau, kelemahan, keletihan, kekurangan tenaga, kepeningan terutamanya semasa ingin bangun berdiri dari tempat duduk, kelihatan pucat dan berasa ingin pitam.

Keadaan ini cenderung untuk berlaku apabila hampir ke waktu petang. Antara sebab biasa termasuk pengambilan air dan garam yang terhad.

Tip: Kekalkan rasa sejuk, perbanyakkan pengambilan air dan garam (untuk mereka yang tiada darah tinggi).

Tahap tenaga rendah – makanan tambahan yang disyorkan

Koenzim-Q10, Spirulina, Klorela dan Jeli Raja boleh meningkatkan tahap tenaga dengan mengoptimumkan tindak balas biokimia yang melibatkan penghasilan tenaga.

Klorofil, Ginseng Siberia dan Vitamin B12 ialah zat makanan yang menambah tenaga.

L-Karnitina membantu menukarkan asid lemak kepada tenaga untuk membekalkan tenaga kepada setiap sel dalam badan anda, terutamanya dalam jantung.

TIP: Pilihlah minuman hijau yang diperkaya dengan nutrisi yang telah diterangkan, ditambah zat makanan untuk memastikan tahap tenaga optimum pada setiap masa sepanjang berpuasa.

Tekanan fizikal, radikal bebas dan sistem daya ketahanan badan

Keletihan dan tekanan disebabkan tidak cukup tidur dan pengambilan makanan yang kurang, boleh juga mengurangkan tahap daya ketahanan badan seseorang; dengan itu mengakibatkan seseorang itu mudah terdedah kepada jangkitan virus dan bakteria.

Echinacea ialah salah satu tumbuhan herba yang paling banyak direkodkan bagi tujuan untuk meningkatkan daya ketahanan badan.

Ia biasanya disyorkan bagi kegunaan pembekalan sokongan optimum pada badan ketika musim selesema dan flu, sementara Maitake dan Astragalus telah digunakan dalam perubatan Cina tradisional selama beribu-ribu tahun untuk meningkatkan pembentukan sistem daya tahan yang lebih kuat.

L-Lisina membekalkan sokongan zat makanan kepada sistem pertahanan semula jadi badan untuk mengatasi jangkitan virus, dengan itu ia berkesan dalam rawatan herpes, lepuh sejuk, ulser mulut dan demam.

TIP: Pilihlah minuman hijau yang menggabungkan herba-herba perangsang/pengatur daya tahan yang menggabungkan ramuan dari Barat dan Asia untuk membantu menguatkan pertahanan badan ketika berpuasa.

Antioksidan Asid Alfa Lipoik, Ekstrak Biji Anggur, Pycnogenol dan Ekstrak Teh Hijau dapat melindungi daripada tindakan radikal bebas yang merosakkan tisu badan anda.

Asid Alfa Lipoik ialah satu-satunya antioksidan yang boleh meningkatkan tahap glutation, sejenis antioksidan penting dalam badan anda.

TIP: Bahan-bahan tersebut boleh didapati dalam formula hijau yang bermutu tinggi – untuk membantu mengawal badan kita daripada kerosakan radikal bebas melampau.

Dengan mengambil formula hijau yang berkhasiat – diperkaya dengan lebih 76 jenis makanan terbaik akan memanfaatkan semua lapisan masyarakat daripada golongan remaja sehingga warga emas termasuk lelaki dan wanita kerana ia direka khas untuk membantu menyokong sesiapa yang ingin sihat, menguatkan badan, membersihkan sistem badan, mengatur sistem daya tahan badan, menggalakkan keadaan beralkali dan berprotein tinggi.

Ia memberi faedah kepada umat Islam yang berpuasa dan ingin memelihara kesihatan optimum sepanjang Ramadan dan bagi kekal sihat sepanjang tahun.

Tip kesihatan Ramadan

ELAKKAN

* Makanan berlemak dan bergoreng

* Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula

* Makan terlampau banyak terutamanya waktu bersahur.

MAKAN

* Karbohidrat kompleks pada waktu sahur kerana ia berada dalam perut lebih lama dan anda tidak cepat lapar

* Pisang ialah sumber yang bagus untuk kalium, magnesium dan karbohidrat.

MINUM

* Sebanyak mungkin air atau jus di antara iftar dan masa tidur supaya badan anda dapat menukar tahap bendalir dalam masa yang ditetapkan.

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa dan Menjalani Solat Terawih

Kalau Bukak Puasa kat Kampung Makan Bersila macam ni lerr..


Salam dihari jumaat ini, hang nadim mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca yang diluar sana, tak lupa juga kepada semua umat islam di mana jua berada, malam ni jangan lupa pegi terawih. Di sini aku sertakan kelebihan sembahyang Terawih sepanjang Ramadhan ini.. Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :


Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya
Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."


Tuesday, August 18, 2009

GERIK akan majulah macam ni


Kejadian Berlaku diLebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli..mau pucat driver mcm ni
NaMpak tAk Gaung tuu..kalau kete menjunam terus tak jumpe..

aku kalau balik gerik pekena roti canai kuah sardin kat sini


Syarikat minyak dan gas tempatan berpotensi mendapat manfaat besar apabila projek Oil Capital bernilai AS$7 bilion (RM23.6 bilion) dimulakan, itulah kata OSK Research dalam nota penyelidikannya pada hari Isnin. Berita ini aku petik dari Bernama bahagian Ekonomi, Jikalau projek raksasa ni terlaksana kemungkinan tempat kelahiran aku Gerik akan mendapat sedikit sebanyak tempiasnya almaklum laa RM23 billion ponya projek, mungkin Kontraktor-kontraktor kecil, industri berkaitan dan penduduk setempat akan mendapat faedah, baik dari segi kerja-kerja huluan dan peluang-peluang pekerjaan


Projek Oil Capital itu yang sebelum ini dikenali sebagai Saluran Paip Rentas Semenanjung melibatkan pembinaan saluran paip sejauh 300 kilometer menghubungkan Yan di Kedah, Grik di Perak ke Tumpat di Kelantan.

Dijangka bermula pada 2011, fasa pertama akan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan manakala fasa kedua selama dua tahun.

Daripada jumlah RM23.6 bilion perbelanjaan modal itu, RM10 bilion adalah bagi fasa pertama, RM12 bilion bagi fasa kedua dan RM1.6 bilion bagi prasarana pasaran.

OSK berkata perjanjian pemegangan saham sepatutnya dimeterai antara Assay Petroleum Sdn Bhd dengan China Oceanwide Holdings Group Co Ltd (COHG) yang tersenarai di Shanghai pada Jumaat lepas tetapi ditangguhkan pada akhir bulan depan.

Projek Oil Capital itu dikatakan akan dikendalikan oleh Assay manakala perbelanjaan awal RM4 bilion dibiayai oleh COHG sebagai modal awal untuk memulakan projek tersebut. (KALAU NAK DETAIL lagi klik!

"Meskipun sebelum ini kami menyebut bahawa sebarang perbelanjaan permodalan baharu tambahan dalam industri minyak dan gas akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi peserta tempatan kita, kami mengekalkan pendirian neutral kami bagi projek ini sehingga kontrak sebenar diberikan," kata OSK.

Monday, August 17, 2009

Misteri: Wanita tanpa muka

Gambar pulak macam ni memang Suspens
Cerita ni telah lama berlaku pada satu pasangan ni, kisahnya begini..sebelum itu dinasihatkan kalau yang dok sorang-sorang dan jenis penakut jangan la baca takut terbayang-bayang pulak.. tapi kalau nak tahu cerita seram ni....KEDINGINAN awal pagi membuatkan Nur amat berat meninggalkan bantal dan tilam empuk tetapi menyedari ada tugas menanti untuk menghantar suami tersayang, Ali Shah, yang bertugas sebagai juruperunding ke lapangan terbang untuk ke Singapura memaksanya bangun.

Kelancaran perjalanan ke Terminal Dua Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang tanpa gangguan kesesakan lalu lintas memang melapangkan hati. Namun apa yang tidak disedari Nur dan suami ialah halangan yang mereka tempuh datang dalam bentuk imej seorang wanita tanpa wajah..........“Pengalaman menyeramkan itu terjadi pada 1998. Ketika itu Terminal Dua Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang, masih beroperasi sebagai tumpuan penerbangan ke Singapura.

“Suami saya perlu menaiki penerbangan jam 7 pagi. Dia perlu berada di lapangan terbang dua jam lebih awal, menyebabkan kami keluar rumah seawal jam 4.30 pagi,” katanya yang menetap di Kota Damansara, sebelumnya dikenali sebagai Pusat Bandar Sungai Buloh.

Nur bercerita, hujan renyai-renyai ketika itu. Suaminya memandu kereta dan mereka leka bersembang kerana jalan raya lancar. Kira-kira 10 minit perjalanan, suaminya membelok kiri dari jalan lama Sungai Buloh - Shah Alam ke arah Lapangan Terbang Subang,

“Persekitaran serba gelap, menyebabkan suami memasang lampu tinggi. Tiba-tiba dari jauh lagi kami nampak kelibat seorang wanita di tepi jalan raya. Dia berdiri di bawah sebarang pokok besar. Di sebelah sebelah kiri pula ladang getah,” kata Nur kepada penulis, ketika mengimbas pengalaman menyeramkan kira-kira 11 tahun lalu.

“Terdetik dalam hati, apa hal pula seorang wanita berada di kawasan gelap itu pada awal pagi. Seorang diri pula. Mata saya liar mencari motosikal atau kereta yang mungkin tersadai rosak di tepi jalan. Malangnya, tiada.

“Kelibat wanita itu nampak jelas sebab suami memasang lampu tinggi. Saya nampak susuk tubuhnya yang kurus, berbaju kurung dan mengenakan skaf. Tangannya melambai-lambai meminta kereta kami berhenti,” katanya.

Bagaimanapun, anehnya, baik Nur mahu pun suami seakan-akan tergamam dan tidak berkata apa-apa. Mulut mereka seakan terkunci. Dia cuba membuka mulut untuk bersuara tapi tidak boleh. Begitu juga Ali yang membisu dan terus memandu.

Mereka tergamam dan Nur terus mencapai tangan suami yang sedari tadi memegang tombol gear untuk meredakan debaran dan mencari kekuatan.

“Sebaik melintasinya, saya memberanikan diri cuba mengamati jelmaan wanita itu. Alangkah terkejut kerana di celah hayunan bilah pengelap cermin, saya nampak tangannya yang berwarna putih pucat, tetapi tidak ada muka! Mukanya cuma berwarna kelabu gelap tanpa mata, hidung atau mulut.

“Ketika itu Tuhan saja tahu perasaan ini. Meremang bulu roma dibuatnya kerana saya syak itu sememangnya hantu. Dalam hati terus membaca ayat Kursi dan biarpun cuba membuka mulut, tetapi masih tidak boleh,” katanya.

Nur memandang suaminya, tetapi Ali memandu seperti biasa, juga tidak bersuara. Kira-kira lima minit selepas itu, apabila tiba di restoran makanan laut bertentangan landasan kapal terbang, barulah mereka boleh bersuara.

“Abang nampak tak apa saya nampak tadi?” soal Nur kepada suaminya.

“Nampak. Jangan kata apa-apa. Lupakan saja.” Akur dengan permintaan suaminya, Nur tidak berkata apa-apa sehinggalah tiba di Terminal Dua.

“Sudah, awak jangan fikirkan sangat apa kita nampak tadi,” kata Ali sambil meletakkan kereta di tepi jalan.

“Tapi itu hantukan? Nampak tak perempuan itu tak ada muka. Tangannya pucat lesi...” kata Nur yang tidak berpuas hati dengan reaksi suaminya.

“Tahu, tahu. Saya pun perasan benda itu. Sudah jangan cakap apa-apa. Awak balik ikut Lebuh Raya Persekutuan. Jangan ikut jalan tadi, bahaya!” kata Ali sambil keluar dan mengambil begnya di tempat duduk penumpang di belakang.

Selepas kelibat suaminya hilang ke dalam terminal, Nur memandu keretanya menghala ke arah Lebuh Raya Persekutuan. Hatinya masih tidak tenteram apabila mengingati peristiwa menyeramkan itu.

Nama pun misteri dan naluri ingin tahu dan melihat persekitaran kawasan berkenaan, menyebabkan Nur memutuskan untuk kembali ke kawasan itu. Dia menunggu sehingga jam 11 pagi dan meminta kakak saudaranya menemani.

Nur kembali menelusuri jalan raya itu dan keadaan cerah itu membolehkan dia melihat dengan jelas tiga ‘petunjuk’ utamanya - ladang getah di sebelah kiri, sebatang pokok dan selekoh agak tajam di situ.

Pokok itu adalah pokok pulai yang agak besar betul-betul terletak di tepi jalan raya.

“Melihatkan pokok itu dan selekoh tajam itu, terlintas di hati mungkinkah wanita itu mangsa kemalangan yang berlaku di situ. Mungkin kerana itulah dia melambai supaya kami memberhentikan kereta,” kata Nur membuat tafsiran sendiri.

Kini, jalan raya itu sudah dilebarkan bagi memudahkan perjalanan terus ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berkenaan. Tiada lagi selekoh tajam mahu pun pokok pulai yang pernah menjadi sebahagian daripada identiti jalan raya berkenaan. Namun tidak pula dipastikan jika kelibat wanita tanpa muka itu juga sudah lenyap bersama selekoh dan pokok pulai berkenaan.




Saturday, August 15, 2009

MAKNA SEBUAH SENYUMAN ???

INilah Pekan Gerik...hang nadim asal orang sinilah


Ketika kita tersenyum di hadapan seseorang akan memberi erti yang sangat dalam, pada kesempatan ini saya cuba merenungkan apa makna dibalik senyuman. Sebagai insan biasa kadang-kadang kita terhanyut dengan senyuman seseorang. Dengan senyuman boleh membawa keberkatan, simpati dan hal-hal yang positif lainnya. Begitu pula dengan senyuman boleh juga membawa fitnah, bencana bahkan kecelakaan.....Para pujangga(pujangga la pulak) menggambarkan senyuman itu seperti magnet yang memberikan kekuatan menarik perhatian bagi yang memandang, apabila senyuman diberikan dengan tulus ikhlas akan nampak seperti sinaran kemuliaan yang menyilaukan dan memberi terang aura bagi sipemilik senyuman itu sendiri. Cuba anda hayati dalam hati yang jujur, Sudahkan kita senyum ? Kepada siapa kita harus senyum? Berapa lama senyum kita bertahan ? Bagaimana makna dari senyuman kita ? Senyuman kita tulus atau ada udang disebalik batu ?


Friday, August 14, 2009

CARI JODOH

Aku dengar lagu ni dalam blog seseorang..kemudian aku bukak YOUTUBE, sedap pulak lagu indon niii...Nama kumpulan WALI..Jadi aku nak tujukan lagu ni kat aku sendiri lah.....

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Thursday, August 13, 2009

H1N1 aka Selsema Babi : Mesej dari seorang doktor untuk difikirkan bersama..


Hari-hari kita terbaca Virus ni yang aku rasa semua orang tak boleh pandang ringan.. Be careful with H1N1. Virus tu very STRONG… Pesakit yang kena memang SUFFER nak RECOVER… NO VAKSIN.. Cuma ada Anti-Viral & Psylogi Mental pesakit itu sendiri untuk MELAWAN.(aku rasa pesakit perlukan sifat melawan yang tinggi)
Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat.
Second Stage
Susah bernafas, simptom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena… Masa ni kena kuarantinat hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. Hospital tak cukup katil & bilik kuarantin.
Critical Stage
Lung infection. Bila X-Ray we can see the virus covered the lung. Very scary bila tengok x ray Pesakit H1N1. At this stage pesakit need oksigen with highest level, Strongest Anti-Vral.. very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, immune badan pesakit.
Very H1N1 ni genius virus.. Can HIDE in our body…difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is RM1k above. Unable detected in blood as well.. When they start action…Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better WEAR MASK when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec 2009. So far, hanya lelaki dewasa can fight the virus…. woman might be 70%, children most probably payah nak lawan virus ni.Take care You & Your Family.


[Note : forwardkanlah PERINGATAN ini untuk semua kawan-kawan kita yang lain. Sesunggunya, H1N1 ini merupakan satu bala dari Allah untuk mengingatkan kita kembali kepadaNYA

kredit untuk http://tintasalsabila.blogspot.com/2009/08/h1n1-mesej-dari-seorang-doktor-untuk.html Aku cedok dari blog dia...terima kasih


Tuesday, August 11, 2009

Restoran Oren Mutiara Damansara

Kereta Uncle DON nii, tapi kalau tengok CSI keta jenis ni pegawai penyiasat yg pakai
Salam semua..hari ni aku nak bercerita beberapa nama restoran atau tempat melepak anak-anak muda Yang Top disekitar Damansara dan kawasan sekitarnya beberapa tahun lepas dan sekarang. Kedai mamak tak payah laa cerita...Dulu-dulu tempat paling top sekali Uptown laa, aku ingat lagi kalau bulan puasa nak berjalan pun susah ramai sangat orang, kini pasar lambak disitu telah ditutup dan cuma ada Uptown Hawkers sahaja..Sekarang pun ramai lagi pengunjung tapi taklah seramai dulu-dulu. Selepas habisnye zaman uptown ada satu tempat dekat Sri Hartamas namanya Uncle Don, tempat ni top jugak...Semasa aku berkeliaran disitu ramai la orang dan dapat melihat pemandangan yang menarik hehehe..kemudian tiba-tiba didepannyer tu dibuka satu tempat namanyer Hartamas Square(dulu Restoran Cina), besar tempat tuu semasa Kejohanan besar bolasepak tempat ni meriah sekali.Kemudian Uncle DON pun mendapat masalah setelah satu kejadian yang berlaku disitu(ada orang kena belasah sampai..)mungkin dah tutup sekarang. Aku pun dah lama tak pergi melawat kat sana sekarang tengok games Bola dekat kedai Mamak sahaja. Kalau pembaca selalu ke Mutiara Damansara ada satu restoran dekat situ depan Cineplex traffic light masuk kiri ikut kawasan perumahan situ. Budak-budak panggil REstoran Oren.. tapi namanyer Restoran Idaman, Bos dia abg Z dulu Keja Polis, kalau nak melihat pemandangan dan melihat artis boleh la ke situ. Aku pun dah lama tak ke situ

Monday, August 10, 2009

Dulu lain sekarang lain


KALAU diamati perubahan di sekeliling kita, nescaya kita akan terkejut dengan apa yang berlaku sekarang.

Dulu anak-anak minum susu ibu, sekarang ramai anak minum susu lembu. Dulu anak perempuan tidak boleh bebas, sekarang jumpa bayi dalam tandas.

Dulu 'jahat-jahat' anak muda, kacau anak dara balik mengaji; sekarang mat rempit dan bohsia menjadi-jadi. Kalau nak tau lebih lanjut cerita Dulu Lain Sekarang Lain nii... Dulu guru didik anak murid macam anak sendiri, kalau nakal atau main-main kena pukul kena ketuk ketampi, balik rumah kena rotan lagi. Sekarang kalau anak murid kena jentik, guru sekolah akan kena 'titik'.

Dulu guru ramai yang tinggi hemah, sekarang guru ada yang hisap dadah dan moral rendah. Dulu budaya Timur jadi panduan, sekarang budaya Barat habis-habisan jadi tiruan, lelaki bersubang bertatu di badan.

Dulu dalam politik tolak menolak jawatan, sekarang cari tok cak, tok batin, tok sami dari sini sampai sempadan.

Dulu suasana politik negara stabil, sekarang dah nampak kucar-kacir. Dulu pembangkang sikit sangat, sekarang pembangkang riuh dan gamat.

Dulu semua negeri bawah Barisan, sekarang lima negeri di bawah Pakatan. Dulu fitnah tersebar dengan surat layang, sekarang ada blog, Internet, sms dan video pun tak kurang.

Dulu sebelum kahwin merisik, bertunang dan nikah, sekarang belum kahwin duduk sekali dah. Dulu yang buat perangai luar tabii sembunyi-sembunyi. Sekarang apa orang kata, dia orang tak peduli, ada kelab gay lagi.

Dulu mak bapa yang dah tua dijaga, sekarang mak bapa dihantar ke rumah orang tua.

Dulu tak ramai orang kita belajar di luar negeri, sekarang sudah ramai yang balik lupa diri.

Dulu hendak dapat biasiswa, kalau suruh sembah pun sanggup sembah, sekarang dah dapat ijazah penjamin yang susah.

Dulu orang Melayu ada P.H.D (perangai hasad dengki), sekarang pun masih tebal P.H.D.

Dulu Aceh kena langgar tsunami, sekarang kita kena selesema babi.

Dulu doktor gaji rendah, sekarang doktor masih lagi rendah. Dulu kebanyakan kita fasih bahasa Inggeris, sekarang ramai yang tak boleh.

Dulu ada dua tiga saluran tv, sekarang lebih 80 saluran disaji. Dulu pelajar rajin ulang kaji, sekarang tercongok depan tv.(tak payah pasang asro laa)

Dulu filem Melayu hitam putih tetapi tinggi kualiti, sekarang nak cari yang berjenis susah sekali.(cerita syok sendiri la tuu)

Dulu drama berbentuk bangsawan, sekarang drama penuh cerita tahyul dan syaitan.

Dulu para artis payah nak cari makan, sekarang ramai lumayan pendapatan.(heheehe malas nak cakap)

Dulu orang Melayu ketinggalan ekonomi, sekarang orang Melayu masih ketinggalan di sana sini. Orang dah jauh sampai ke bulan, kita masih lagi "Engkau laksana bulan".
(sambung laaa lagi)
Tiga puluh tahun dulu gaji mula akauntan dua ribu, sekarang pun masih dua ribu. Tiga puluh tahun dulu rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail harga RM60,000, sekarang harga dekat RM500,000.

Tiga puluh tahun dulu ekonomi kita lebih kurang sama dengan Taiwan, Korea dan Singapura, sekarang kita bukan lagi Asian Tiger. Dulu paras gaji kita sama mereka, sekarang kita dah ditinggalkan mereka.

Dulu Amanah Saham Nasional orang Melayu yang beli, sekarang orang Melayu tak larat nak beli. Dulu ada Bank Bumiputera sekarang yang ada Kelab Golf Rahman Putra.

Dulu duit kita dua ringgit setengah satu dolar Amerika, sekarang duit kita tiga ringgit setengah satu dolar Amerika.

Dulu orang Malaysia membeli-belah di Singapura, sekarang orang Singapura membeli-belah di sini pula.

Dulu rasuah adalah juga, sekarang ini sudah berleluasa. Sudah 52 tahun kita merdeka, masih ada kemiskinan tegar, Pasar Chow Kit tak bertukar.

Dulu sungai-sungai kita boleh mandi, sekarang semua dah dicemari. (sungai kampung aku pun dah cetek)

Dulu kita banyak tanam padi, sekarang kita banyak import padi. Dulu terbongkok-bongkok kita tanam padi, sekarang pun masih terbongkok-bongkok tanam padi.

Dulu anak petani mahu kerja di sawah, sekarang buruh Siam yang jadi mewah.

Dulu pekerja asing adalah juga, sekarang dia orang dah melambak-lambak.(ramai sekali)

Dulu anak-anak muda rajin mengaji, sekarang anak-anak muda ramai yang ambil ekstasi.

Dulu di universiti ramai pelajar lelaki, sekarang entah ke mana pergi. Dulu pelajar asing datang nak belajar, sekarang dah banyak aktiviti luar.

Dulu dapat pink form jadi kaya sekelip mata, sekarang banyak kemudahan dah tak ada. Dulu pengerusi sini pengerusi sana, nama ada saham orang lain punya, sekarang pengerusi tak ada, saham pun tak ada.

Dulu tak ada duit ceti jadi payung, sekarang tak ada duit pergi jumpa ah long.

Dulu eksport jadi sandaran, sekarang yang penting ilmu pengetahuan. Dulu hasil keluaran bernilai rendah, sekarang kenalah tingkatkan nilai tambah.

Dulu orang Melayu tak pandai berniaga, sekarang banyak pula skim cepat kaya.

Dulu orang guna mesin taip lagi, sekarang orang dah guna PC. Dulu telefon bimbit berat nak angkat, sekarang seorang ada tiga dan empat.

Dulu jalan mana-mana pun selamat, sekarang silap haribulan beg tangan kena rembat. Dulu halal haram orang tak kisah sangat, sekarang sijil palsu 'Halal' pun orang buat.

Dulu Islam lalui zaman gemilang, para ilmuwan begitu terbilang. Sekarang umat Islam dah tinggal belakang, meletupkan diri untuk berjuang.

Dulu kita disuruh "Bekerja dengan Saya", sekarang konsep 1Malaysia. Dulu ramai pejuang bangsa, sekarang di mana mereka berada?


Saturday, August 8, 2009

Sandiwara saham lelaki

tunggu sat sakit perut pulakkk..

USAH KACA DISANGKAKAN PERMATA, KALAU SUDAH NAMANYA INTAN, TERPALIT LUMPUR TETAP BERHARGA. TEGUHKAN HATI DAN JIWA BILA LELAKI MENAWARKAN SANDIWARA. JANGAN TERLEWAT MENCATAT TAKDIR MENJADI BONEKANYA…

Mengungkap dan menyingkap anatomi jiwa dan hati lelaki sememangnya tidak berpenghujung. Meski jenuh dan bosan membongkar kualiti terbaik (selain sukar ditemui barangkali?) bersulam rasa hampa, namun ada saja gelagat, kerenah jiwa lelaki yang masih menarik untuk kita selami dan fahami. Sebenar artikel ni macam kutuk lelaki sahaja ishhhh...tapi takper lah sekadar bahan bacaan sahaja. Aku rasa penulis artikel ni seorang perempuan dari cara penulisannya, Aku jumpa artikel ni dlm sebuah majalah dan mungkin pembaca ingin mengetahui lebih lanjut.... Merungkai permainan sandiwara bernama lelaki dalam memastikan harga dirinya terpelihara di aras mata masyarakat. Memetik ulasan Dr. HM Tuah Iskandar, tentang isu lelaki dan permainan sandiwara (penipuan), ia bukan isu khusus kepada gender tetapi ia berkaitan tentang ‘masalah hati’ yang dialami atau dilakukan oleh semua manusia tanpa mengira jantina. (ingat tanpa mengira jantina jadi bukanlah ditujukan untuk lelaki sahaja hehehe.....

10 Status Bahaya Lelaki

1. Lelaki yang menabur kata sayang tetapi masih lagi belum bersedia untuk hubungan yang lebih serius. Itu bermakna lelaki tersebut hanya berminat untuk berpeleseran saja.

2. Membuat panggilan atau sistem pesanan ringkas mengikut keselesaan atau kemahuan hatinya. Tatkala anda memerlukannya, dia hanya diam membisu bersahaja.

3. Lelaki yang suka dan kerap bertemu janji tanpa menetapkan ikatannya dengan anda. Nasihat kami, elakkan kerap bertemu atau saham peribadi wanita anda jatuh merudum.

4. Lelaki yang telah berpunya tetapi kerap menghabiskan masa bersama anda. Sudah berpunya tetapi masih menagih kemesraan daripada wanita lain. Bila pecah tembelang dengan pasangannya, anda dilemparkan status kawan biasa sahaja.

5. Lelaki yang hanya merasakan tindakannya saja yang betul. Inilah lelaki yang pentingkan diri sendiri dan tidak mungkin memikirkan perasaan orang lain termasuk anda!

opssssss majalah ni letak 5 sahaja dalam laman sesawangnyer. 5 lagi perkara kena beli Majalah la pulak kalau nak tahu takpe nanti aku servey...

Friday, August 7, 2009

7 wasiat raja Melayu


1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

itulah kata-kata yang diucapkan Oleh Raja Nazrin yang aku petik dalam Utusan Malaysia pada 7.08.09 takde sambungan..See u When I see u .

Thursday, August 6, 2009

Section 8 SHAh ALAM

Hari ini aku nak bercerita pesal section 8 Shah Alam ni. Kenapa aku nak bercerita tempat ni? Sebenarnya baru-baru MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM telah melakukan rampasan arak disini di sebuah kedai Serbaneka setelah banyak aduan dibuat oleh penduduk yang prihatin, aku pun tak tau kedai yang mana satu...esok kalau aku pergi sana aku tanya bebudak. Hari ni Kes ni menjadi semakin panas disebabkan Seorang Ahli Tertinggi dari Barisan Pakatan telah memberi arahan supaya arak tersebut dipulangkan........ Section Alam ni beberapa tahun lepas namanyer pun telah meletup disebabkan perebutan Sebuah Surau diantara dua pihak dan diarahkan ditutup Oleh Pihak yang BERKENAAN memandangkan kedua-dua pihak berdegil dan tidak mau mengalah. Setelah pilihanraya Surau itu telah dibuka semula. Section 8 ni majoritinye semua penduduknya melayu ada beberapa kerat sahaja orang cina, india, mat salleh dan kaum-kaum lain. Ada beberapa rangkaian rumah kedai disitu. Kalau yang pernah ke IPK selangor belok kiri ada sederet rumah kedai.Kemudian kalau terus dari situ ada satu simpang ke kanan. Jikalau terus akan menuju ke Taman Pertanian Bukit Cherakah. Tapi sebelum itu ada 2 blok rumah kedai berdepan dengan rumah kakitangan kerajaan dan di belakangnya pulak ada apartment kos murah PKNS, berhampiran jalan nampak surau besar Section 8. Bagi aku tindakan Exco yang telah campur tangan dalam kes yang sensitif ni menyebabkan kekecewaan yang amat sangat bagi kaum yang Memajoriti di Section 8. Tapi yang luluskan lesen jual arak ni siapa? Pegawainyer Orang Ape...

Wednesday, August 5, 2009

1001 Macam Cara Menguji CinTa


Alhamdulillah...
Makan pagi dengan Tengahari nii...JOm makan

LELAKI memiliki 1001 macam cara untuk menguji cinta orang yang disayanginya. Cara menguji itu melalui pelbagai helah, taktik dan teknik sehingga kadangkala sukar mahu membezakan sama ada ia satu 'ujian' atau sebaliknya.
Sebagai kekasih, wanita mungkin berasa sudah memperlakukan segalanya buat jejaka yang disayangi. Namun, pernahkah bertanya pada diri, mungkinkah si dia terpesona pada anda setulus hati?

Bagi sebahagian lelaki, itu belum cukup untuk membuatnya tekad memilih anda menjadi suri hidupnya.
Di saat hubungan dengan si dia bermasalah, tiba-tiba anda dihubungi seseorang yang meluahkan rasa hatinya pada anda. Bagaimana agaknya penerimaan diri sedangkan anda sedia maklum si penggoda baru itu teman baik kekasih anda
Hati tertanya-tanya, bala apa yang menanti sedangkan lelaki itu tahu anda sudah lama berpasangan dengan rakan baiknya..............Setelah lama berhubungan lalu berderai cerita sebenar - si dia sengaja memperalatkan rakan karibnya untuk menguji cinta anda.

Sebenarnya, bermacam-macam cara kekasih menguji pasangannya. Berikut mungkin sebahagian cara anda diuji dan berhati-hati kerana sebahagian golongan Adam punya 'permainan' tersendiri.

Fakta berikut mungkin boleh dijadikan panduan penting untuk anda:

•Materialistik

Untuk mengetahui anda materialistik atau sebaliknya, lelaki akan menguji dengan memberi anda hadiah murah atau mengajak makan di gerai biasa, bukan di restoran eksklusif. Ia sekadar untuk melihat sejauh mana penerimaan anda.

•Menguji tahap cemburu

Lelaki selalu ingin tahu pasangannya jenis kuat cemburu atau sebaliknya. Dia akan menguji dengan cara mengenalkan anda pada teman perempuannya. Jika reaksi anda biasa saja, mungkin anda lulus ujiannya.

•Telefon perempuan lain di depan anda

Reaksi anda tenang seolah-olah hal itu bukan masalah besar dan ia memberikan reputasi yang anda lulus ujian itu. Sebaliknya, jika anda marah dan mengatakan tidak suka dia menelefon perempuan lain apatah lagi menunjukkan sikap melampau, mungkin anda gagal melepasi tahap itu.

•Hubungan dengan bekas kekasih

Keinginannya untuk mengetahui perasaan hati anda dengan kekasih lama, memang cukup tinggi. Justeru, berhati-hati jika dia memperli atau mengungkit cerita lama sekadar menguji ketahanan anda. Jangan cepat melenting.

•Mengukur tahap kesetiaan

Dia ingin mendapatkan kekasih yang setia. Anda pula kerap menghubunginya dan tidak keluar dengan lelaki lain selama dia ke luar daerah. Dia pula akan menguji dengan pelbagai cara, antaranya meminta bantuan rakan untuk menggoda anda. Untuk itu, berhati-hati dengan permainan ini, takut anda terjebak dengan rakan baiknya sendiri.

•Tahap keegoan

Mereka menghindari hubungan dengan perempuan ego yang sering ingin menang dalam apa saja perkara. Si lelaki pula akan menguji keegoan ini dengan mengajak ke tempat yang anda tidak suka dan anda harus menunjukkan nilai diri sejujurnya.

•Alasan anda menyukainya

Dia ingin tahu apa tujuan anda menjalin hubungan dengannya. Adakah kerana harta benda, paras rupa atau kebaikan?

Tuesday, August 4, 2009

Nama-nama Ahli Korperat dahulu

dulu dikenali Bangunan Bank BUMIPUTRA
Pada tahun 1993 sekitarnya kita kerap mendengar nama ahli korperat melayu ketika itu. Nama-nama mereka sering kali digambarkan sebagai hasil DEB tapi sebenarnyer semuanyer untuk......kalau rajin baca lah nama seperti Tan Sri Tajuddin ramli,Tan Sri Halim saad,Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, Tan Sri Rashid Hussein, Tan Sri Aman Shah Omar Shah, nama-nama ini tiba-tiba muncul dalam media massa menceritakan kejayaan korperat mereka, Tajuddin ramli dgn kejayaan mengasaskan TRI dan membeli Celcom(sebenarnya celcom ditubuhkan oleh Otai otai x Telekom) Halim Saad dengan kejayaannya mengemudi Renong(padahal syarikat ni adalah legasi hatibudi nominees syarikat umno bila Umno diharamkan pada satu ketika) wan azmi wan hamzah polak diceritakan membawa Land & general atau dikenali sebagai General Lumber menjadi syarikat yang besar, ramai orang sungai buaya merana sebabnya. Rashid Hussein polak dengan Bank RHB bank nati aku reseach ceritanya.

Aman shah Omar shah polak dengan kejayaannya membina Bussines Focus atau Penang Shipping buiding siap ada bangunan sendiri kat penang dan kl. Di ceritakan jugak Bussines Focus mempunyai 2 buah Jet peribadi jenis Falcon, satu untuk kegunaan Bosnya dan satu lagi untuk Eksekutif Eksekutifnya, hebat hebat (aku ingat dia mampu pakai setahun dua jer kot orang kata bini dia ramai entah lah labu)
Tapi sebenarnya kejayaan mereka ini bukanlah sekadar dari kerja keras mereka tetapi atas keistemewaan yang diberikan oleh ahli politik atau kerajaaan pada waktu itu membuat mereka begitu kaya dengan begitu cepat sekali, aku pun bole jadi kaya jikalau aku diberi pinjaman sebanyak RM500juta atas jaminan kerajaan dan menopoli tender dan sesuatu konsesi yang bernilai berbilion ringgit. (kalau engkorang pernah baca buku daim keluaran Pelanduk pub.. beberapa orang dari mereka pernah bekerja bersama ketika Tun daim mengemudi Peremba)
Sekarang nama-nama ini terus hilang dari persada korperat malaysia, sama ada mereka telah bersara atau berhijrah dan menetap diluar negeri. Di percayai semasa kegawatan ekonomi malaysia 10 tahun lepas, iaitu dalam tahun 1997 agaknya, mereka telah meninggalkan hutang yang banyak mungkin atas kesilapan mereka membuat keputusan atau tersilap langkah hinggakan kerajaan tidak boleh lagi membantu atas dasar politik atau sebaliknya.
Pada pendapat aku harta diorang banyak dan berkoyan-koyan lagi walaupun dah bersara, cukuplah untuk beberapa generasi. Kesilapan regim yang lalu telah meninggalkan kesan yang bukan sedikit tapi hingga kini kebencian yang menebal telah menyebabkan sedikit sebanyak mengoncang kerajaan dalam pembentukan kerajaan yang lalu.

Menu Laksa Johor


Lapar La Pulak tulis menu ni..gambar cilok
kalau nak cuba resepi Laksa Johor ni aku karang lebih kurang. Walaupun aku bukan Orang Johor tapi aku agak pandai membuat Laksa Johor, Kalau tak paham sila tanya aku yerr. bahan-bahan agak banyak dan renyah tapi aku akan detailkan dan secara paling senang kalau nak belajar klik sini BAHAN: Spageeti(sepeket dlm 6 org boleh makan) planta, BAHAN UNTUK MEMASAK: Bawang besar(blender). bawang putih(blender). halia. cili kering (blender). serai(blender). lengkuas(blender). udang kering(sikit).udang geragau. rempah kari ikan. Kerisik. santan. ikan kembung(Nak mahal ikan tenggiri). BAHAN SAYUR: Timun. cili merah. daun kesum. limau kasturi. Taugeh.. salad

MULA-mula Rebukan ikan dahulu, ambik isi blenderkan. Kalau nak Blender semua pun boleh tapi nati ada yang termakan tulang pulak. Simpan air rebusan kejap lagi nak campur dalam kuah.....

CARA MEMASAK: Pasaskan sikit sahaja minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah diblender..kemudian masukkan Cili kering(Cili giling ke). Biar seketika masukkan Rempah Kari Ikan gaul lebih kurang. Kemudian masukkan air rebusan ikan tadi..bila dah mendidih masukkan Santan, perhatian kuah laksa JOhor mesti pekat baru mantap masukkan garam secukup rasa.. gula ..pak Aji dan beberapa keping asam Gelugor( asam keping la). Kuah dah siap...

KEMUDIAN: Panaskan Air dan rebus Spanggeti tadi dalam 10 minit angkat kemudian gaulkan dengan Planta tadi.. kalau rajin boleh la ikat sejemput sejemput

Blender cili merah untuk dijadikan sambal bersama kuah nanti... potong timun Bulat-bulat buang kulitnyerrr dan Buat macam RING ONION, potong daun kesum halus-halus, potong limau kasturi. Taugeh( BASUH SAHAJA). Salad potong halus halus

Kemudian Ambik mangkuk masukkan Spaggeti letak taugeh diatas. KEmudian curah kuah Laksa tadi tabur pulak dengan Timun ring, onion daun kesum. Perah limau di Atas kuah tadi..Selamat Menjamu Selera..

Peruntuh masjid peluk Islam

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu. Artikel ni boleh dijadikan pengajaran yang amat berguna kalau sudi klik laaa.. Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab 'suci' untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.

Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan "Ram! Ram!" sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas 'kejahatan' beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.

Kuasa Allah

Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.
Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.
Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.
Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.
Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.
Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia 'baru' yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.

"Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.

"Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan," ujarnya sayu.

Monday, August 3, 2009

Bila tiba Musim Puasa di kampung

Bulan Ramdhan rasanyer dah dekat jadi aku nak kongi laa certa ni..Kalau pembaca yang pernah tinggal dikampung mesti teringat kembali suasana bulan puasa dikampung...tapi yang paling nostolgia masa kecik-kecik laa.. dulu elektrik belum ada lagi maklumlah Ulu sangat. Aku ditugaskan setiap petang menunggu sebuah kedai ni untuk mengambil ais ketul, ais ni polak kena booking dulu kalau tak, tak dapat nak minum air sirap la semasa bukak puasa nanti, air ni tak cair sebab diorang tabur dengan habuk kayu...jadi dibahagi bagi lerr AIs ni untuk seluruh kampung dengan 30 posen kot seketul, tapi bila malam laa saat yang seronok tak sabar nak pergi surau..bukannyer nak sembahyang pun, karang nak mengkedarah MORE(eje betul-betul) pulak lepas tuuu nak berperang mercun dengan budak-budak kampung....Semasa bebudak ni main mercun ni bukannyer tahu takut main langgar jer, nak cucuh nak cucuh ishhhhh mujur tak jadi pa pa...

Sunday, August 2, 2009

Ludah ke kiri tiga kali


MIMPI dialami semua orang. Bezanya ada yang mengalami mimpi baik dan buruk. Mimpi buruk kadangkala menghantui hidup seseorang, lebih-lebih lagi ia menggambarkan keadaan yang mengerikan dan menakutkan. Aku berikan kaedah penyelesaian apabila mengalami mimpi-mimpi jenis niii yang aku ambik dari sebuah artikel dalam akhbar tempatan.
Justeru, bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah bertindak seperti berikut: Kalau nak tau cara mengatasinya...


Meludah ke kirinya tiga kali.

Meminta pertolongan kepada Allah daripada godaan syaitan dan mimpinya yang dahsyat, tiga kali.

Membalikkan tubuh (mengubah kedudukan).

Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.

Mengambil wuduk dan bersolat, sekiranya mahu.

Berhubung dengan mimpi, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mimpi yang baik adalah daripada Allah, sedang mimpi (buruk) adalah daripada syaitan. Apabila seseorang antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang mendengarnya." (Hadis Riwayat Muslim)

Nafsu ammarah darjat paling hina


SETIAP orang mempunyai nafsu. Ia adalah kurniaan Allah yang bersifat fitrah sebagai pelengkap kepada unsur kemanusiaan di samping akal.
Dengan nafsu kita dapat makan dan minum, melakukan itu dan ini memakmurkan bumi, malah beranak pinak. Sebab itu, jika manusia tiada nafsu untuk makan, ini menunjukkan petanda buruk. Kalau nak mengetahui bab nafsu ni..
Cuma yang berbeza ialah tingkatan nafsu pada diri seseorang. Sesetengah dapat mengawal nafsu, manakala yang lain terikut-ikut telunjuk hawa nafsu, malah kerap terbabas kerana gagal mengawal nafsu.

Dalam Islam, nafsu terbahagi kepada beberapa tahap, iaitu nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhimah, nafsu muthmainnah, radiah dan mardhiah.

* Nafsu ammarah - Nama ini diambil daripada ayat al-Quran yang menceritakan mengenai pengakuan Zulaikha (Imratulaziz) atas kesalahan dan kesediaannya membuat pengakuan yang Yusuf bersih daripada sebarang keburukan dan kesalahan.

Ia adalah nama bagi nafsu di tahap paling rendah. Diri di tahap ini disifatkan al-Quran sebagai yang menyuruh kepada keburukan dan kejahatan. Jika melakukan kebaikan sekalipun hanya sebagai topeng untuk kejahatan.
Maksudnya diri manusia dikuasai sepenuhnya oleh unsur kejahatan sehingga manusia menjadi hamba nafsu, bahkan menjadikan nafsu sebagai Tuhan yang ditaati.
Manusia yang memiliki akhlak serendah ini nilai baik dan buruk tidak bermakna dan tidak penting.
Cuma yang penting baginya ialah yang dapat memenuhi kehendak nafsunya saja. Manusia yang sedemikian akan mendabik dada, kerana berbangga dengan kejahatan yang dilakukan.

Diri dalam peringkat terendah inilah yang diistilahkan oleh ahli kerohanian Islam sebagai 'nafsu'.

Nafsu ammarah ini mengandungi sifat hina dan tercela, sifat kehaiwanan, syaitan dan bangga diri yang hanya layak bagi Tuhan, seperti sifat takbur, memperhambakan manusia, suka disanjung dan dipuja.

Sifat yang nyata pada diri di tahap ini ialah sentiasa bergelora dengan seribu satu macam keinginan nafsu, sesuai dengan sifat semula jadi nafsu rendahnya seperti terburu nafsu, lalai, tamak dan jahil.

Malah untuk menunaikan keinginan yang sentiasa bergelora tanpa puas manusia akan menjadi alat dan hamba nafsu menyebabkan mereka dalam sentiasa dalam keadaan sengsara.
Al-Quran mengumpamakan seperti seekor anjing yang termengah-mengah dan terjelir lidahnya kerana kepenatan.

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu. Tetapi ia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing; jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah.

"Dan jika engkau membiarkannya ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir." (Al-A'raaf: 176)
Diri yang berada pada tahap ini sebenarnya menerima ujian. Diuji dengan sifat rendah dan buruk.

Tetapi manusia juga disediakan daya kemampuan untuk menentang, melawan, mengengkang dan mengawal daripada menurut nafsu rendahnya itu.
Manusia diuji dengan sifat terbabit bukanlah diminta supaya menuruti keinginan nafsu yang tidak ada batas kepuasannya tetapi untuk menghalang, mendidik dan memandunya sehingga mengenali diri, tabiat dan kelemahannya.

Dengan itu akhirnya diri mengenali Tuhan dan mentaati petunjuk-Nya dalam usaha mengatasi kelemahan supaya mereka benar-benar menjadi hamba dan mengabdikan kepada Allah saja.
Hanya dengan usaha terbabit nafsu di tahap ini akan dapat meningkat maju ke peringkat yang lebih tenang.