Aku dedikasikan blog ini untuk kampung Tanjung Kasau tempat kelahiran aku tempat aku dibesarkan, semoga kehadiran blog ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan Kampung Tanjung Kasau akan mencipta sejarah..terkenal seluruh Dunia
Tuesday, June 30, 2009
Kisah 'orang tak betul' mengenai pesawat angkasa
Cerita ni aku ambik dari Utusan Malaysia 30/06/09 surat dari pembaca jadi kalau rajin baca je lah alkisahnya. SAYA hendak sampaikan satu cerita berkenaan seorang lelaki yang dianggap 'tak betul' yang telah menghadiri ceramah yang saya sampaikan di USM Tronoh, 10 tahun yang lalu pada bulan Julai 1999.
Semasa seminar itu saya menyampaikan ceramah bertajuk Pelancongan Angkasa - dan percaya saya adalah orang pertama yang menyampaikan ceramah mengenai pelancongan angkasa di Malaysia.
Ceramah saya itu dihadiri oleh seorang lelaki (yang tidak diundang dalam seminar itu), yang berada di situ bersama-sama pelajar Sekolah Kejuruteraan Aeroangkasa USM dan beberapa orang pensyarah mereka serta pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 di sekitar Ipoh iaitu seramai 500 orang.Lelaki ini memang dikenali ramai oleh orang Ipoh kerana sering berada di halaman masjid pada hari Jumaat dan dia akan berceramah mengenai bidang matematik dan fizik. Dia memakai jubah dan serban dan meninggikan suara ketika berceramah serta kerap memberikan komen terhadap pembelajaran matematik dan fizik semasa.
Dia turut menyampaikan ceramahnya di pasar barang terpakai di Ipoh. Malah saya pernah terserempak dengannya di Seksyen 2 Shah Alam pada suatu hari Jumaat ketika dia sedang mencetak nota-nota ceramahnya - mungkin untuk ceramahnya di masjid di Shah Alam. Ceramahnya kerap menyentuh mengenai space travel. Saya sendiri pernah beberapa kali mendengar ceramahnya. Tetapi, disebabkan cara penyampaian ceramahnya, dia dianggap sebagai 'tidak betul' oleh masyarakat.
Saya memang menyedari kehadirannya ketika saya berceramah di USM pada masa itu.
Ketika saya minum dan makan bersama beberapa orang pegawai dan pensyarah pada waktu rehat, seorang daripada mereka memberi amaran kepada saya agar jangan melayan sebarang pertanyaan dari 'orang tak betul' tu. Saya tanya, kenapa, dan dia jelaskan bahawa 'orang tak betul' itu mempunyai kefahaman yang berbeza dari biasa terhadap konsep space travel. Saya bertanya, apakah konsepnya, dan dia memaklumkan bahawa, 'orang tak betul itu' percaya bahawa cara terbaik untuk melancarkan pesawat angkasa adalah dengan menggunakan konsep kapal terbang iaitu berlepas secara mendatar sebelum terbang menegak ke angkasa! Tapi pada hari ini, 10 tahun selepas peristiwa itu, konsep 'orang tak betul' inilah menjadi perhatian pereka sistem pengangkutan angkasa canggih, kerana itulah konsep pesawat angkasa (spaceplane).
Jadi saya merumuskan, 'orang tak betul' itu adalah antara orang Malaysia yang paling awal yang dapat memahami konsep spaceplane.
Pada hari ini, 'orang tak betul' itu masih lagi menyampaikan ceramahnya di pekarangan masjid pada hari Jumaat dan pasar barang terpakai pada hari Ahad di sekitar Ipoh.
STS-MC bercadang untuk memberikan beliau sedikit 'penghargaan' bersempena dengan Ulang Tahun Ke-10 Pelancongan Angkasa di Malaysia.
NORUL RIDZUAN
Institut Kajian Aero Angkasa Malaysia (STS-MC )
moralnya..jangan sesekali pandang rendah kat orang lain..tapi aku rasa, aku pernah jumpa la 'orang tak betul' ni kat central market.
Monday, June 29, 2009
Makan Tomyam di Betong
Terowong di bandar Betong Selamat datang ke Gerik
Sebenarnya Gerik ni dekat sangat dengan Betong, Kalau nak pergi Ke Betong dengan cara pemanduan yang merbahaya mungkin dalam setengah jam sampai la kot, sekarang ni pintu sempadan thailand-malaysia ditutup dalam pukul 7.00 malam, tapi aku rasa kalau dipanjangkan waktu sampai pukul 12.00 malam mungkin lengang la pekan pekan yang bersempadan dengan Betong ni. Bagi yang mempunyai kad pengenalan Ulu Perak ni cuma buat border post sahaja(aku rasa 10hingit kot) dan kalau dari daerah lain kena la pakai Passport antarabangsa. Tapi aku rasa bole dipermudahkan kalau kenal dengan orang-orang dekat situ atau yang bekerja di situ. Dekat Betong ni macam-macam ada, jadi tak perlulah aku huraikan dengan terperinci apa yang ada di tempat yang bernama Betong ni, cukuplah aku kata dah ramai saudagar balak, kontraktor, orang dan pencen dll kecundang dengan godaan disini. Walaubaimanapun kat sini kalau nak makan masakan Thailang memang la sedap dan murah, masakannyer tak sama dengan kedai tomyam kat malaysia ni. Aku suka sangat asam pedas ikan puyu campur dengan umbut nyior perr meleleh dihidangkan bersama air tebu dalam botol.

Saturday, June 27, 2009
Dulu-dulu Kg Tanjung Kasau pun ada Bendang
Sewaktu ketika dahulu kampung Tanjung Kasau ni pun ada bendang(sawah padi) aku rasa kali terakhir padi diusahakan di kg TgKasau pada masa tu dalam tahun sekitar 1984 atau 1985 kot jadi sesiapa yang lahir selepas tahun tu tak merasalah suasana bendang di waktu itu, itupun diusahakan oleh orang luar ditanah Cher Paklan (Nati aku tanya paklan namanya) yang kini menjadi tapak rumahnya. Tapi sebelum tu penepatan kampung tanjung kasau yang baru sekarang ni memang la bendang yang diusahakan oleh orang kampung, aku masih ingat lagi masa tu aruah tok Tayik yang ada kobotar tu(jentera memajak kecik). Masa tu ikan sepat ikan keli memang banyak(budak-budak baya aku cari ikan karing warna warni) sebab ada beberapa telaga lubuk ikan keli. Lepas tu dekat-dekat dangau(pondok) masa tu mesti ada pokok pelam telor. Burung wak-wak dengan burung sitar memang berkeliaran masa tu. Pada waktu itu bendang ditanjung kasau disaliri dari air sungai kenering dimana parit yang panjang dan dalam dibina,parit ini dibina dengat kederat orang kampung mengunakan cangkul dan kedang (aku belum lagi lahir bila parit ni digali).Kemudian sebuah empangan yang kecil dibina waktu itu berdekatan kebun tok belum agak jauh jugak bendang, dari sana air yang dialiri terus ke bendang orang kampung, hingga ke hari ini kesan dan tinggalan parit tersebut masih ada walaupun sudah tertimbus. Sebelum itu ada satu parit dari anak sungai yang dipanggil sungai Kasau mengaliri ke bendang( SG DEKAT UMAH PAKLONG MAT). Setelah beberapa lama, agak lama rasanya bendang ini terbiar dan tidak diusahakan. Kemudian apabila Kerajaan membina Jalan raya baru, sebahagian rumah penduduk terpaksa dirobohkan dan kerajaan membina jalan kampung baru merentasi kawasan bendang dan sebahagian penduduk berpindah ke tanah Bendang di mana terletaknya Kampung Tanjung Kasau baru sekarang ini.
Friday, June 26, 2009
Adun Yang diamanahkan di kawasan sekitar kg tanjung kasau
Tempat Jual Kueh Pasar Besar Gerik Dato' Termizi Bersama Dato' Mukriz disebuah majlis keramaian
Pada masa sekarang adun yang diamanahkan menjadi wakil rakyat di kawasan kenering ialah YB Toh Syahbandar Hulu Dato' Tn Hj Mohd Termizi Hj Idris yang telah berkhidmat masuk dua penggal, Penting disini Tanjung Kasau termasuklah dalam kawasan jajahan adun Kenering, tetapi malangnya Tanjungkasau masih banyak ketinggalan tidak diperdulikan dan diperkotak-katek dalam erti perubahan sebuah Kampung yang mahukan perubahan sebuah kampung yang indah dan berpontesi, berbanding kampung yang berdekatan. Aku tak tau lata belakangnya tapi tak silap aku, beliau dahulu bertugas sebagai pegawai KEMAS(kemas ialah sebuah badan dibawah Kementerian Desa Dan Luar Bandar).Kalau nak berjumpa dah hubunginya boleh berhubung dengan alamat ini. Pusat Khidmat ADUN Kenering, 33410 Lenggong Perak. No tel.05 7917826 Alamat e-mel. mtarmizi@perak.gov.my. Kali terkhir aku berjumpa dengannya di restoran kari kepala Ikan jalan gerik-baling. Nati kalau aku rajin aku detailkan lagi.

Thursday, June 25, 2009
Kisah Tok Janggut Dari Kg Tanjung Rambai
Sebenarnya aku selalu dengar kisah Tok Janggut ni bila sembang dengan org lama-lama kat kampung aku. Tok Janggut ni kira Legend la yang memang handal waktu tu, disini aku kisahkan serba sedikit berkenaan tok janggut yang diedit semula, aku ambik dlm http://kencanasari-masmerah.blogspot.com/
Nama penuh Tok Janggut ialah Haji Abdul Raja @ Razak Bin Kasiman . Beliau berasal dari Kerinchi Indonesia iaitu dari Sungai Penuh dan isterinya pula Kerinchi Ambai , keduanya adalah Ibu dan Bapa kepada Haji Abd Aziz Bin Haji Abd Razak . Beliau berdagang ke Kampong Tanjong Rambai Grik Perak iaitu 6km sebelum Pekan Grik, kalau dari tanjungkasau lebih kurang kot, diakhir hayatnya ketika Tok Janggut meninggal dunia ialah 112 Tahun, jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuboran Ampang ,Kuala Lumpur .
Semasa hayatnya dilantik sebagai ketua Kampong , ketika itu ramai perantauan dari Kerinchi Indonesia membuka tanah tanah baru dengan menanam Padi Huma atau Padi Ladang/Bukit dan selepas habis menuai baru ditanam pokok getah. Tok janggut juga terkenal dengan keberaniannya yang melawan komunis yang tiada tolok banding diantara perantaun Kerinchi dikala itu , ramai saudara maranya yang menetap/tinggal di Kampong Pasir dan Kampong Kemensah di Hulu Klang juga di Kampong Kerinchi di belakang Bangunan Angkasapuri sekarang ini. Tok janggut semasa semasa hayatnya berkahwin dengan Hajah Teh Amah Binti Daud dan dianugerahi anak seramai lapan orang tapi semuanya telah kembali ke Rahmatullah . Tok janggut amat tersohor di Ulu Perak dan hebat sebagai Bomoh yang mengubat penyakit dan juga menawar terkena Santau atau penyakit buatan orang. Tok Janggut hanya mengamal ayat ayat Quran dan beliau juga tidak memakan sebarang makanan terutama yang dibuat oleh bangsa asing yang bukan beragama Islam .Dibulan puasa pula tok janggut rajin berburu dan menahan jerat seperti pelandok dll . Di kisahkan pada tarikh keramat 13 MAY 1969(ketika rusuhan) Tok Janggut dijemput oleh Haji Othman yang isterinya bernama Hajah Halimah Mutahirin yang tinggal di Petaling Jaya, tujuannya untuk mandi minyak berbulan bulan lamanya iaitu di Balai Datok Harun, bersama Menteri Besar Selangor ketika itu disekitar Melaka, Kuala lumpur dan Selangor . Tok Janggut juga ada menerbit sebuah buku Amalan Tok Janggut yang diuruskan olih Ustaz Mohd Asri dan dicetak oleh Pustaka Muda Ipoh Perak .Mengikut cerita orang kampung Tanjung Kasau, salah sorang muridnya yang mewarisi kebolehan mandi minyak ni ialah Cher latif yang masih ada, kini terlantar di rumah dan ditemani isterinya Maklong. Aku pernah tengok masa cher Latif masih sihat dulu buat mandi minyak, nati kalau berkesempatan bolehla jengok cher.

Wednesday, June 24, 2009
Orang Tanjungkasau nak ke Shah Alam
masjid sultan salahuddin abdul aziz berdepan tasik shah alam
Shah Alam ni aku rasa agak besar tapi aku rasa macam kampung aku jugak seminggu atau sebulan sekali aku mesti pergi sana, lepak dengan geng-geng lama kat khalifah section 3, shah alam ni sebenarnya tempat yang paling boring sekali, kalau malam memang laa sunyi sepi. Masa aku duduk sana dulu, seberang hiway sempadan Taman Pertanian Bukit tu hutan la lagi sekarang ni penuh dengan rumah. Dulu sapa yang dok kat section 8 kira dok ulu la, macam dok kat sri muda section 24. Kebanyakan yang dok kat orang shah alam ni majoritinya melayu dari saudagar kaya, teknokrat,ahli politik, pekerja swasta, pekerja kerajaan, pekerja industri dan belbagai lagi, kalau kaum India yang banyak ada kat sekitar Sri muda atau alam megah, tapi tuu kat seberang sana dekat-dekat dengan kawasan perindustrian. Kalau pergi ke kawasan dari section 15 hinggalah section 36 banyaklah kilang-kilang besar kat situ. Tapi kat sini ada jugak perumahan seperti section 16, section 17, section 19 sampai la ke section 37 ehhh btl kot. Tapi kawasan perniagaan yang menjadi tumpuan kat sebelah tu mungkin section 18 sebab disitu mungkin banyak kemudahan seperti bank dan Giant didirikan. Dulu-dulu orang Shah Alam ada Kompleks PKNS shj sekarang macam-macam ada, cuma panggung wayang sahaja takda.(Sebab shah alam memang dari dulu lagi tk boleh dirikan menda-menda macam ni)
Kebanyakan saudagar-saudagar kaya atau bekas ahli politik tinggal di Section 9, section 7 atau section 8 dibelakang IPk tu section 3, sec 4, sec 6. Tapi yang femes mestilah atas bukit kat section 7. Nun di bawah bukit section 7 banyak perumahan baru berdekatan dengan beberapa Universti, dari situ bole keluar ke Bandar Klang. Kalau nak pergi Shah Alam jalan yang paling senang keluar tol Bukit Jelutong dari nkve atau lebuhraya persekutuan selepas tol batu 3. Atau dari Ipoh masuk melalui simpang kat rawang Lebuhraya Guthrie terus menuju ke Section 13.

Tuesday, June 23, 2009
Ketua Pemuda Gerik Yang Aku kenal
Ketua pemuda Umno Gerik dah lama aku kenal, masa aku sekolah kat air panas lagi, masa tu dia repeat ting 5 dan aku polak ting 1. Aku mula-mula tak la kenal dia tapi dia kenal aku sebab abang aku sebelum tu the Legend kat sekolah tu, Nama sebenarnya Mohd Faizul Mohd Dahan. Masa kat sekolah dulu budak-budak panggil dia Joedeng. Sebenarnya Joe ni memang hebat melukis dan kerja kerja berkaitan seni, masa tu kalau dekat pusat seni sekolah banyak la dipamerkan karyanya yang memang macam seorang pelukis sepenuh masa. Pada tu cikgu seni selalu memuji dan memberi segala projek sekolah padanya termasuk mural di sekitar sekolah. Joe kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari ilmu kemudian mengembangkan bakatnya sebagai pelukis, kemudian berniaga secara kecilan dirumah dan di Pasar seni. Dengan kebolehannya beberapa tahun kemudian beliau berjaya memperbesarkan empayarnyanya dengan membekalkan peralatan seperti pakaian kepada belbagai Kementerian kerajaaan. Kali terakhir aku berjumpa dengannya di perhimpunan Daulat Tuanku tempohari dengan rombangan pemuda dari Gerik. Sekarang menetap di cheras dan berulang alik ke Gerik untuk menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pemuda seperti yang teleh diamanahkan. Semoga Joe menjadi seorang Pemuda yang berwibawa dan berwawasan.
Aktiviti Berkaroeke di Gerik
dato' power la suara
Masa aku kat kampung ada jugak aku pergi ikut geng-geng otai pergi berkaroeke, sekarang banyak kedai makan berkaroeke sepanjang jalan dari kuala kangsar sampai la kat Lebuhraya timur Barat, Karoeke ni terbuka acara terbuka, siapa yang rasa suara dia sedap henjutlah berapa lagu pun. Kalau yang jadi ulat tu ada la koleksi lagu sendiri, siap bawak cd lagi tuu, bayaran mengikut jumlah lagu, aku rasa 2 lagu singit kot. Tempat karoeke ada kat Batu hampar, Bandariang, rumah kuning, R@R Bas camp, 3 rasa padang kunyit dan terbaru sekali tempat perkelahan lata lawin. Kebanyakan penyanyi utama ni otai-otai yang dah pencen atau masih berkerja dan budak-budak kampung yang minat untuk mengasah bakat mereka. Aku pernah ikut jugak aktiviti ni, memang lawak pun sebab semua berebut nak menyanyi dulu, ada jugak yang sedap suaranya ada jugak yang cuba sedaya mungkin menyedapkan suara. Kebanyakan tempat karoeke ni biasanya dibina jauh dari kampung atau dari rumah penduduk bagi mengelakkan gangguan suara penyanyi. Sebenarnya aktiviti sebegini mungkin bagi mereka sekurang-kurangnya dapat mengeratkan hubungan persahabatan atau keluarga dan merehatkan penat setelah kekerja.

Saturday, June 20, 2009
Projek Fertigasi cili kg Tanjung kasau
Projek Fertigasi Cili yang diusahakan oleh Tok IMam Isa (Rumah atas bukit). Sebelum itu aku detailkan lagi apa sebenarnya fertigasi .Fertigasi ialah(fertigation) berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “Irrigation”. Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.
Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.
Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan.
Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) yang mempunyai pH 6.5 – 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman.
Selain itu, tanaman kebiasaannya ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan dan serangga.
Baru-baru ini aku sempat melihat Projek Fertigasi Tok Imam yang baru bermula bulan lepas, aku dipahamkan olehnya kos lebih kurang rm7000 sebab tempat perlindungan(kanvas atap) dibuat sendiri, benda lain-lain seperti piping, timer, pump dibuat oleh Mentornya. Projek Fertigasi cili dia ni dibina ditapak sebelah rumahnya. Sebenarnya pada mulanya Tok Imam nak menanam sejenis Labu(fertigasi lah) tapi atas kos tinggi dan benih yang sukar di pasaran dia memutuskan untuk meneruskan Projek Fertigasi cili terrlebih dahulu.
Kedai Kopi Ara Damansara
Meleleh tgk lauk ni..tapi ni n.sembilan style (ikan keli disalai dulu)
Kat tempat aku ni ada satu restoran melayu yang diberi nama Kedai Kopi Ara (jln Subang Airport belah kanan) . Beberapa tahun lepas masa aku pertama kali lepak kat sini makanan yang dipersembahkan agak menarik dengan sentuhan berkonsep melayu. Pada masa itu aku tengok hiasannyer simple sahaja, Ada beberapa meja kayu besar dimeja utama. Meja dan kerusi panjang yang ditempah khas, kerusi panjang yang tinggi diletakkan betul-betul depan kaunter dan tempat membuat air, kat atas meja polak ada talam kecik letak kueh mueh tradisional. Di dinding restoran polak ada gambar-gambar poster seniwati melayu klasik dan didepan kedai polak ada basikal tua. Aku dengan kawan pun memesan mee rebus dan kopi (sedap gak masa tu la). Lauk-lauk kat sini polak dihidangkan dalam talam dan didatangkan panas-panas(diorang perangat dulu la).Pada waktu tu ada seorang otai menggoreng kawtiaw, ramai jugak orang kawasan tu beratur bungkus agaknya sedap la tu. Pada masa tu pekerja polak memakai songkok dan baju putih macam baju pagoda tu. Memang klasik la. Lagu polak diorang pasang lagu-lagu lama..lagu era 40an. Konsep macam kopiam tapi ala-ala melayu. Sekarang aku dengar cerita Tauke dah lain, sebab dulu aku tengok lama tak beroperasi. Aku pun dah lama tak singgah...

Friday, June 19, 2009
Kezaliman Chin Peng - "pengganas komunis potong kemaluan dan masukkan dalam mulut.."
PASUKAN VAT 69 YG PERNAH BERJUANG DI GERIK Lapangan Terbang Gerik
Jangan benar Chin Peng pijak bumi Malaysia!' - "Kalau Chin Peng balik, saya akan cangkul buang satu persatu tapak kakinya dari bumi Malaysia bertuah ini. Kalau tapak kakinya pun saya akan buang, inikan pula Chin Peng. Kalau boleh, saya akan minta orang buat jerangkap samar seperti yang saya kena dulu dan masukkan Chin Peng ke dalamnya biar berkecai tubuh badannya sehingga tiada secebis daging pun yang tinggal." Begitulah marahnya bekas anggota Rejimen Askar Melayu, Suparman Taib, 55, yang pernah berjuang menentang pengganas komunis sekitar tahun 1980-an dulu apabila mengetahui ada pihak yang beria-ia mahu membawa balik bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu ke negara ini.
Suparman kehilangan kaki kirinya dan cedera parah di kaki kanannya akibat terkena jerangkap samar yang dipasang komunis semasa melakukan Ops Bersih di Kampung Lalang, Kelian Intan dekat Keroh di Gerik pada 21 April 1981 semasa berusia 25 tahun.Menurut bapa kepada sembilan anak itu, walaupun tidak pernah berdendam dengan komunis atas apa yang berlaku kepada dirinya itu, dia tidak dapat memaafkan cara komunis membunuh anggota keselamatan dan orang kampung dengan kejam.
''Paling tidak dapat dilupakan ialah peristiwa anak-anak buah saya terkorban apabila trak dinaiki mereka diserang hendap komunis. Semasa ditemui, bukan saja telinga dikerat, alat kemaluan mereka juga dipotong dan disumbatkan ke dalam mulut," katanya.Sebab itulah, kata Suparman, Chin Peng tidak boleh dibenarkan menjejak kakinya ke Malaysia dan patut dibiarkan mati di luar negara.
Dia turut melahirkan kebimbangan wujud usaha pihak tertentu untuk menghidupkan semula ideologi komunisme di negara ini sehingga boleh menyebabkan peristiwa berdarah seperti 13 Mei 1969 berulang. ''Orang kena faham, walaupun komunis telah berdamai dengan kerajaan, mereka tidak menyerahkan senjata dan menyimpannya di tempat lain. Saya hendak tanya berapa ramai anggota PKM yang mempunyai 10 kekuatan menyerahkan senjata mereka,'' katanya.
Suparman juga tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu menggunakan istilah perikemanusiaan bagi mewajarkan usaha membawa balik Chin Peng.''Kalau kita bantu orang miskin, mangsa tsunami atau bekas perajurit yang kini hidup susah selepas cacat anggota akibat kekejaman komunis, itu barulah dasar perikemanusiaan,'' katanya.
(Dipetik dari Utusan Malaysia, 30 Mei 2009)
Dari Tanjungkasau Ke Damansara
Damansara ni dahulunya estet kebun getah seperti yang diceritakanlah, Kini ada macam-macam nama damansara kat sini mungkin strategi pemasaran kot. Pembaca mungkin pernah dengar Damansara Utama, Damansara jaya sebenarnya d.u dan d.j berjiran dengan jalan utama dan diapit oleh Damansara Kim yang bersempadan dengan Taman Tun. Kemudiaan muncul polak Damansara perdana bersebelahan dengan Mutiara Damansara, dekat mutiara damansara nilah yang ada The Curve dan Ikea, tesco dll bersebelahan polak dengan ONe Utama. One Utama ni polak bersebelahan dengan Damansara Utama diapit polak dengan satu perkampungan melayu iaitu Kampung Kayu Ara(ikut kiri dari tol D.J). Di tengah-tengah Bandar Utama dan Mutiara ada satu jalan namanya persiaran surian, jalan ni terus menuju ke Sunway Damansara sebelah kanannya dan terus ke Kota Damansara. Bila sampai ke hujung sekali akan ada satu jalan besar kalau belok ke kanan pergi ke sungai Buloh kalau kiri ke Kampung subang dan menuju ke Shah Alam. Kalau nak masuk damansara utama ni boleh masuk dari lebuhraya NKVE samada dari tol Damansara jaya atau tol Kota Damansara (Dari tol kota damansara ke kiri terus jumpa Mutiara Damansara). Damansara Damai berada hujung jauh sedikit ikut tol bukit lancan menuju ke Sungai Buloh atau dari Lebuhraya tol Sungai buloh. Tapi sebenarnya pembangunan Damansara bermula dari Pusat Bandar Damansara yang menjadi nadi pentadbiran satu ketika dahulu.
Thursday, June 18, 2009
Kenduri kahwin di kampung tanjung kasau
aku suka dgr lagu anita sarawak "Selamat Pengantin baru"
Sebenarnya dah lama tak makan kenduri kahwin di kampung aku ni, kali terakhir setahun lepas kot, Tiba-tiba aku nak kisahkan majlis gotong royong kenduri kahwin di tempat aku ni, sebab aku rasa menjadi tanggungkawab aku gotong royang mestilah dipertahan walau atas apa jua alasan sekali pun. Apabila majlis kenduri nak dibuat satu masyuarat dibuat terlebih dahulu kira-kira 3 minggu sebelum kenduri berlangsung. Dalam masyuarat yang dihadiri oleh orang kampung dan saudara terdekat ni akan membincangkan menu, kerja-kerja dan tugas yang diagihkan demi menyempurnakan kenduri secara tersusun dan meriah. Sebelum kunduri bermula memang laa kenkadang tu ada jugak drama-drama yang biasa kita tonton seperti dalam cerekarama (biasalah bukan senang nak mengembirakan orang ni), tapi itulah saat yang akan mengnostalgiakan lagi majlis ni pada masa akan datang.
Biasanya pihak tuan rumah akan menumbangkan seekor lembu atau kerbau untuk majlis ini, Pada petang, malam dan pada hari kenduri akan meriahlah dengan suasana gotong royong ini. Kehadiran saudara mara dekat dan jauh, orang-orang kampung, tetamu merubah suasana sepi seketika. Biasanya menu yang femes pada malam hari ialah sup tulang, dan beberapa lauk seperti kari ikan masin, sayur kacang bersama hati ayam berkicap. Sup dekat kampung aku ni memang lain dari yang lain. Sup ni hanya dicampur dengan daun kesum, lengkuas, bawang, serai yang dicicah dengan air asam.
Pada majlis kenduri pun tiba, tukang-tukang masak (tak tidur) dalam pukul 10.oo pagi telah siap menyiapkan lauk dan nasi pada hari tersebut. Biasanya menu dikampung tanjung kasau ini dan kampung sekitarnya ialah. Nasi semestinya Nasi minyak dan Nasi putih dan dikuasakan oleh Ayam masak merah, daging hitam(paling femes) kari daging, acar atau jelatah. Majlis akan berlangsung makan secara hidang maka berteraburlah saudara mara, org kampung melayan tetamu yang hadir.

Jangan Suka-suka Jadi Garentor
kereta idaman aku perrr... Kisah ni cerita lama tapi aku tulis sebagai iktibar kerana telah terjadi pada salah seorang ahli keluarga ku, Kejadian ni mungkin dah masuk 10 tahun lepas gara-gara tipu muslihat seorang mamat ni yang aku beri nama che ramon(bukan nama sebenar) che ramon dahulu seorang pegawai di felda berdekatan dan kumudian entah macam mana berkawan baik la dengan (salah orang ahli keluargaku ni), pada ketika itu ahli keluargaku ni menjalankan pernigaan secara kecil-kecilan dikampung seberang. Dipendekan cerita Che Ramon ni telah membeli sebuah kereta tak salah jenis volvo yang mana ahli keluarga aku ni menjadi garentor. Seperti yang diceritakan oleh aruah kak ipar aku si Ramon ni hanya membayar sekali sahaja ansuran keretanya itu, kemudiam kereta ni tersadai beberapa tahun. Pada ketika itu prosedur bank ialah tanggunjawab pihak garentor jikalau pembeli gagal membayar ansuran. Kemudian kes ni telah berlanjutan di mahkamah dan ahli keluarga ni telah di muf...(oleh pihak Insovenosi) perkara ni memberi beban yang sangat berat sehingga sekarang kerana perbuatan jahat che ramon(bukan nama sebenar). Sampai sekarang aku angin kat che Ramon ni yang pandai bermuka-muka dan sangat licik permainannya.
Tok Bomoh dikampung Tanjung kasau
Sebenar pada mulanya aku pung tak tau kat kampung tanjung kasau ni ada seorang Bomoh yang menjadi tumpuan ramai, dulu-dulu masa aku kat kampung aku selalu melihat kelibat seorang tua yang berjalan laju, kemudian aku pung menyiasat la siapakah gerangan orang tua ni, Semasa zamree membuka kedai makan diseberang jalan air mineral (skrag dah tutup) baru la aku tau kisah sebenar seperti yang diceritakan oleh orang kampung.
Pada satu petang yang indah tu aku pung pergi la rumah pakchu manaf dihujung kampung dan kebetulan Orang tua tersebut(yang jugak dipanggil cher) ada ketika itu, sambil pekena okok daun dan kopi 'o' kow aku pung bersembang la dan cuba mencungkil cerita dari 'cher', katanya 'cher' dah lama dok kat kampung ni dah berbelas tahun, dia duduk disebuah rumah seberang sungai tu dan mengambil upah menoreh(motong) kebun kepunyaan sorang pegawai kerajaan(kebun ni dulu org kg ponya dah dijual daaa). 'Cher' ni dah agak tua tapi masih kelihatan gagah dan hanya berpakaian kain pelekat sahaja.. aku kira umurnya dalam 80an kot, 'cher' tinggal kat situ bersama cucunya. Sebenarnya 'cher' ni orang Pattani tapi dah lama dah berhijrah kat daerah Gerik ni. Aku pon bertanya la pesal kebolehan dia, kata 'cher' ramai la orang luar datang untuk beriktiar seperti nak dapat kerja ker, nak kawin lagi ke, nak buang suwei ker, nak Scan ke,tambah power ke ..dan macam-macam lagi la. Kata pakchu manaf orang dari kell ell pun datang untuk berubat, kata 'cher' anak dato harun pernah sampai ke situ( dalam kepala aku power gak 'cher' ni). Kalau sembang dengan 'cher' ni kena terus terang jer sebab 'cher' ni kalau bersembang melalut tak tau punca, sampai aku pun hilang fokus. Pesan 'cher' kalau pergi umah dia bawak la gula sekilo ke, kopi ke.

Wednesday, June 17, 2009
Hospital Daerah Gerik
Bangunan lama dan bekas kakitangan
Bangunan yang telah di ubahsuai
Hospital Daerah Gerik adalah satu-satunya Hospital yang memberikan perkhidmatan dan rawatan kepada penduduk di Kawasan hulu perak. Namun begitu kini setiap mukim telah didirikan pusat kesihatan yang yang serba lengkap bagi memenuhi keperluan sekitar. Pada tahun lepas hospital Gerik menjadi tumpuan kerana Sepucuk surat dari pembaca yang menamakannya sebagai (pemerhati senyap) yang disiarkan dalam ruangan pembaca dalam akbar Utusan Malaysia. Dalam surat itu beliau menulis tentang kekurangan doktor dan perkhidmatan yang yang tidak cekap. Namun begitu pihak yang bertanggjawab telah mengatasi segala kelemahan seperti yang diudarakan. Disini aku sertakan sedikit gambar lama semasa era penubuhan Hospital Gerik suatu ketika dahulu.

Tuesday, June 16, 2009
Sekolah Rendah Kebangsaan Kenayat
Sekolah kebangsaan kenayat ni nama sahaja Kenayat tapi terletak di kampung tanjung kasau, sebenar aku pun tak tau tarikh yang tepat bila sekolah ni didirikan. Semasa aku bersekolah disini Guru Besar ketika itu allahyarham cikgu Yusof sampai la abis darjah enam. Pada masa itu jugak ustaz mokhtaruddn mat kaya yang jugak bekas ahli parlimen Gerik menjadi ustaz disitu. Sebenarnya sekolah ni tak banyak berubah cuma ada tambahan bangunan untuk makmal komputer dan sebuah bangunan baru, dan kedudukan sekarang yang terletak di bawah jalan. Sebenarnya dulu separas jalan kemudian Jalan raya baru dibina sebab itulah sekarang berada dibawah polak. Hari tu aku ada bertanya pada seorang kakitangan sekolah itu zailaini atau Ya yang jugak orang Kampung Tanjung kasau, katanya murid sekolah ketika ini ada dalam 97 orang dan guru dan kakitangan sekolah seramai 15 orang. Katanya ada cadangan menbina bangunan baru tetapi disebabkan kedudukan tapak yang terhad mungkin tak menjadi kenyataan. Semasa zaman aku dulu ramai murid kat sini dan mungkin barisan pelapis dah kurang jadi budak pun dah kurang. Sekolah Kebangsaan Kenayat telah banyak berjasa dan melahirkan ramai Orang-orang yang tersohor dan salah seorang yang ramai orang tak tau ialah Lt. jen(B) Rashid Bodiozaman(bekas ketua staff perisikan) yang sempat bersekolah di sini ketika abangnya menjadi guru.
Monday, June 15, 2009
Kenangan Terindah
Semasa aku bekerja dulu mula-mula aku pakai Motor jenis Honda Ex5, motor ni sebenarnya member aku ponya(pangkat abg la)sbb masa tu aku muda sangat. Aku angkat motor tuu pun bayar pelan-pelan kat dia lepas tu sambung bayar. Masa tu aku dok kat shah alam section 8 dekat dengan bukit cherakah tu, banyak kenangan kat Shah Alam aku pernah mengundi 2 kali kat sana lepas tu aku tukar ic alamat kampung balik dan mengundi kat kampung tanjung kasau. Aku masa tu kerja dekat damansara utama sebagai pelukis pelan, aku pun tak tau macammana boleh dapat kerja tu, tapi disebabkan aku masih baru kat situ kenkadang aku ditugaskan sebagai despach dengan menggunakan Ex5 aku tu lah. Walaubagainapun aku ni cepat belajar pada masa tu dept tempat aku kerja masih lagi menggunakan manual melukis pelan ni sedangkan dept sebelah(buat struktur) aku semua pakai komputer perisian autocad, tak salah Release 12 kot pakai Dos. Aku memang la bertekad mengubah nasib aku jadi setiap petang aku belajar la dengan OTai kat situ mcm Jeffri, Azhar, zen (selalu kena pow okok) sbb gaji pun ciput lagi masa tu(nak dpt ilmu bkn senang aku pekakkan telinga je). Aku ingat dalam masa 6 bulan aku lah paling power dalam Dept aku tu, memang aku khatam abis autocad tu sebab masa tu dept aku masa tu semua perempuan yg layak dipanggil kakak(JGN LA KERJA DGN POMPUAN KUAT MENGATA BELAKANG)dan diorang pun dengki la dan mula belajar autocad untuk menandingi aku, hehhee. Aku kerja kat sana mungkin dalam 5 tahun lebih dan banyak kenangan manis disana. EX5 itulah banyak berjasa pada aku, dalam 1/2 jam sampai la ke damansara ikut NKVE tu. Masa tu uptown baru dibina tak siap lagi, Dengan kegigihan aku bekerja waktu tu, aku dinaikkan gaji sampai 4 kali, zaman tu kerja macam aku memang tengah laku. Pada waktu-waktu akhir aku bekerja disitu aku telah kehilangan Moto EX5 kena curi belakang opis aku, sungguh kecewa aku. Waktu tu salah seorang member aku menyarankan aku pergi jumpa bapak dia seorang bomoh, lalu dia pun jampi la disuruhnya aku perah limau kat tempat moto hilang tu, aku buatlah tapi tak dapat pn moto aku tu. Semasa kegawatan ekonomi waktu itu aku telah diretrech dan berahirlah karierku sebagai pelukis pelan
Dari Gerik pergi Kelantan
Kalau nak beli ikan kelah kat org asli sini la port kt jeti tu.
thailand sebalik bukit tu (Dulu Laluan komunis)
Dari tanjungkasu ke Pekan gerik dan dari Gerik ke kelantan cuma mengambil masa 2 jam rasanya, sebab masa aku drive ke banding pun dalam lebih kurang 45minit. Lebuhraya Gerik-Jeli ataupun lebih dikenali sebagai Lebuhraya Timur-barat telah dibuka dalam tahun 1983 tidak silap aku. Lebuhraya ini dibina hampir 15 tahun untuk disiapkan, hingga kini dikatakan lebuhraya yang paling banyak dan tinggi untuk kos penyelenggaraan setiap tahun. Kemungkinan besar ini terjadi kerana Lebuhraya ini berada ditanah tinggi dan dibina di lereng bukit. Pada Hari perayaan atau cuti sekolah pasti ada kemalangan yang serius dan melibatkan kemalangan nyawa berlaku, aku nasihatkan pembaca yang baru pertama kali melalui lebuhraya ini mengambil berat dan berhati-hati memandu disini. Apabila melalui lebuhraya ni pasti melihat pemandangan yang menarik seolah-olah berada di sebuah daerah di switzerland, terutama sekali apabila melalui Tasik Banding. Di sini aku selitkan buktinya.

ZooM Malaysia ZooM Lawin Utara
aku cilok kat sini http://aini-ann.fotopages.com/
opss akak ni aku tak kenal la tapi pak dia aku kenal..
Apabila melalui kampung Tanjungkasau dari jalan besar engkorang akan jumpa satu simpang masuk ke Felda Lawin Utara, Kalau dari Gerik belok kanan dan kalau dari Lenggong sila belok ke kiri. Sebelum masuk Lawin Utara akan jumpa sebuah Minimarket baru dekat Lubuk bedil milik usahawan ikan bilis tersohor. Dari simpang itu cuma lebih kurang 5 minit perjalanan dan kalau berjalan kaki 1/2 jam daa. Felda lawin Utara diusahakan dalam awal tahun 80an, maksud aku diterokoi dan ditanam pokok getah dan kelapa sawit dalam tahun-tahun itu la. Penduduk Tanjung kasau dan Felda Lawin Utara agak rapat dan mengenali satu lain dan jikalau ada majlis perkahwinan di Lawin utara pasti pihak kampung tanjung kasau dijemput dan begitulah sebaliknya
Di Felda Lawin Utara ni terdapat sebuah sungai yang agak jernih, dan terdapat satu tempat perkelahan dan air terjun di situ yang dinamakan Lata Lalang. Kebanyakan penduduk Lawin Utara menggunakan air ini untuk mandi mandi dan gunaan seharian dengan menyambung paip yang besar diatas sungai dan terus ke rumah masing-masing.

Sunday, June 14, 2009
Tanjung kasau dan Tiak Baling
Nampak Gunung Kenerong dengan Gunung Krunai
Pada setiap kali hari raya aidilfitri aku dan rombongan keluarga akan pulang ke kampung Tiak. Kampung Tiak dan Tanjung Kasau agak senonim dengan orang kampung Tanjung Kasau. Ini kerana Peneroka-peneroka asal Tanjungkasau berasal dari Tiak jadi sehingga kini masih ramai saudara mara terdekat menetap di Tiak. Dahulunya untuk datang ke Kampung Tanjungkasau dari Tiak cara terdekat ialah melalui hutan berdekatan dengan menempuhi sempadan sebuah kampung di tengah hutan iaitu Kampung Tera. Kampung Tera kini hanya tinggal nama kerana telah ditinggalkan sekian lama namun waris-waris memiliki geran tanah di sana (dipercayai masih terdapat pokok durian dan tanah perkuburan disana). Kemudian jalan raya melalui pengkalan hulu ke baling dibina, waktu tu jalan agak berbengkok dan melalui banjaran dan memakan masa 2 jam bas kalau menaiki kereta agak kurang setengah jam kot (Bas israel tak larat naik gunung paku)sambil melihat kereta kabel membawa bijih di ketika itu. Pada hari ini sebuah jalanraya baru Gerik-tiak-Butterworth telah siap dibangunkan dan perjalanan ke tiak cuma kini cuma memakan masa 30 minit sahaja.
Kisah SIS yang kita patut tau
Disini aku petik kata-kata ulasan seorang pembaca bernama abikhsan dalam blog khirtoyo.com aku cedok serba sedikit isu sebenarnya.
Dan aku bersetuju dengan isu khirtoyo.
Pada pendapat saya, bukan isu nama Islam atau nama pertubuhan, tetapi ajaran apa yang diamalkan dan diperjuangkan oleh SIS ini.
Antara perkara yang mengguris hati saya sebagai orang Islam (tak tahulah perasaan orang lain) ialah:-
1. Orang kuat SIS kata dia tak akan berkahwin kerana tidak mahu menjadi hamba kepada suami/ lelaki. Tidakkah dia tahu perkahwinan itu fikrah sunnatullah. That's statement boleh dikira menghina sunnah.
2. Bila diajukan kenapa ramai SIS tak tutup aurat, maka dia mula berhujjah dalam Ayat Al-Qur'an ada ayat yang mafhumnya "Tiada paksaan dalam Agama (Islam). Maknanya lantaklah dia nak pakai tudung atau seksi, maka itu hak dia as provision dalam Al-Qur'an ikut pemahaman Ustazah SIS.
3. Sama-sama bersekongkol untuk penubuhan IFC.
4. Terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam kes Lina Joy (menyokong Lina Joy).
5. Terlalu memperjuangkan kesama rataan di antara gender Lelaki atau Perempuan.
6. Terlalu memperjuangkan hak asasi dan kebebasan. Contohnya seorang ibu bapa tidak boleh memaksa atau memukul anaknya untuk bersolah dan anak boleh saman ibu bapanya on this issue. Tak ke bangang tu.. Again akan keluar ayat "Tiada Paksaan Dalam Agama..."
7. Mencela pihak berkuasa yang menangkap pasangan berdua-duan di taman, kelab dan mempertikaikan konsep tangkap basah. Again akan keluar ayat kebebasan bersuara dan "Tiada Paksaan Dalam Agama"
8. Mempersendakan konsep poligami.
9. Salah sorang Mentor dia Ameena Wadud (Ex UIA) yang pernah jadi Imam kat Masjid New York. Dr Amina Wadud. She led a mixed gender prayer in New York, a few years ago (nst 18.02.09)
9. Banyak lagi lah.... tak kuasa nak tulis.
SIS baik dengan Ivy Josiah. Tak kisahlah nak berkawan dengan siapa... tapi tahu tak apa yang diperjuangkan oleh Ivy Josiah. Ivy Josiah Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita.
Dengan itu, saya bersetuju tidak kira resolusi puak atau parti mana maka kena tengok dan tegur juga apa yang SIS dok buat...

Saturday, June 13, 2009
Sekarang Ni Musim Petai
Yang ni aku tak suke
aku suke
aku suke
Tak salah aku sekarang ni musim petai, petai ni buat penyedap untuk menambah selera makan nasi, kadang-kadang petai ni ada dijual dikedai Pak Lan Matnoh, atau dijual oleh peraih petai dari kenayat macam saudara yahya, atau tukang panjat pokok petai yang tak asing lagi di TanjungKasau saudara Man menantu aruah cher Man atau zali cucu makwa(yang jugak berkobolehan mengurut) harga petai mengikut musim la sekarang dijual dalam lingkungan rm3.00 untuk 5 keping tak salah aku. Aku pun mempunyai sepohon pokok petai yang telah berbuah yang benihnya diberi oleh bapak kawan aku dari kampung Lalang, tapi ayah aku yang tanam kat Bumi hijau tu. Aku tak sangka dah boleh makan rupenyer.
Kenduri Di Petang Hari
Gambar hiasan
Dikampung aku Kampung Tanjung Kasau dan kampung sekitarnya tradisi kenduri untuk doa selamat atau kenduri kerana berniat sesuatu masih lagi diamalkan. Kalau musim durian kenduri kamir bersama pulut durian atau doa selamat mestilah dulu dibuat sebelum kita dapat menikmati buah durian tu. Kenduri doa selamat ni menu agak ringkas sahaja cuma pulut biasa, sambal ikan bilis, ikan kedara dan ditabur nyior kat atas pulut tadi. Menu untuk kenduri kamir polak, pulut biasa, santan, durian dan ada jugak disediakan sambal ikan bilis dan Pengat durian. Cara nak makan kamir ni buah durian hendaklah digaul dengan pulut ditabur santan sedikit gula dan digaul bersama-sama. kemudian makan selamba macam tu sahaja. Jikalalau ada niat yang PANJANG sikit, ada la pulut kuning dengan Ayam Panggang, pisang emas dan lain-lain. Kenduri ni biasanya dibuat petang hari, agaknya selepas waktu Asar dan cuma dihadiri oleh kariah surau dan saudara terdekat, almaklum la kecil-kecilan. Tapi kenkadang ada jugak menu tambahan macam meehoom goreng tetapi pulut dan ikan kedara jugak menjadi pilihan. dan diperkasakan dengan kopi 'o' kapung atau tea 'o'.

Pejuang Di Gerik suatu ketika dahulu
Bercerita pesal komunis ni, aku dulu-dulu 5-6 tahun lepas kot aku kenal dua orang ni. Seorang Mejar(B) Nayan dan sorang lagi Mejar(B)Hussin.Difahamkan waktu tu kedua-duanya bekerja dengan D'Aquarian Bhd. Kepunyaan seorang Datuk yang pernah bertanding YB tapi kecundang. Aku kenal diorang ni masa melepak sebuah restoran kat damansara utama, waktu tu petang-petang aku mesti ke situ (ada budak hong leong sungguhla lawa dtg makan waktu tu) Restoran mangga sekarang dah takder dah dijual jadi res cina, Opis diorang waktu tu dekat-dekat situ sekarang dah berpindah kat padang kota sunway damansara, Waktu tu petang-petang aku kesempatan la sembang dengan diorang ni. Aku selalu ajukan soalan pesal komunis dan pengalaman mereka, kata mejar Nayan (skrg dia kaya ooo org kanan datuk) waktu tu dia pangkat Leftenan Muda, katanya kenangan pahit yang paling sukar dia lupa apabila salah seorang orang bawahan terkorban akibat terkena jerangkap samar dalam satu operasi di lebuhraya timur barat gerik, dan katanya pada aku.. sampai sekarang dia masih terbayang kejadian itu. Waktu tu setiap kali lepak dengan dia pasti dia belanja tak sempat aku nak bayar. Agak lama tak jumpa dengan mejar ni, aku panggil mejar jer.
Kampung Belum Baru dan Kaitan Kampung Belum Lama (Royal Belum)
( gambar hiasan menggunakan teknik fotografik perisian adobe)
Penduduk kampung Belum Baru sekarang adalah merupakan keturunan asal Melayu Patani yang tinggal di Perkampungan Belum Lama sejak berkurun dahulu lagi di bawah naungan kerajaan Patani/Siam (Pemerintahan Raja Reman atau Raja Rahman). Pemerintah Inggeris yang menguasai negeri-negeri Melayu sebelum kemerdekaan dahulu telah mengambil Daerah Belum Lama ini dan meletakkannya dalam peta negeri Perak pada tahun 1909 melalui perjanjian British Siam. (Kampung Belum Baru ni hanya 10 minit dari Kampung Tanjung Kasau jalan menuju ke Lenggong)
Pada 16 Mac 1952 penduduk kampung Belum Lama telah dipindahkan oleh kerajaan British secara paksa ke penempatan sekarang iaitu kampung Belum Baru disebabkan pengganas komunis telah menjadikan kampung Belum Lama sebagai pengkalan dan tempat mendapatkan bekalan dan menghasut penduduk. Kampung Belum Baru mula dihuni pada awal tahun 1953.
Sejak dibawah naungan kerajaan Patani (Siam) lagi, daerah perkampungan Belum Lama adalah merupakan sebuah Daerah atau Mukim yang lengkap mempunyai Penghulu dan Ketua Kampung. Juga mempunyai kemudahan masjid dan sekolah. Pemegang jawatan ketua di perkampungan ini adalah mengikut pangkat jawatan di kalangan masyarakat Melayu seperti Tok Penghulu dan Tok Ketua (ketua kampung). Semasa orang Melayu Patani tinggal di Belum Lama, memang ada orang Asli tinggal di kawasan tersebut tetapi mereka tidak menjadi kaum dominan dikawasan tersebut sebagaimana juga orang Asli di tempat lain pada masa ini. Malah ada diriwayatkan bahawa pernah terjadi perbalahan di antara orang Melayu dan orang Asli di kawasan tersebut pada satu masa dahulu.
Hanya selepas tahun 1952 iaitu setelah orang Melayu dipaksa pindah ke penempatan Kampung Belum Baru sekarang barulah orang Asli mendominasikan kawasan tersebut. Pangkat jawatan seperti 'Tok Batin' adalah jawatan atau pangkat ketua orang asli. "Tok Batin” tidak digunakan untuk jawatan dalam masyarakat orang Melayu. Malah kebudayaan dan adat kaum orang asli adalah berlainan daripada adat orang Melayu. Hanya sejak kebelakangan inilah sahaja terdapat kaum orang asli yang mengikut adat orang Melayu kerana ada yang telah memeluk agama Islam dan telah bergaul dengan orang Melayu. (mengikut cerita.. dulu-dulu ada orang Belum Lama handal dalam bab sungai, ada cerita mengatakan semasa keganasan komunis ada yang boleh memasak nasi dalam sungai perrr hebat tu)
Di kawasan bekas penempatan penduduk Kampung Belum Lama masih terdapat kesan sawah padi, tali air, dusun buah-buahan dan kerbau liar. Lain-lain tanda bekas peninggalan bekas penduduk Kg Belum Lama adalah 11 kawasan tanah perkuburan Islam. Ini membuktikan bahawa ianya adalah bekas penempatan orang Melayu Islam yang mengusahakan sawah padi, ternakan kerbau dan tanaman dusun buah-buahan seperti Durian, Langsat, Rambai dan Bacang serta amalan mengebumikan jenazah secara Islam. Oleh itu, tidak timbul persoalan yang menyatakan bahawa terdapat bekas penempatan orang asli di situ kerana orang asli tidak melakukan perkara yang dinyatakan diatas.
Pada masa sekarang pelawat yang mengunjungi perkampungan Belum Lama berpeluang mendapatkan pengalaman semula jadi melawat penempatan orang asli dan lain-lain pengalaman di dalam hutan di kawasan Belum Lama kerana tiada lgi orang Melayu tinggal disana. Namun demikian untuk mendapatkan cerita sebenarnya sejarah masa lampau Kampung Belum Lama dan kaitannya dengan Kampung Belum Baru, pelawat bolehlah melawat ke Kampung Belum Baru. Adalah lebih relevan sekiranya bakal pelawat mendapatkan khidmat pandu arah untuk ke kawasan Kampung Belum Lama dari penduduk kampung Belum Baru kerana merekalah yang sebenarnya tahu asal usul Kampung Belum Lama.
Hampir 85% penduduk kampung Belum Baru sekarang adalah generasi baru kerana ramai dikalangan penduduk asal yang berpindah dari Lembah Belum telah meninggal dunia. Namun demikian bagi beberapa orang yang masih ada, walaupun kebanyakannya telah uzur tetapi masih lagi mempunyai daya ingatan yang baik dan dapat menceritakan kisah-kisah lampau kampung Belum Lama. Sementara itu pemuda/generasi baru penduduk kampung Belum Baru telah dibekalkan dengan pengetahuan berhubung dengan kisah/riwayat Belum Lama yang diperturunkan oleh orang tua mereka. Usaha ini dijalankankan agar tidak timbul salah faham berhubung dengan perkampungan Belum Lama yang dianggap oleh setengah pihak adalah bekas penempatan orang asli sedangkan penempatan Belum Lama adalah sebuah Mukim yang ditadbirkan oleh orang Melayu keturunan Patani yang sekarang ini adalah penduduk Kampung Belum Baru.
Sekiranya ada pihak yang berminat untuk melawat perkampungan Belum Lama, silalah datang ke Kampung Belum Baru kerana maklumat yang didapati adalah lebih tulen. Pada masa ini banyak pihak tertentu lebih mengutamakan ‘komersial’ dari cerita sebenar perkampungan Lembah Belum.

Operasi Pagar 1977 Ayer Kala Gerik
RUMAH WARISAN KAMPUNG KRUNAI SEKADAR HIASAN
Op Pagar 1977 in Ayer Kala, Gerik, Perak. We were in postion at the far bank of Perak River the whole night. At first light the next morning, we crossed Perak River with assault boats and assaulted the enemy position. The CTs had escaped during the night.
Gambar dan artikel menunjukkan tentera melakukan operasi di Ayer Kala pada tahun 1977, masa tu aku baru berumur 4 tahun.

Subscribe to:
Posts (Atom)