Friday, October 30, 2009

Laporan Bos Besar

salam sebenarnya cerita ni telah dipaparkan dalam akhbar tempatan minggu lepas. Dalam laporan ni menggambarkan kelemahan perbelanjaaan yang melampau dan membazir. Dalam laporan audit tu ada jugak Kes seperti Komputer yang berharga Rm9000 boleh dinaikan menjadi rm84,000 , memang tak masuk akal sekali....

BILA aku baca laporan tu lebih kurang banyak pembaziran yang dilakukan. Tapi sebenarnya bagi mereka yang menjadi pembekal atau Kontraktor kerajaan faham sangat permainan ni. Sebenarnya dah tak boleh nak betulkan lagi kalau buat betul-betul maka tak dapat kerja la nanti.
Aku rasa laa yang selalu mendapat habuan yang paling besar ialah 'pegawai yang yang bertanggungjawab' yang menandatangani PO tu, entah laaa. Kadang-kadang yang buat kerja bagai nak mampus ni dapat secepuk jerr, yang tugas sain lagi banyak ish ishhh.

Nanti aku tambah lagi

Sunday, October 25, 2009

Masjid Lama Kampung Kenayat


melalui jalan ni nanti jumpa la Empangan Temenggor, nampak dari tepi Lebuh Raya Timur-barat Gerik-Jeli Orang awam tak boleh masuk..boleh tengok jer lah..

Gambar Empangan Temenggor 30 minit dari kampung aku

salam.... sebenarnya aku jumpa gambar tapak masjid lama dekat kampung aku...Masjid baru nanti aku cuba cari gambarnyer yerr, memandangkan blog ni aku dedikasikan pada kampung aku, sesekali kenalah aku wal-walkan cerita-carita yang boleh aku gambarkan betapa cantik dan indahnyer kampung aku, barulah nanti bila pembaca berkesempatan di Daerah gerik, hati pun berkata "ohhhh ni Kampung Hang Nadim tuu.. Kampung Tanjung Kasau....

PADA hari ini aku nak kisahkan masjid ditempat aku ni, nama masjid ini masjid al-ahmadiah terletak dikampung kenayat. Tapi sebenarnya kampung kenayat ni cuma 500m dari kampung Tanjung Kasau rasanyer, masjid ini aku rasa telah berada di situ sejak tahun 50an lagi, mengikut cerita yang aku dengar tanah masjid ni telah di wakafkan oleh seorang peneroka asal kampung kenayat yang dikenali Tok Nebang tak silap aku(kalau salah tlg betulkan) .Pada tahun 2003 masjid telah didirikan semula dengan wajah yang baru hasil sumbangan seorang tokoh korporat dari Kuala lumpur. Namun kegagalan kontraktor yang bertanggunjawab telah menyebabkan masjid ni telah terbengkalai selama 2 tahun. Namun beberapa tahun lepas masjid ni gah dan siap sepenuhnya dan menjadi tumpuan jemaah dari kampung kenayat dan tanjung kasau, tapak asal masjid dengan kubah asal boleh dilihat didepan masjid. Di sebabkan masjid ni betul-betul berada di tepi jalan persekutuan, masjid ni menjadi tumpuan dari pengembara dari pelbagai pelusuk. Dari pengetahuan saya masjid ni telah didermakan tan sri shamsuddin kadir atas nama allahyarhamah isterinya puan sri sapura. Dari sumber yang aku selidiki Tan Sri shamsuddin kadir ialah bekas ketua pengarah telekom sebelum di swastakan, selepas beliau bersara dengan rakan baiknya Datuk Rameli musa pengasas ingress (merupakan penyokong kuat anuar ibrahim satu ketika dulu). Mereka menjadikan sapura sebuah syarikat telekomunikasi yang disegani dan menjadi vendor kepada syarikat besar. Bidang spare parts, pengangkutan, teknologi maklumat kepada kementerian pertahanan merupakan bidang mereka. Kini Tan sri telah bersara diambil alih oleh anaknya datuk shahrir shamsuddin. Sapura juga telah di anugerahkan lesen telepon cellular 017 dan menopoli telepon awam dengan jenama Uniphone pada satu ketika dulu. Ketika penstrukturan Renong mengambialih uniphone dan 017, Sapura mendapat sejumlah tunai yang besar. Dan ketika Renong hampir muflis sapura telah membeli unit oil and gasnya CREST dan diberi nama Sapuracreast Petroleum dan kini menjadi pemain besar dalam bidang minyak dan gas di malaysia. Tan Sri shamsuddin kadir telah berkahwin kali kedua beberapa tahun lepas dengan seorang wanita dari Iran yang cantik dan merupakan seorang eksekutif kanan. Kekayaan tan sri sukar aku gambarkan, dipercayai beliau juga mempuyai sebuah kapal layar di beri nama AL-Khaliq yang berharga puluhan juta. ohhh kaya kaya....terima kasih tan sri.

Laaa per pulak aku merepek ni

Pemimpin 'Artis' bawa Geng


Salam semua pembaca yang aku Hormati... tadi aku baca akhbar METRO ni, aku layan semua page...Lepas tu aku jumpa satu artikel ni bila aku baca menyirap gak laa darah aku, ada ke patut Artis ni mengamuk tak tentu pesal kat seorang warga 'TUA' . Mentang-mentang dia ni pemimpin satu persatuan, dia nak tunjuk samseng pulak, jadi marilah Kita TEKA siapa orang tu...Nak tau lebih

Apa yang AKu suarakan ini ada kena mengena dengan satu insiden yang membabitkan seorang penyanyi yang juga pemimpin sebuah persatuan tergamak menghina dan memaki hamun wanita berusia lingkungan 50-an.

Kejadian berlaku di sebuah restoran ketika wanita malang itu menikmati makan malam bersama keluarganya. AKU difahamkan, keluarga itu tiba-tiba diganggu seorang kanak-kanak yang boleh tahan lasak hinggakan meja makan hampir jatuh.

Wanita itupun bersuara meminta waris mengambil kanak-kanak itu tetapi tiba-tiba artis itu bangun sambil mencampakkan pinggan. Rupa-rupanya kanak-kanak itu adalah anaknya.

Isteri penyanyi itu turut menjerit dia pandai jaga anak dan menyifatkan anaknya budak yang aktif. Macam-macam caci maki keluar daripada mulut pasangan itu, malah keadaan semakin tegang apabila artis ini menghubungi dan meminta geng datang ke restoran itu.

Tidak lama kemudian, pengikut artis ini sampai dan duduk di meja berhampiran keluarga tadi. Bimbang berlaku perkara tidak diingini, seorang anak wanita tadi menghubungi keluarganya.

Ketika anak lelaki wanita itu sampai, isteri artis itu masih meradang. Namun keadaan mula reda apabila suami wanita itu sampai dengan ahli surau kawasan itu.

Suasana jadi sunyi sepi apabila anak lelaki wanita itu menghubungi abangnya yang bertugas sebagai inspektor polis.

Taring artis ini terus hilang apabila Inspektor polis itu bercakap dengannya melalui telefon. Dia hanya mampu mengangguk dan tidak lagi mengamuk bagai harimau lapar.

note : aku tukar nama penulis dengan nama 'aku' harap maklum


Thursday, October 22, 2009

KALAU laa AKU DAH KAWIN ?

Kalau aku dah kawin tentu hidup aku tak jadi macam sekarang ni, akan tetapi aku masih ingat lagi ada beberapa kawan aku pada waktu itu yang pandai membaca tapak tangan ni, seorang lelaki dan seorang perempuan. Aku rasa perkara itu berlaku mungkin 10 tahun lepas, semasa dia orang dok belek-belek tapak tangan aku ni.....diorang berpendapat aku akan menemui jodoh yang lambat bla bla dan aku bila bertemu Orang itu Memang Sayang Gilaaa....lagi ...mcm laaa....kesudahannya...SEkarang ni

KESUDAHANnya sampai sekarang aku tak kawin lagi, tetapi aku rasa semuanya secara kebetulan sahaja lahhhh, kalau nak ikutkan pada zaman itu ada laa gak orang yang menanti kata HIkmat dari Aku, tapi mungkin aku ni jenis (mana bole cakap).........ishhhhhhh Aku berada dalam TEKANAN sekarang ni, APA NAK jadi SAmpai Sekarang tak KAwin LAgi...

ADA CADANGAN TAK.....

Tuesday, October 20, 2009

Wanita cantik menyihatkan lelaki


Siapalah tak suka yang cantik, sebab cantiklah manusia mengejar kekayaan, nak rumah yang cantik, nak kereta yang cantik, nak wajah yang cantik..bak kata pepatah nak cantik-cantik jerrr .Tetapi bohonglah kalau tak memandang yang cantik....nak tahu klik yerr
WAHAI lelaki, ada berita baik untuk memastikan kesihatan terus terpelihara. Mudah saja, selalulah bertemu atau berdampingan dengan wanita cantik!

Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.

Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan berkurang seiring pertambahan usia dan tempoh hubungan.

Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.

Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali yang memikat hati.

Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.

Di sinilah satu fakta menarik ditemui. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.

Tetapi berbeza pula apabila responden terlibat bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga 7 peratus.

Penjelasan mudahnya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih bugar.

Ternyata lebih menyihatkan tubuh badan selain tentunya membahagiakan ketika bersama wanita cantik berbanding melepak dengan rakan lelaki seperti yang selalu dilakukan oleh lelaki Malaysia di kedai-kedai mamak.

Elok Jadi pisau cukur Dari buang Anak luar Nikah


Aku ada baca lebih kurang sinopsis Filem Melayu yang ditayangkan kat pawagam sekarang ni Gadis Pisau Cukur ker tajuknyerr, sebenarnyer kalau dekat KL ni berlambak ishh ishh cuma tak tahu jer, ye lah nak senang cepat. Dengan Kecantikan dan personaliti yang ada mereka bijak sekali memilih mangsa mereka, tapi ok lahh jugak sasaran mereka bukannyer orang sebarangan,
selalunyer mereka yang bergelar Datuk, ahli perniagaaan atau orang yang mendapat Durian runtuh 'orang kaya baru' ...Ehhh jangan laa marah aku ...betul per

Begitulah Sinopsis yang aku baca dari surat khabar tentang filem tersebut lokonan mantap Fazura dan Maya Karin. Akan tetapi janggut aku kalau tak dicukur seminggu atau ditrim muka memang tak emsem..heheheee
MUNGKIN seperti dibawah
Misalnya, seorang wanita yang berpendidikan tinggi dan mendapat pekerjaan yang bagus pasti tidak akan berkahwin dengan lelaki yang lebih rendah daripada martabatnya itu. Berkemungkinan dihalang oleh ibu bapa atau malu dijadikan bahan umpatan orang lain.

“Ibu bapa moden sekarang ini juga semakin memilih dan cerewet tentang bakal menantu mereka. Perkara utama diambil kira adalah pekerjaan, gaji, status calon lelaki itu sama ada layak atau tidak untuk menanggung hidup anak perempuan mereka,”

“Tidak semua wanita pisau cukur itu hidup bahagia dengan perjalanan hidup mereka. Ada yang menderita, menyesal dan bertaubat atas kelakuan mereka. Walaupun sebelum ini, motivasi mereka jelas (untuk mendapatkan lelaki kaya) tidak bermakna mereka tidak mempunyai moral atau tiada panduan moral,” aku cilok jerr.....

Berbalik pada tajuk Anak Luar Nikah ni, dimana boleh kata saban minggu dan selang beberapa hari ada sahaja kes seperti itu, aku pun konpius macama ner laa gadis-gadis yang mentah ni dan kebanyakkannye masih menuntut diinstitusi tingggi kemnudian terkandas begitu mudah terpedaya, dan merelakan, terpedaya, sakit kepala, kepada cinta. Ohhh cinta
kemudian Mengandung......adussssss pening aku. Kalau nak tahu kebenarannyer selalu lah baca surat khabar

Wednesday, October 14, 2009

Baru balik Dari Sungai Petani

salam ...aku baru sampai dari sungai petani pukul 1.00 pagi sat ni, bertolok dalam sekitar 9.45....dengan kelajuan 1.30 km/s ermmmmm kadang-kadang lebih, aku ke sana mengikut Bos melihat kerja yang bakal dilakukan di Kem Sg Petani dan Kem REg Sempadan
....Kami Bermalam di sebuah hotel di Sungai Petani....tak per laa Esok aku sambung, Sebenarnya walaupun aku orang Utara aku tak pernah masuk Sg Petani ni.....Ohhh Aku hampir lupa Esok aku ada satu lagi Projek Pulut Kuning untuk datin hari tuuu, janji nak buat kelmarin tapi aku tangguhlah sebab takder kat sini,
Walaumacamnapun biaq tido dulu, mimpi indah-indah...see yaaa

Sunday, October 11, 2009

AKu Pergi Kedah Naik BAS Sani Express

Jumaat malam kelmarin aku berangkat Ke Alur Staq, aku redah jerr tiket Bas pun tak beli masa tuuu, tiba di hentian jalaN Duta aku terus menuju ke Kaunter SANi Express...mujur ada tiket lagi (tapi sebenarnya banyak lagi tiket berapa banyak Syarikat Bas kat situ) lepas aku beli tiket ..tiba-tiba ada Orang panggil aku " abang' abang" konpiusnyerrr .....sebenarnya nama timangan aku dari kecik sampai besar panjang ni Orang tua, saudara mara, orang kampung panggil aku 'abang'.........bertuahkan aku ?


RUPA-RUPANYA Pak saudara aku satu keluarga baru sampai dari kampung, tengah tunggu anaknya dtg ambik, datang untuk menghadiri Konvo anak bongsunyerr Di UIA dan melawat anak menantu yang bekerja di Kolompo...salam lebih kurang sembang lebih kurang diaorang pun gerak lah.
Semasa beli Tiket Bas Sani tadi aku pilih Seat kat Atas ..yelah tak pernah naik bas dua tingkat ni. Dalam hati mintak-mintaklah satgi dok sebelah awek bolehlah ayat lebih kurang...tapi hampeh nasib tak menyebelahi, ponyalah ramai tapi balak gak sebelah aku.
Setelah Tido semalam di aLur staq Aku pun bawak lah kereta lama aku pulang ke Kampung Di gerik, lepak makan sat...jumpa kenkawan lebih kurang terus aku gerak ke Kolompo sebab esok nak ke Mentakab, Pastu malam nak Sg petani Pulak kena tido sana, BOs nak jumpa Orang Besar hari Selasa, malam dah ada KL kot ..............see u when i see u...muaahhhhhhh

Wednesday, October 7, 2009

aku nak tulis Apo nii...

aku blur betul....tak tau nak tulis apo hari ni...

Sunday, October 4, 2009

Projek Pulut Kuning Daging Rendang


Beberapa hari lepas aku menerima panggilan dari seorang Mak Datin ni, Sebenarnya Mak datin ni aku dah kenal lama dah, Semasa dia bekerja dengan Sebuah Kementerian lagi sampailah dia bersara sekarang, Dulu-dulu dia selalu order pulut kuning kat aku ni, selalunya dia Order dalam 280 bungkus, aku jugak ditugaskan mengagihkan pulut kuning ni ke Masjid-masjid berdekatan. Nak membungkus ni pun mencabar gak... Aku dah lama tak buat kerja macam ni, dulu-dulu senang jer sebab asistant-asistant aku jer yang buat. Sekarang ni akulah buat semua....dah nak pitam dah ni. walaubagaimanapun Rendang dah aku tumis...cuma tugas seterusnya mencari ayam dipasar Borong sekejap lagi, Sebenarnya nak kukus pulut ni pun renyah gak pekerjaaannya. Seeloknya kukus dalam 2 atau 3 kali baru mantap. Kalau nak tau resepi klik jer

Bahan-Bahan:
1 kg pulut
2 biji kelapa (diperah santan pekat sebanyak 2 cawan)
Garam secukup rasa
4 cm kunyit hidup (ditumbuk dan diperah airnya)
2 helai daun pandan (disiat) 1 helai daun pisang (untuk melapik pengukus)
Air kelapa (daripada sebiji kelapa)
Air sejuk secukupnya
4 keping asam gelugur
Cara:
Rendam pulut semalaman dengan campuran air kelapa, air sejuk dan juga air perahan kunyit hidup.

Sesekali gaulkan, agar kunyit bercampur rata.

Panaskan air di dalam periuk kukusan sehingga mendidih, masukkan daun pandan yang telah disiat-siat, lapik bekas pengukus pulut dengan daun pisang yang dilubang-lubangkan agar wap dapat menembusi pulut.

Tuskan pulut dan letakkan ke dalam bekas pengukus, tetapi jangan dipadatkan. Cucukkan dengan batang sudip kayu agar pulut tidak menutupi lubang kukusan dan kukus sehingga ia masak.

Turunkan bekas pengukus, arun pulut dengab santan yang dicampur garam dan kukus sekejap. Bolehlah dibentuk dan dihias

Saturday, October 3, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah...Kisah Hang Nadim


Aku sebenarnya baru balik dari OPen House rumah Pak saudara aku tadi, sampai 12.30 mlm aku pun berangkat pulang, sebelum tido ni aku nak posting laa satu artikel untuk pengetahuan Am, Sejarah dahulu kala dan Siapa Sebenarnya HAng Nadim ...jadi kalau mung nak detail...bacalah Al-kisah..
DALAM Hikayat Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu , Hang Nadim adalah seorang kanak-kanak lelaki Melayu yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dalam menyelamatkan Temasek (kini lebih dikenali dengan Singapura) daripada serangan sekumpulan besar ikan todak; bahasa Inggeris: (spearfish).

Mengikut hikayat, pada suatu ketika, ikan todak telah menyerang kebanyakan masyarakat Melayu Asli yang tinggal di sekitar perairan pantai Tanjong Pagar sehinggakan ramai masyarakat Melayu Asli tersebut telah menemui ajalnya akibat dari serangan Ikan Todak yang bertubi-tubi. Serangan Ikan Todak ini dikatakan mula berpunca daripada tindakan Sri Maharaja yang telah menghukum bunuh Tun Jana Khatib (merupakan seorang alim dan warak dalam menyampaikan ajaran Islam di bumi Temasek, namun tindakan dakwahnya itu ditolak oleh Sri Maharaja dan penduduk kampung). Kini terdapatnya sebuah kem di Singapura yang diberi nama Khatib Camp, bersempena nama Tun Jana Khatib, ia terletak Sembawang Road, Singapura. Dikatakan juga di kem tersebutlah Tun Jana Khatib telah dihukum bunuh oleh Sri Maharaja. Akibat angka korban nyawa yang semakin meningkat akibat serangan Ikan todak, maka Hang Nadim yang masih kecil itu telah mengesyorkan kepada pemerintah Temasek ketika itu untuk membina sebuah tembok panjang dan tebal berasaskan batang pisang mengelilingi pantai yang bertindak sebagai penghadang daripada serangan ikan todak. Syor Hang Nadim itu diterima baik, lalu kerja-kerja pembinaan diusahakan, hasilnya tuntas dan berjaya. Banyak ikan todak telah tersangkut muncungnya pada batang-batang pisang.

Berdasarkan lagenda, Tanjong Pagar, Singapura merupakan tempat di mana berlakunya kisah serangan dan penyelamatan tersebut. Perkataan pagar diambil sempena kisah pembinaan pagar tembok daripada batang pisang untuk melawan serangan ikan todak.

Atas kejayaan yang memberansangkan, Hang Nadim telah diberi pujian dan penghargaan oleh masyarakat Tanjung Pagar khususnya dan rakyat Temasek amnya. Hang Nadim juga telah diberikan pingat jasa bakti tertinggi darpada Mahkamah DiRaja atas hasil ideanya yang bernas itu. Hal ini telah membuatkan segelintir ahli tertinggi Mahkamah DiRaja yang lain berasa iri hati dan tidak puas hati dengan penghargaan yang diperolehi oleh Hang Nadim. Maka mereka telah bersepakat untuk membunuh Hang Nadim dengan cara membuangnya ke dalam laut dan dibiarkan Hang Nadim mati lemas. Akhirnya Hang Nadim telah menemui ajalnya di dalam laut akibat khianat pada umur semuda tujuh tahun.

Lapangan Terbang Hang Nadim di Batam, Indonesia dinamakan sempena nama budak pintar tersebut.

Selain itu terdapat juga Laksamana Hang Nadim, anak kepada Laksamana Hang Tuah dan merupakan pahlawan Melayu Melaka yang berjuang melawan kedatangan penjajah Portugis. Korvet Kelas Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia KD Hang Nadim dinamakan bersempena Laksamana Hang Nadim

Friday, October 2, 2009

Kampung Tanjung Kasau Banjir Raya ke 4

Sebuah tempat Perkelahan Dekat Kampung Aku
Air sungai dah melimpah jap lagi Banjir la
Selepas Jambatan itu ADA jual Ikan Pekasam
sapa nak Mandi bawah jambatan lokasi sebelum Ke felda Lawin Selatan. Sungai ni jernih sejuk...
Sebenarnya rumah kat Kampung aku betul-betul dekat Sungai, Kalau Waktu kemarau pemandangan agak cantik gak, Tapi kalau waktu hujan-hujan sekarang ni biasala Berbecak laaa..org kapung kata LECAH. AKU imbaukan kembali kira-kira 25 tahun lepas air kat sungai tuu hari-hari jernih, ada Ikan Sebarau, Ikan Tengas, Kalau ada Lubuk tuuu ada gak Ikan Keli. Dekat Lubuk Labi-labi pun ada, Orang cina saja yang makan lelabi ni. Sekarang Semua species ikan tuu susah nak jumpa kat sungai tuu, kalau ada pun mungkin tersesat parking kot. Salah satu faktornyer dari aktiviti pembalakan la....
AKIBAT AKTIVITI pembalakan ni kalau hujan lebih kurang pun kat atas, Air sungai tuu cepat sangat melimpah jadi pekat macam Tea Susu, Spcies ikan ni pupus pun sebab kerja Orang-orang berdekatan jugak. Dulu-dulu dia Orang Pakai Roket nak tangkap ikan ni, roket tuu sejenis bahan letupan la...senang nak buatnya tapi aku tak belajar abis. Lepas tu ada yang pakai Tuba(sejenis bahan yg digunakan menyebabkan ikan terus koma).Lepas tu ada gak yang pakai Karen(elektrik) menggunakan Generator kecil dihanyutkan dengan pelambung. Kaedah ni menyebabkan semua ikan terus jalan(mati) termasuk benih-benihnya sekali.. ishh ishhh mana tak pupus. Stupid ponya orang...

Berbalik cerita banjir ni, Tahun lepas pernah berlaku banjir paling Besar kat kampung Aku. Ada aku tulis dalam artikel yang lepas. Minggu lepas hari Raya ke 4 petang rabu tak salah aku, hujan dari pagi sampai petang.
Aku tengok sungai tuuu pun melimpah laa....tapi banjir tak laa teruk sangat. Tapi letih laa jugak...........

Thursday, October 1, 2009

JanJi LeLaki Yang Dah beristeri Kepada ' MANGSAnya'


Berhati-hati dengan segala janji manis lelaki yang sudah beristeri, takut nanti anda pula terjerat dengan penipuan cinta keduanya..... Sebenarnya aku dulu pernah tanya kepada seorang Gadis ni, "Dah tau mamat ni dah ada bini apesal ko nak jugak" katanya mula-mula kawan sajer...Tapi hari-hari dah jumpa, bermanja kemaruklah jadinyer. Yelahhhh sedangkan batu pun boleh berlubang kalau disirami air setiap hari, inilah kan pulak hati manusia...artikel ini aku tujukan kepada gadis-gadis diluar sana buat pedoman kalau sudi...klik

SEPERTI pasangan yang belum berkahwin, mereka akan berusaha menyakinkan kekasih hati dengan godaan janji manis. Justeru, lelaki yang beristeri sanggup berbuat apa sahaja untuk memujuk rayu cinta keduanya dengan janji manis bagi menjerat wanita kedua yang bertahta di hatinya.

Benar apa yang diungkapkan, setiap bicara kata manis lelaki mampu melenturkan hati kekasihnya. Namun, anda harus berhati-hati dengan janji manis mereka, takut nanti anda dijerat masuk ke lubuk percintaan kali keduanya. Berikut kata-kata manis lelaki yang sudah beristeri untuk memikat wanita kedua yang hadir dalam hidupnya.

“Saya akan menceraikan isteri”

Janji itu seringkali dilafazkan oleh lelaki yang bergelar suami. Adakah janji itu akan ditunaikannya? Sayang sekali, kebanyakannya tidak mahu mengotakan janji. Pelbagai alasan diberi termasuk kes perceraiannya masih di peringkat penyelesaian di Mahkamah Syariah. “Sabar ya… sayang, proses perceraian itu akan selesai tidak lama lagi,” begitulah antara kata-kata manis yang dilontarkan lelaki setiap kali anda menagih janji.

Bercerai bukannya satu perkara yang mudah bagi seorang lelaki. Umumnya, mereka akan memilih untuk kekal dengan perkahwinan pertama berbanding perceraian walaupun kebahagiaan yang dicari selama ini gagal. Apatah lagi, sekiranya lelaki itu telah dianugerahkan cahaya mata.

Ini kerana, lelaki seringkali bimbang kehilangan anak-anak apabila bercerai.


“Saya berjanji akan mengahwini anda”

Ramai daripada kita seringkali tertipu dengan janji-janji sebegini. “Tenang ya… sayang, tidak lama lagi saya akan menikahi anda.” Inilah ucapan berulang kali yang akan dilontarkan lelaki sebagai satu cara untuk menunjukkan keseriusan dan ketaatan kepada anda.

Janji mengahwini kekasih terpaksa dibuat supaya si dia tidak berpaling arah pada cinta lain. Soalnya, bagaimana lelaki itu harus memberikan komitmen kepada anda, sedangkan dia terikat pada komitmen terhadap isteri dan anak-anaknya. Anda perlu menerima hakikat bahawa hanya segelintir lelaki yang benar-benar akan menceraikan isterinya semata-mata untuk menikahi kekasihnya.

“Saya akan bawa anda ke rumah”

Janji itu biasanya dilafazkan sebelum anda mengetahui tipu helahnya bahawa dia adalah hak kepunyaan orang lain. Dia berjanji akan menceraikan isterinya dalam masa terdekat tetapi tidak mungkin itu dapat ditunaikannya. Sekiranya anda bertanya bilakah dia akan menetapkan tarikh perkahwinan, biasanya lelaki itu akan mencipta pelbagai alasan termasuk terlalu sibuk dengan kerjaya. “Saya memerlukan masa yang sesuai” atau “saya semakin sibuk sejak kebelakangan ini,” adalah antara alasan yang kerap bermain di bibirnya.

“Saya pasti datang ke rumah anda”

Bagi lelaki yang beristeri, bertemu dengan kedua-dua ibu bapa kekasihnya akan mengundang risiko yang besar. Pertama, ia menandakan keseriusan hubungan anda dengan dia, sedangkan dia sudah mempunyai komitmen lain. Kedua, dia belum bersedia berhadapan dengan pelbagai pertanyaan yang akan dilontarkan oleh ibu bapa anda. Dia berasa takut apabila statusnya terbongkar. Maka, dia akan menghindari segala perkara yang tidak diingini. Dengan itu, dia akan memberi janji manis untuk bertemu dengan ibu bapa anda, tetapi tidak sedikitpun berniat untuk berjumpa dengan mereka.

“Cuma kamu yang ada di hatiku”

Ucapan ini akan membuatkan anda terawang-awang. Dia tahu bahawa kata-kata seperti itu akan membuatkan perasaan anda cair. Tetapi, sebaiknya jangan mudah percaya dengan kata-kata itu. “Hanya kamu yang ada di hatiku?” Ah, itu satu pembohongan besar. Selain anda, di hatinya masih ada anak-anak dan isterinya. Malah, anda juga perlu tahu, merekalah yang mendapat tempat terbesar di hatinya.

“Aku akan membahagiakanmu”

Kalimat ini hanyalah janji-janji manis untuk dirinya. Dia tidak mampu membahagiakan anda, selain isteri dan anak-anaknya. Bagaimana dia mampu membahagiakan anda, sekiranya keinginan anda tidak mampu ditunaikan. Walaupun dia sering memberi hadiah mahal kepada anda, namun sebenarnya bukan itu yang anda harapkan. Anda menginginkan hubungan yang stabil dan mampu hidup bersamanya. Sayangnya, hal itu tidak mampu ditunaikan atas alasan komitmen lain yang perlu diutamakan.

“Selalu berada di sisi saat memerlukan”

Ini merupakan janji-janji bisa yang seringkali diucapkan lelaki yang beristeri bagi merayu kekasihnya. Padahal, dia tidak mampu memenuhi janji itu. Bagaimana dia boleh menemani anda saat memerlukan, jika anda dan dia hanya bertemu pada waktu bekerja. Ketika anda memerlukan nasihatnya, anda tidak mungkin menghubunginya di rumah atau pada waktu cutinya. Anda mungkin akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar jika menghubunginya ketika itu. Oleh itu, berhati-hati dengan kata-kata manis seorang lelaki, takut nanti anda pula yang terjerat dalam penipuan cinta suami orang.