Monday, November 23, 2009

Selera kepada Kedondong, bunga Ros, Roti dan Susu


Besarnyer Baby ni yang dilahirkan seberat 6.15kg, menurut berita Selera Aisha Bee Yassin hanya tertumpu kepada kedondong, bunga ros, roti serta susu.

Wanita itu tidak menyangka hasil pemakanannya itu, dia dikurniakan bayi lelaki seberat 6.15 kilogram, dipercayai bayi terbesar yang pernah dilahirkan di negeri ini.
Malah, bayi seberat itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Alor Setar kira-kira pukul 2 pagi ini.
Menurut Aisha Bee, sepanjang kehamilannya, dia hanya menjamah nasi lemak setiap pagi untuk bersarapan dan amat gemar makan buah kedondong atau amra, bunga ros, roti serta susu.

''Saya boleh habiskan satu kilogram buah amra dalam sehari dan makan bunga ros merah dua hingga tiga kuntum dalam sehari,'' katanya.

Jelasnya, sewaktu melahirkan anak pertamanya yang kini berusia 13 tahun, bayinya itu seberat 3.9 kilogram manakala anak keduanya seberat 3.8 kilogram.

''Apabila sampai ke anak ketiga, berat bayi saya semakin bertambah iaitu empat kilogram dan anak saya yang keempat pula seberat lima kilogram.

''Yang kelima ini memecahkan rekod abang serta kakaknya iaitu 6.15 kilogram dan doktor menjangka jika saya mengandung lagi anak saya mungkin mencapai berat sehingga tujuh kilogram,'' tambahnya.

Dalam pada itu, suami Aisha Bee, Mohd. Ali Khan Razali, 41, berkata, dia sedikit terkejut apabila pertama kali melihat bayi lelakinya itu.

''Memang perut isteri saya agak besar dan saya ingatkan kami akan mendapat bayi kembar. Tak sangka pula bayi ini seberat 6.15 kilogram. Kelahiran bayi ini menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga,'' ujarnya.

Saturday, November 21, 2009

macamana Nak tahu Arah Kiblat


Kaedah melihat matahari terbenam tidak tepat

SUDAH semestinya umat Islam perlu menghadap Kaabah yang menjadi kiblat apabila mendirikan solat dan ketika dikebumikan selepas meninggal dunia.

Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.

Bagaimanapun, kekurangan orang Islam yang benar-benar memahami ilmu falak ketika ini menimbulkan persoalan bagaimana untuk menentukan arah kiblat yang tepat.

Ini kerana, ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.
ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.

Menyedari kesilapan itu, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia tidak lagi menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam. Malaysia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini, sebaliknya berpandukan ilmu falak syarie seperti yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


INFO: Cara mengukur arah kiblat

Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun
Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang
Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari
Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.

Wednesday, November 18, 2009

Minggu depan balik Kapung laa


ermmm sekarang ni aku dekat Jb lagi, sat gi balik semula KL, duduk 2 hari sahaja . Esok aku story yerr

Monday, November 16, 2009

Suatu Ketika dulu kami Bela Lembu dan kambing

LOKASI : KAMPUNG TANJUNG KASAU
TAHUN : 1984-1985 sekitar tu lah
Drama POPULAR WAKTU TU : OPAH

HAri ni Seperti Biasa lepas balik sekolah, petang sat gi nak pergi PAdang, Bermain laa per yang patut, BOla ker Nettball ker...kondang kandik ker..BILA dalam pukul 6.00 lebih tuu otai-atai dah start sepak bola ,budak baya aku dah kena halau dari padang, kaum Belia abang-abang aku ni pulak nk main BOla...jadi kami pun bermainla di tepian.
Aku pun balik laaa, rasa kelaparan laa pulak...aku bukak laa gebok (sejenis armari ada jaring-jaring letak lauk) ada laa lauk buat penyedap.
SUddely MAk dah sound, katanya seekor kambing tak balik kandang... Aduh masalah betul aku pulak kena cari.
Berbekalkan basikal ala BMx tapi bukak BMX tuu aku pun cergas dihujung-hujung kampung

HASIL Maklumat yang diterima kambing ada kat sempadan FELDA tuu, lalu adegan kejar mengejar pun terjadi. Sebenarnya aku kena bereskan kerja ni Kejapl lagi AYAH Aku balik kerja, kalau tak jumpa mau dapat back hand.
WAktu tu kami ada la bela KAmbing dalam 8 ekor kot, dan disebelah kandang kambing pulang ada Kandang Lembu. Pada Setiap petang waktu magrib macam tu, kena laa nyalakan api dengan kayu besar, lepas tuu letak bertimbun tahi atas tuu jadi sampai ke Pagi Api berasap. LEmbu pun dapat laa tido dengan nyaman.
DIbelakang kandang lembu seingat aku ada 3 pokok limau( macam limau madu) tapi kalau kaler tak merah masam laa rasanya. PUNyalaa lebat buahnyerr mungkin hasil baja lembu tuu kot.

Pada ERA tuuuu kampung aku penuh dengan lembu, tahi lembu bersepah macam COWBOy.....Lawak pun ada bila ingatkan. Akan tetapi itu dulu sekarang ni AKu rasa dah takder lembu kat Kampung aku. ASsalamualkiummmm

Tuesday, November 10, 2009

Belum Dilaksanakan Lagi Dan Kelam Kabut..........

CONTOH LUKISAN dari Autocad
Aku membaca cerita ini beberapa minggu lepas, kemudian Isu ni menjadi menarik dan mendapat perhatian. Ceritanyer begini Jabatan Kerja Raya sedang dalam proses percubaan kakitanagan yang bekerja sebagai Pelukis Pelan bekerja diRumah. Menurut berita seramai 35 orang kakitangan telah dipilih secara rawak, (aku rasa semua yang dipilih mestilah telah berumahtangga dan terdiri daripada kaum wanita....
Apa yang menarik di Sini belum pun program ini dilaksanakan beberapa Kesatuan dan NGO, yang aku rasa tak tahu langsung bagaimana pekerjaan ini dibuat. Mereka memberi protest dan idea yang ke belakang (ishhh ishhh). Aku memberi Pujian yang setingginya kepada Kementerian Kerja Raya dan Menteri Penuh Datuk Shaziman kerana berani melakukan idea yang menarik ini ....(bodek sikit mana tau dia baca hehehe)

Sekarang kita berada di tahun 2009 teknologi pantas berkembang, kerja-kerja Pelukis Pelan tidak lagi dilakukan dengan MANUAL. Perisian yang digunakan iaitu AUtocad yang terbaru tidak lagi seperti dulu. Sekarang tidak lagi perlukan Pen-pen Tecnical........Aku pernah buat Autocad ni, tapi dah lama tinggal tapi alaaaaa senang jerr lah. COMD yang aku ingat AR-array, de-delete, ex-extend, ZW-zomwindow,l-line....byk lagiiii

Sudah Potong ?...............


Kempen 'Sudah Potong' akhirnyer mencetuskan kontroversi apabila Ada orang yang prihatin membuat aduan kepada Kementerian berkenaan.....Sebenar kempen 'Sudah Potong' aku ingat dah berjalan beberapa bulan semua iklan dalam akhbar, Radio, dan Sepanjang Lebuhraya ada iklan ini. Aku tengok kempen diorang memang hebat hinggakan Pemain utama iaitu Streamyx telah cuak. Akhirnyerr mereka membuat kaunter Attack ...cuba tengok kempen terbaru Streamyx... "Mereka Dah Serang Dengan Menggunakan Perkataan yang sama"
BERITA hari ni berkenaan aduan tentang kempen 'Sudah Potong' seolah-alah mempermainkan 'berkhatan' itulah yang aku dengar. Sebenarnyer aku pun tak paham, apabila Berita Mengatakan Kerajaan akan menyiasat perkara ni. Mungkin perkara ini bila diperbesarkan dan disebut sehari-hari akan menjadi satu istilah yang bermaksud lain.

BAgi mereka yang tak tahu kempen 'Sudah Potong' ? Ini ialah kempen sebuah syarikat diberi Lesen Wimax, tak salah aku Pocket ONe kot.... mengikut cerita member aku line diorang memang laju, Walaubagaimapun aku memang suka ada lagi pemain-pemain dalam industri ini, maka kita sebagai pengguna akan mendapat faedah yang terbaik didalam kalangan TErbaik

Sunday, November 8, 2009

Malang Tak Berbau

Minggu ni beberapa kejadian tak diduga telah berlaku, 3 hari lepas semasa pulang dari JB tayar kereta aku pancit di Lebuh raya, Petang tadi pulak aku kena langgar laa pulak. Masalah tayar dah selesai 4 biji tukar tayar baru.... HAri ni aduh.......
Kejadian berlaku betul-betul depan rumah aku, sebuah kereta melanggar bahagian tepi pintu depan dan belakang...........................

Thursday, November 5, 2009

Minyak Dan Tol


Salam....Semalam selepas melepak dengan member aku dan bergelak ketawa, balik Rumah Kejap mandi lebih kurang...lepas tuuu termenung, dalam pukul 2.00 pagi aku pun bertolak ke JB sekali lagi, Pergi JB sebab BOS suruh hantar sekeping KAD dan bwk Orang Makan Tengahari Sahaja...Aku perlahan menyusuri Lebhraya Utara Selatan.....
Sorang-Sorang layan laa radio kesukaaan aku tuu RAdio Sinar, ye laah dah Otai ni layan laa lagu-lagu retro. Sepanjang perjalanan Memang Lori paling banyak laaa mungkin menuju Ke Singapore. Kadang-kadang tuuu Ada beberapa Kereta yang BOdoh dan tak Sabar dan memberi LAMPU TINGGI, yang ini pantang....sabar laa Lori depan tengah potong member dia ni, Ni dok main lampu tinggi kat aku. AKU pun menyirap laa, aku kasi dia potong, aku terus bukak Lampu tinggi Ikut rapat-rapat, ingat dia sorang jer samseng aku pun samseng jugak. Hehehee tapi kejap jer aku buat macam tuu...acah jerrrr

Minyak aku ISi 50 inggit jerr, tu pun dah penuh sebab minyak ada lagi. Tol Sampai ke Tol Jelai utara ehhhhh betul ker dalam rm40 inggit kot (nanti aku check)
aku benti beberapa kali dan tidor seketika dekat Mana entah. Tapi lama jugak perjalanan aku tuuuuu....layan perasaan.

Sekejap lagi dalam pukul 6.00 petang aku nak bergerak balik laa


Wednesday, November 4, 2009

Kasanova JUnior Pun Ada....Sekarang ni

KERETA IDAMAN

KALAU pembaca membaca akhbar tempatan pasti ada terbaca pesal Kasanova Junior, baru sahaja berumur belasan tahun, tapi dah 8 gadis bawah umur menjadi mangsanya. Aku rasa Budak ni pakai ilmu Hitam kot, cerita lanjut dalam METRO hari ni. DI sini aku berikan ciri-ciri Kasanova yang perlu dibaca untuk pengetahuan AM...Kalau nak tahu ciri ciri itu....

10 ciri lelaki kasanova..yang anda perlu tahu

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. Namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya.
2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa.
3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu.
4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri.
5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.
7. Apabila keluar dengannya, dia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu. Tetapi dia memang peramah dengan semua orang.
8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. Tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.
9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.
10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam

Monday, November 2, 2009

Berhati-hati Bila Mandi Air Terjun ni


Aku selalu baca dalam akbar atau berita dalam TV berkenaan Kejadian lemas dihanyutkan oleh arus deras semasa sedang mandi sungai atau pergi berkelah...Dalam perhatian aku kejadian ni selalu berlaku pada mereka yang jarang-jarang mandi sungai...kadang-kadang melibatkan kehilangan nyawa atau hampir-hampir......
DARI_kecik-kecik lagi orang tua dah pesan dah kalau nampak hujan atau gelap dekat atas tuu, janganlah pergi mandi sungai atau dok main-main tepi sungai, pulak Sungai atau AIr terjun tu tercorok dalam hutan.
Sebenarnya Lokasi Air Terjun atau air sungai yang jernih-jernih ni mana ada kat tepi kampung, selalu ni kena berjalan atau masuk ke satu temnpat dulu yang tidak berjauhan dengan hutan rimba.

Sebenarnya Air Hujan dari hutan memang laaa kadang-kadang kita peraasaan mula-mula jernih, tiba-tiba nampak sampah pulak....APa lagi lari laa menyelamatkan diri. Kepala air ni kalau datang terus deras air jadi keruh, Cepat betul air datang.........Sebenarnya Aku pun takder pengalaman menda-menda macam ni
Kalau hujan....tunggu apa lagi baliklaa

Namun aku bersimpati dengan kejadian budak UTAR yang dihanyutkan kelmarin


Sampai Johor Pagi Tadi...

Ini Dekat Mentakab..kalau datang sini Bau kuat dekat KIlang Getah
Dalam pukul 4 pagi tadi, aku gerak dari Kl menuju ke JB....mula-mula memang ngantuk gak melelong gak nampak gelap...gelap jerr, perjalanan lancar walaupun satu ketika aku mengantuk sangat sebab aku tak tido langsung, dalam kes-kes macam ni aku tak tido sebab kalau aku tido memang laa terbabas nanti, sampai JB dalam pukul 8.00 benti 2 kali....pastu jem setengah jam ada kemalangan Lori kat Hiway...

BILA semuanyerr selesai pukul 11 lebih masuk Hotel terus pengsan...tapi boring gak sebab member aku tak turun minggu ni, kalau dia ada boleh redah bandaraya....sebenarnya aku pun berapa arif jalan kat sini..

Esok mungkin gerak petang rasanya, sebab pagi Rabu Bos suruh pergi Mentakab pulak. Lapar laaa pulak JOm makan.....

Sunday, November 1, 2009

Kisah Mentua 3 Menantu


ALKISAH ada seorang ibu dengan tiga menantu daripada perkahwinan ketiga-tiga puterinya yang cantik. Si ibu mentua ingin tahu adakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mentua atau cuma anaknya saja.

Lalu dia memutuskan untuk menguji mereka secara perseorangan. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. He he he Kalau Nak Lebih lanjut sila...


Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu ke dalam laut. Si menantu tanpa berfikir panjang terus terjun menyelamatkan ibu mentuanya.

Esoknya ketika keluar rumah, si menantu pertama melihat kereta Nissan Livina diletakkan di depan rumah dan sehelai kertas bertulis: “Daripada ibu mentuamu”.

Giliran menantu kedua pula diajak ke tengah laut. Sekali lagi si mentua pura-pura terjatuh dari perahu. Menantu kedua terus terjun demi menyelamatkan mentua tercinta.

Esoknya di depan rumah menantu kedua melihat Toyota Alphard, dengan sehelai kertas tercatat tulisan: “Daripada ibu mentuamu”

Kini giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, si mentua kembali melakukan tindakan terjun ke laut. Tetapi, malangnya kali ini si menantu bercekak pinggang memandang ibu mentuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Dia berkata: “Rasakan!,” sambil memusingkan perahunya ke daratan.

Esoknya ketika menantu ketiga itu bangun, di depan rumahnya kelihatan Mercedes Benz S-Class terbaru berserta kertas bertulis: “Daripada ayah mentuamu.”

Lelaki & sperma tak relevan


Benarkah sperma tidak lagi perlu untuk mendapatkan zuriat pada masa depan?

TEORINYA - sel stem atau sel induk daripada sumsum tulang wanita diperoleh dan diaktifkan menjadi sel embrio sebelum dimasukkan ke dalam karung telur untuk mengandungkan DNA 100 peratus sel induk.

Bayangkan, jika teori yang dikatakan sudah terbukti melalui ujian terhadap tikus di makmal ini dilakukan pula ke atas manusia atau wanita? Apa agaknya reaksi atau perdebatan di semua peringkat - termasuk kemanusiaan dan pihak berkuasa agama apabila proses pembiakan manusia mampu dilakukan dalam bilik makmal dengan mengetepikan sperma lelaki?

Apakah sudah tidak relevan lagi sperma lelaki hingga perlu dicari alternatif lain melalui bagi mendapatkan zuriat?

Biarpun penemuan baru itu dikatakan merintis usaha menangani masalah kemandulan, namun jika dilihat, langkah itu meminggirkan lelaki serta membuka prospek kelahiran bayi secara tiruan bukannya semula jadi.

Malah, pengkritik antarabangsa turut memberi amaran perkembangan terbaru itu boleh mencetuskan kontroversi seolah-olah mengetepikan fungsi sperma lelaki.

Julai lalu, akhbar tempatan melaporkan saintis di Britain mendakwa berjaya menghasilkan sperma manusia daripada sel tunjang tapi pakar lain mempertikaikannya.

Penyelidik di Universiti Newcastle dan Institut Sel Tunjang NorthEast England dilaporkan berkata, mereka menggunakan teknik baru untuk menghasilkan sel sperma daripada sel tunjang janin. Sel tunjang mempunyai potensi untuk menjadi apa juga sel di dalam tubuh.

Ketua penyelidik Newcastle, Karim Nayernia, dilaporkan berkata, teknik itu akan membolehkan penyelidik mengkaji bagaimana sperma berkembang dan kemungkinan boleh membantu dalam merawat lelaki mandul. Hasil penyelidikan itu diterbitkan dalam jurnal Stem Cells and Development.

INFO:
Secara purata kira-kira 100 juta sperma terkandung dalam setiap ejakulasi lelaki.


Saiz buah zakar mempengaruhi bilangan sperma dan saiz melebihi 12 ml dianggarkan isi padu buah zakar yang sihat dan kurang dari itu mungkin menghasilkan kurang atau tiada sperma.


Kandungan sperma dalam air mani ialah antara dua hingga lima peratus. Sebilangan besar isi padu air mani ialah cecair dari pundi prostat (60 hingga 70 peratus) dan yang selebihnya dari pundi seminal, pundi cowpers dan pepundi dalam salur kencing selain cecair dari pundi epididimis.


Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratus sperma yang bergerak juga kurang serta perlahan atau lambat.


Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ejaculatory system.


Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut. Air mani hanya meleleh walaupun lelaki itu muda.


Berhenti merokok dapat mengubah komposisi ini. Ubat yang meningkatkan hormon testosteron mungkin dapat menambah bilangan sperma, tetapi sebaik-baiknya diambil bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.


Dalam hubungan seks, air mani diejakulasi ke hujung faraj. Sperma perlu berenang dari dalam faraj menembusi serviks (pintu rahim), merentasi ruang dalaman rahim menuju ke tiub falopio kanan dan kiri serta penghujung tiub ini untuk bertemu dengan ovum (jika ada) untuk membolehkan persenyawaan berlaku.


Kemungkinan kehamilan kembar lazimnya berlaku dengan pengambilan ubat kesuburan (jika wanita menghasilkan lebih daripada satu telur).